Niatnya hanya cuma untuk berkongsi kemeriahan berhari raya di kampung bersama peminat.
Namun baru-baru ini, pelakon Farish Aziz bagaimanapun tersilap langkap apabila dia mendapat kecaman hebat masyarakat gara-gara memuat naik foto yang menunjukkan dia itu ber’selfie’ di kubur dan mendakwa aktor itu bergambar sehingga terpijak kubur yang lain.
Insiden tersebut telah mengundang kontroversi dan menyebabkan Farish menerima pelbagai komen negatif yang rata-ratanya menunjukkan rasa marah dan tidak puas hati dengan tindakannya yang seakan-akan tidak sensitif.
Malah tidak kurang ada juga yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pelakon yang berasal dari Sabah itu.
Bagaimanapun, Farish atau nama sebenarnya Mohd Farish Bin Aziz Sulaiman ini sempat memberikan penjelasan dengan menulis:
“Jarang2 saya layan komen ni. Tapi sekali sekala jawab apa salahnyakan? Terima kasih bebanyak di atas komen2 anda. Cuma nak tanya satu ja. Apa beza amek gambar di #kubur #kuburan ngn #selfie di kubur? Cuba try click hashtag tu? Ada lebih 4 ribu gambar orang amek gambar pagi raya di kubur. Takde pula salah kan? Mungkin sebab selfie saya senyum kot kan? Kat kubur ni kena buat muka sediiiiih jer agaknya kan? #selfie ni saya amek di pagi raya bersama family lepas ziarah kubur. Makcik-makcik, nenek; pakcik-pakcik saya pun tak tegur “eh kurang sopan kau ni ambil selfie di kuburan… Jadiiiii saya nak ucap terima kasih diatas teguran anda, tapi saya xder masalah kot di my side. Hari Raya abg2, kakak2, adik2 saya lagi appreciate kalau anda2 bagi salam raya ke wish raya ke duit raya ke. Dari nak menunjuk ini salah itu betul. Tapi terima kasih tau.
P/S: mesti ada komen, biasalh artist, mana boleh ditegur . Bolehhh silakan… Tapi xkan nak diam diam dan terimaaaa je kan? salaam” tulisnya.
Dalam pada itu, Farish juga ada memuat naik status di laman sosial twitter miliknya yang menyatakan tidak perlu bagi dirinya untuk menjelaskan situasi yang berlaku.
“Why do i need to explain this? Haha. The exact spot sy amek pic berdiri. Xkan xtau kubur family.semoga anda diberkati.” luahnya.
Notakaki- Islam bukan agama.Ia adalah cara hidup.
Macam mana kau tak boleh hidup tanpa oksigen, macam itulah sepatutnya kau tak boleh hidup bila kau tak praktis Islam dalam diri.
Macam mana kau tak boleh hidup tanpa oksigen, macam itulah sepatutnya kau tak boleh hidup bila kau tak praktis Islam dalam diri.
masa kecik, boleh kata tiap tiap hari ayah masuk bilik, cek kemas ke tak. ayah selalu pesan, bila ambil barang, simpan di tempatnya semula.
bila paip air longgar dan air menitik 2 3 titik, ayah terus baiki bagi ketat balik.
bila aku buat kerja tak siap, ayah sebut, "buat kerja tu biar sampai bila kita bagi pada orang, dia tak perlu baiki."
bila aku cerita orang lambat datang mesyuarat, ayah cakap, "orang yang tak tepat masa, dia khianat masa orang lain"
bangun tidur umi tanya, dah baca doa bangun tidur?
bila makan, umi soal, dah baca bismillah?
pakai kasut, baju, umi ingatkan pakai sebelah kanan dulu.
masuk tandas, umi cakap, masuk kaki kiri, keluar kaki kanan.
sampai sekarang.
nampak kecik. tapi itulah common sense yang sekarang dah tak 'common'. perkara kecil yang akhirnya, kalau tak buat, menyusahkan orang lain.
walaupun, menjadi seorang anak yang keras kepala dan degil, saya tak ikut semua, tapi itulah perkara perkara kecil yang membentuk saya.
melihat benda kecil, yang sebenarnya besar jika kita buat.
semuanya datang dari prinsip Islam.
"orang yang melepaskan orang lain dari kesusahan, Allah lepaskan kesusahannya di akhirat."
dan umi selalu ulang, "kita kena pandang perkara itu besar, bila Allah sebut dan nabi buat."
Banyak banyaklah duduk dengan orang baik, supaya kita sedar yang kita ini buruk.
Supaya kita tak perasan kita lebih.
Supaya kita tak perasan kita mulia.
Salam kahfi.
ps: dua dua pengajaran ini ada dalam kahfi. siapa tahu kisah yang mana satu?
Posting Komentar