infopaytren.com
BREAKING

Minggu, 31 Maret 2013

TERKINI: Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman hari ini menyerah diri.

TERKINI!!!

Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman hari ini menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang bagi membantu siasatan berhubung pencerobohan bersenjata di Sabah.

Beliau, yang memakai baju Melayu merah dan berserban, hadir bersama lebih 10 orang kenalannya di balai polis itu pada 11.05 pagi tadi.

Bercakap kepada pemberita sebelum menyerah diri kepada pihak polis, Muhammad Ridzwan mengaku memberi bantuan kewangan kepada Sultan Sulu, Jolo, selatan Filipina iaitu Sultan Muedzul Lail Tan Kiram yang pernah ditemuinya pada 15 dan 16 Sept tahun lalu.

Beliau bagaimanapun menafikan bahawa Jamalul Kiram, yang dipercayai menjadi dalang pencerobohan di Sabah, adalah Sultan Sulu.

"Saya tidak kenal pun Jamalul Kiram," katanya.


cerita selanjutnya dan gambar di sini

notakaki- Kita marah kalau orang memperbodohkan kita (walaupun hanya gurauan) pada hari April Fool (1st April), maka seharusnya kita juga patut marah jika diperbodohkan oleh Utusan, Berita Hairan dan ahli politik.

SEBARKAN [OPS DAULAT]:GAMBAR WAJAH DATUK SERI YANG DI BURU POLIS BAGI MEMBANTU KRISIS PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU.

Photo: Gambar 3 : Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman

Photo: Gambar 5 (PALING JELAS) : Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman
(Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman)

"Penama ini amat diperlukan. Orang ramai yang mengenali beliau diminta menghubungi Rakan Cop atau mana-mana balai polis berhampiran.

"Penama ini boleh membantu polis dalam satu aspek Operasi Daulat, dan polis percaya beliau kini berada di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan mungkin juga di Sabah," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini Ahad.

Polis mencari seorang lelaki bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung kes yang berkaitan Operasi Daulat.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata Muhammad Ridzwan Sulaiman, dengan alamat terakhir di Georgetown, Pulau Pinang amat dikehendaki bagi membantu siasatan dan diminta segera menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran.

Beliau berkata Muhammad Ridzwan, yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, berpangkalan di Pulau Pinang dikatakan tidak terlibat dengan pengganas tetapi boleh membantu dalam kes berkaitan Operasi Daulat.

Sementara itu, Hamza berkata 180 penduduk yang menghuni pusat penempatan telah dibenar pulang ke rumah masing-masing iaitu 101 orang dari Kampung Tanjung Labian dan masing-masing 25 dan 54 orang dari Kampung Tanjung Batu dan Kampung Sungai Merah.

Beliau berkata tiada pertempuran berlaku sepanjang 24 jam yang lepas dan operasi penggeledahan serta pembersihan masih dijalankan di kawasan Sungai Bilis, Lok Sembuang dan Lok Buani.

Berhubung keselamatan di laut, Hamza berkata selain melakukan penggeledahan dan pembersihan kawasan pertempuran, kawalan di kawasan perairan dilakukan setiap masa membabitkan pasukan polis Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia.

-- BERNAMA

UPDATED:

Dibawah ini kenyataan Datuk Seri berhubung isu lahad datu. sumber dari  FB  beliau.

DATUK SERI KELUARKAN KENYATAAN RASMI BERHUBUNG ISU LAHAD DATU

Assalamualaikum, Ayahanda Dato Seri' Muhammad Ridhwan Bin Sulaiman Merangkap Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Malaysia akan membantu pihak Polis berkaitan siasatan Operasi Isu Pencerobohan Lahad Datu, Sabah.

Untuk pengetahuan, Ayahanda Tidak berkaitan Dengan Pengganas mahupun Jamalul Kiram III. Beliau Hanya Mengenali SULTAN MUEDZUL-LAIL TAN KIRAM merangkap Raja Muda (Crown Prince) yang disahkan oleh Kerajaan Filipina. Tujuan beliau menolong adalah hanya untuk membantu Umat Islam yang tidak berkemampuan Di Sulu.

Diminta pihak-pihak tertentu supaya Tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan Isu ini. Ikuti Perkembangan Melalui Media Massa dari semasa ke masa.

Amar Maaruf Nahi Mungkar,

Sekian, Harap Maklum.










Sabtu, 30 Maret 2013

Mak tidur dan jaga diri baik-baik. Abang Chik sayang mak itulah kata-kata akhir mangsa sebelum maut.


kemalangan
Kereta yang dinaiki empat sekeluarga remuk selepas diseret lebih 22 meter selepas merempuh lori tanpa muatan di Jalan Gerik – Kupang, kelmarin

kemalangan

kemalangan

kemalangan

GERIK – "Mak tidur dan jaga diri baik-baik. Abang Chik sayang mak," itulah kata-kata akhir mangsa kemalangan maut, Zulbasseri Sharif, 30, kepada ibunya, Che Nah Abu, 61, sebelum terlibat dalam kemalangan di Kilometer 18.2, Jalan Gerik – Kupang, kelmarin.

Zulbasseri bersama isteri, Wan Rozilawati Wan Omar, 25 dan bayi mereka, Siti Wafi Syuhana, lapan bulan maut di tempat kejadian apabila kereta yang mereka naiki bertembung dengan lori 25 tan tanpa muatan.

Kejadian pada kira-kira jam 1.30 petang itu turut menyebabkan anak sulung mereka, Siti Wafa Syuhada, 2 kini berada dalam keadaan koma akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan dan di tempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun
(HRPB).

Difahamkan, keluarga mangsa sedang dalam perjalanan ke rumah keluarga pihak isteri di Alor Buluh. Pasir Mas, Kelantan semasa kejadian berlaku.

Che Nah berkata, mangsa yang merupakan anak keempat daripada lima beradik merupakan seorang yang rajin membantu menyara keluarga dengan mengusahakan padi selepas suaminya (bapa mangsa) mengalami masalah penglihatan.

"Kelakuan dia pagi tadi (kelmarin) agak pelik apabila dia seolah-olah manja dengan saya dan memeluk saya serta bersalam beberapa kali sebelum memulakan perjalanan. Saya ingat itu perkara biasa kerana Abang Chik memang rapat dengan saya.

"Sebelum naik kereta, dia ada minta wang RM100 daripada saya untuk beli barang. Itulah kali terakhir saya jumpa Abang Chik sehinggalah dapat khabar mengenai kemalangan ini," ceritanya ketika ditemui di perkarangan Unit Forensik Hospital Gerik.

Che Nah turut memaklumkan gagal menghubungi Zulbasseri setelah merasa tidak senang hati dengan tingkat laku pelik mangsa dan hanya mendapat tahu berhubung kemalangan daripada salah seorang anak yang memberitahu kereta dinaiki mangsa berada di bawah lori.

Katanya, tiada apa yang dapat dikatakan saat menerima berita kemalangan yang meragut nyawa tiga beranak itu, namun dia reda dengan kejadian berkenaan.

Sementara itu, bapa Rozilawati, Wan Omar Wan Mohamad, 61 mengaku terkejut mendapat perkhabaran anaknya meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan bersama keluarganya.

"Mereka dalam perjalan pulang ke rumah pakcik. Tak sangka tak sempat jumpa mereka, terutama Wafa (Siti Wafa Syuhada) yang rapat dengan pakcik. Kalau balik kampung, dia suka naik motosikal jalan-jalan.

"Rozilawati memang rapat dengan tujuh adiknya yang lain, Kehilangan arwah amat dirasakan kerana dia anak yang baik," katanya.

Waris mangsa telah menuntut ketiga-tiga jenazah pada malam kelmarin dan dikebumikan di kampung asal Zulbasseri, iaitu di Bukit Besar, Yan, Kedah, semalam.

Susulan [ajaran sesat]Jutawan Wanita Malaysia Dan 95 Pengikutnya Ditangkap Di Mekah:Isteri Allahyarham Ashaari Muhammad, Hatijah Aam, yang ditahan di Makkah kelmarin kerana disyaki memimpin ajaran sesat dipercayai memiliki aset ratusan juta ringgit.



Antara ahli Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB) yang ditahan dalam serbuan pihak Imigresen Arab Saudi di chalet Nur Muhammad di Makkah, Arab Saudi, kelmarin.


Antara ahli Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB) yang ditahan dalam serbuan pihak Imigresen Arab Saudi di chalet Nur Muhammad di Makkah, Arab Saudi, kelmarin.Kuala Lumpur: Isteri Allahyarham Ashaari Muhammad, Hatijah Aam, yang ditahan di Makkah kelmarin kerana disyaki memimpin ajaran sesat dipercayai memiliki aset ratusan juta ringgit.

Hatijah bersama lima anaknya dan 84 rakyat Malaysia dan sembilan warga Indonesia ditahan dalam tiga operasi berasingan di Makkah kerana didakwa mengamalkan amalan meragukan, bidaah dan menjalankan aktiviti nasyid berunsur syirik.

Tinggal tanpa permit 



Mereka juga didakwa melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen Arab Saudi, tinggal tanpa permit.

Kelmarin media tempatan negara itu, SABQ melaporkan kumpulan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan pergerakan Al-Arqam yang diharamkan di Malaysia sejak Disember 2006.

Wanita berusia 52 tahun itu dan anak-anaknya tinggal di banglo mewah milik mereka yang dinamakan Istana Rasulullah Saidi Abuyya (RSA), manakala pengikutnya tinggal di chalet Nur Muhammad dan Mat’am Asaari, juga di kawasan mewah di Makkah.

Tujuh pemimpin yang turut ditahan bersama Hatijah ialah Hasnan Abd Hamid, Abd Rahman Said, Abd Rahman Ahmad, Johari Murad, Azri Mohd Yunus, Dr Hamzah Osman dan Inamullah Asaari.
Menurut sumber, semua mereka ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Jeddah, Arab Saudi bagi siasatan lanjut. Mengikut rekod, semua yang ditahan masuk ke Arab Saudi menggunakan pas lawatan sosial, yang sudah tamat tempoh. Bagaimanapun, pasport Hatijah masih aktif sehingga Oktober 2014.,” katanya ketika ditemui BH, di sini, semalam.

BH difahamkan, tangkapan yang diketuai Mejar Turkey bin Mohamad As-Sowat dengan Imigresen Arab Saudi itu hasil maklumat awam berhubung kegiatan Hatijah, yang dipercayai mempengaruhi jemaah Umrah dan Haji dari Malaysia supaya menetap dan bekerja untuknya di Makkah.

Sumber itu berkata, kumpulan Hatijah ini memperoleh keuntungan hasil pelbagai rangkaian perniagaan pelancongan, ternakan, restoran, industri makanan dan pelbagai rangkaian yang beroperasi di lebih 20 negara, termasuk Jerman, London, Australia, Indonesia, Thailand dan negara lain di seluruh dunia.

Kekal pengaruh, rahsia selamat

“Modus operandi kumpulan ini lebih bertujuan mengekalkan dan menguatkan pengaruh sesama ahli bagi memastikan rahsia kegiatan kumpulan mereka selamat,” katanya.

Selain itu, sumber berkata, di negara ini kumpulan itu mempunyai lebih 3,000 pengikut di tujuh lokasi, yang beribu pejabat di Makkah.

Tujuh lokasi itu dikenal pasti di Sungai Penchala, Bandar Country Homes, Selangor; Batu Hampar, Perak; Kampung Pilin, Negeri Sembilan; Kampung Pochan, Kedah; Rompin, Pahang dan Pasir Puteh, Kelantan.

Sementara itu, Timbalan Menteri Luar, A Kohilan Pillay mengesahkan penahanan terbabit, bagaimanapun berkata, jumlah sebenar penahanan dan pertuduhan hanya akan diketahui pada hari ini kerana semalam adalah cuti hujung minggu di Arab Saudi.

sumber sini dan sini

OPS DAULAT[GAMBAR]: MENGEJUTKAN!!! KISAH BENAR MENGENAI PENGGANAS SULU

Hasil siasatan ke atas anggota pengganas yang ditahan mendapati kesemua mereka sanggup berperang dengan pasukan keselamatan Malaysia kerana ia dianggap jihad kepada ketua kumpulan pengganas Sulu, Jamalul Kiram III.

Sumber itu menjelaskan, seorang tahanan pengganas yang berusia 25 tahun bertindak membunuh diri di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau pada 15 Mac lalu didakwa bertindak demikian atas alasan sama iaitu jihad.

Mayat pengganas yang ditembak mati di Kampung Simunul, Semporna, Sabah 

“Kita telah menahan bapa si mati di balai yang sama dan dia tidak sedih dengan tindakan anaknya itu malah berbangga dan kematian anaknya itu selain membuatkan dia lebih kuat,” katanya.

Difahamkan, bapa si mati merupakan seorang berpangkat panglima dalam kumpulan pengganas tersebut dan ditugaskan melakukan keganasan di daerah ini bersama anaknya.

Punca kematian suspek yang ditahan di bawah Seksyen 130(c) Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) tidak didedahkan.

Rata-rata pengganas Sulu yang ditahan oleh pasukan keselamatan sepanjang 25 hari Ops Daulat didapati tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah walaupun mereka mengakui beragama Islam.

Menurut sumber, perkara tersebut terbongkar apabila anggota keselamatan melakukan soal siasat terhadap pengganas-pengganas terbabit yang ditahan di daerah ini dan Lahad Datu sepanjang operasi itu.

“Soal siasat yang dijalankan mendapati rata-rata pengganas tersebut mengaku diri mereka beragama Islam.

“Bagaimanapun, apa yang mengejutkan, ada dalam kalangan mereka yang tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah.

“Tindakan itu membayangkan seolah-olah mereka yang terlibat ini tidak mempunyai asas dalam ilmu agama Islam,” katanya lagi.

Selain itu, anggota kumpulan pengganas tersebut yang ditahan dan terbunuh juga didapati memakai tangkal pada anggota badan mereka yang dipercayai boleh menjadikan mereka kebal ketika berdepan dengan pihak keselamatan.

Sebahagian besar pengganas Sulu yang maut dan diberkas pihak berkuasa didapati memakai pelbagai tangkal yang tertulis ayat khurafat di leher, lengan, tangan dan pinggang masing-masing yang dikatakan boleh menjadikan mereka kebal.

Untuk rekod, setakat semalam, seramai 68 anggota pengganas Sulu terbunuh dalam Ops Daulat yang dilancarkan awal bulan ini manakala jumlah yang ditahan di bawah SOSMA ialah seramai 103 orang.
- SUMBER

Jumat, 29 Maret 2013

UPDATED[LAHAD DATU] GAMBAR-GAMBAR EKSKLUSIF HANYA TINGGAL 10 YANG MENGGAMAL ILMU HITAM SAHAJA MASIH DIBURU.


LAHAD DATU, 29 Mac – Selepas 25 hari Operasi Daulat dilancarkan, pasukan keselamatan mengesahkan jumlah musuh kini kurang daripada 10 orang.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata angka itu mengambil kira jumlah musuh yang ditembak mati dan ditangkap berbanding bilangan musuh semasa mula bertapak di Kampung Tanduo, 12 Feb lepas iaitu kira-kira 200 orang.

“Saya tidak boleh mengatakan bahawa musuh tidak ada atau sebaliknya…kami yakin musuh memang ada tetapi jumlahnya amat berkurangan, mungkin kurang dari 10 orang,” katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Sepanjang insiden pencerobohan, pasukan keselamatan menembak mati 68 militan, manakala 121 individu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dan 443 ditahan atas pelbagai kesalahan lain.

Beliau berkata gerakan ofensif yang disusuli operasi menggeledah dan membersih sehingga kini berjaya membersihkan tiga dari lima kampung yang menjadi lokasi persembunyian dan pertempuran antara pasukan keselamatan dan kumpulan pengganas.
Hamza berkata selepas Kampung Tanduo, Kampung Tanjung Batu dan Kampung Labian dibersihkan, pasukan keselamatan kini memberi tumpuan kepada kawasan Tanjung Bilis dan Lok Buani.

Beliau berkata penduduk Kampung Tanjung Labian akan dibenar pulang selepas ketua-ketua keluarga dan ketua kampung dibawa melawat ke kediaman mereka bersama-sama pasukan penilaian esok.

Bagi penduduk Kampung Tanjung Batu, Hamza berkata seramai 20 hingga 25 penghuni yang rumah mereka tidak mengalami kerosakan teruk akan dibenar pulang ke rumah masing-masing esok, manakala pemilik yang rumahnya musnah dibenar untuk terus tinggal di pusat pemindahan sementara.

Beliau berkata sebagai langkah keselamatan, anggota keselamatan akan terus ditempatkan di kampung berkenaan untuk berkawal dan mendominasi kawasan itu.
“Selain itu kami juga akan melaksanakan khidmat kepolisan lain untuk memulihkan keyakinan penduduk apabila berada di kampung itu,” katanya.

– BERNAMA

Gambar Gambar Eksklusif #OpsDaulat #PrayForSabah






VIDEO ZULKIFLI NOORDIN HINA AGAMA HINDU.

PKR mendesak naib presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Zulkifli Noordin disiasat bawah Kanun Keseksaan kerana didakwa membuat kenyataan bersifat menghasut terhadap penganut Hindu.


Naib Presiden PKR N Surendran (kanan) berkata, kenyataan yang "menghina orang Hindu dan agama mereka" itu dikesan dalam video 5 minit di Youtube.

"Kata-kata yang diucapkan oleh Zulkifli Noordin antara serangan paling teruk pernah dibuat terhadap agama besar di negara ini," kata Surendran.

Beliau mendesak peguam negara dan ketua polis negara menyiasat Zulkifli yang juga anggota Parlimen bebas di Kulim-Bandar Baharu bawa Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Undang-undang itu memperuntukkan hukuman penjara antara dua hingga lima tahun atas kesalahan mencetuskan keadaan tidak harmoni.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi Zulkifli bagi mendapatkan ulasannya berhubung dakwaan di atas.

Perbualan dengan penjual berhala

Dalam video itu Zulkifli kelihatan seperti menyampaikan ceramah agama di satu surau dan menceritakan perbualannya dengan seorang penjual berhala Hindu berhampiran Wisma Yakin, Kuala Lumpur.



Kedai berhala itu kata Zulkifli baru sahaja dilanda banjir dan berhala-berhala yang dijual turut rosak.

"(Saya tanya) Sama Tuhan pun kena ke? Tuhan pun kena, dia (penjual berhala) kata.

Apa macam Tuhan boleh kena? Itu Tuhan, patut dia Tuhan tahu (perkara yang berlaku).

"Apa pasal anne(abang) tak atur Tuhan anne (abang) depan kedai, kata 'woo! Air stop!' Pergi itu kedai mamak sana kasi banjir, ini Tuhan punya kedai. Apa pasal tak ada bikin itu macam? Tuhan patut tolong sama kita.

"Kalau Tuhan air pun tak boleh tahan, apa lagi dia nak bagi? Air pun tak boleh tahan ke? Tahanlah itu air.

"Dia kata apa dekat saya? Dia kata, "Heydey thambi (adik)! Mana boleh, itu batulah. Dia pun tahu, dia marah kita pula," kata Zulkifli dalam video itu

sumber

notakaki-Sebuah negara dibina oleh rakyatnya tanpa mengira bangsa dan agama. Setiap orang memerah keringat dan memeras otak untuk membangunkan negara. Tidak salah jika kita sama-sama bekerjasama dalam menentukan hala tuju negara ini. Jangan ada rasisma atas nama agama.

Di Malaysia, semuanya bergantung kepada budi bicara. Nak jadi menantu, hanya dengan budi bicara. Nak dapatkan projek lembu, hanya dengan budi bicara. Nak selesaikan kes Lahad Datu, hanya dengan budi bicara. Dan terbaru, nak jadi PM Malaysia, hanya dengan 7 kerusi, duduk semeja dan budi bicara. Mudah sungguh hidup. Tak perlu berjihad, berdakwah dan bersusah payah. Semuanya bergantung pada budi bicara dan duduk semeja.

Orang gila takkan mengaku dia gila, orang jahat takkan mengaku dia jahat. Orang baik takkan mengaku dia baik kerana dia tawadhuk. Orang yang berwibawa takkan mengaku dia berwibawa. Ayuh, undilah Pakatan Rakyat untuk dasar negara berkebajikan yang berwibawa.

GAMBAR COMEL BAYI AYU RAUDHAH DAN ZAQUAN ADHA


GAMBAR ANAK AYU RAUDHAH DAN ZAQUAN ADHA!


Selain Irma Hasmie yang baru menimang cahaya mata sulungnya pagi tadi, pelakon Ayu Raudhah dan suaminya, pemain bola kebangsaan Zaquan Adha turut menerima khabar gembira apabila pasangan romantis itu telah dikurniakan putera sulung pada jam 2.17 petang tadi.

Khabar gembira itu dikongsi oleh Zaquan, 26, di laman Twitternya dengan menulis, “Alhamdullillah..isteri saya sudah selamat melahirkan putera sulung kami jam 2.17 petang tadi”.

INSIDEN LAHAD DATU: [12 GAMBAR] PARA PENDUDUK BALIK MELIHAT KEADAAN RUMAH MEREKA YANG TERJEJAS TERUK AKIBAT PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU.

Hari ini penduduk kampung yang terjejas akibat pencerobohan di Lahad Datu meninjau rumah mereka yang rata-rata rosak. 12 Foto dikongsi bersama pembaca sekitar lawatan yang dikawal oleh anggota polis dan tentera.













Situasi Lahad Datu: Penduduk titis air mata lihat kesan pertempuran


FOTO: Bernama

Kamis, 28 Maret 2013

EKSKLUSIF (LAHAD DATU): JELINGAN MENAKUTKAN SI "SULU PARANG"

EKSKLUSIF : JELINGAN MENAKUTKAN SI "SULU PARANG"

Pagi Khamis, tiba-tiba dia didatangi seseorang dalam lingkungan 50-an yang dikenali sebagai Pak Cik Mingul yang mengajaknya bersarapan. Dari inap tempat dia tinggal, mereka berjalan ke kedai makan. Tiada bicara, hanya asap rokok dan keluhan dari Pak Cik Mingul yang kedengaran.


Hatinya berdebar-debar menantikan apakah rahsia yang akan terungkap.


"Kalau di sini, kita takut buat hal. Jangan terlanggar orang-orang dia. Teruk kita nanti. Mereka tinggal di persisiran pantai, telah lama berulang-alik ke Filipina. Hanya 1 jam. Macam-macam yang dibawa balik ke sini." Kata Pak Cik Mingul.


Perkampungan Sulu Parang di Filipina

"Penuh orang-orang dia di bandar ini. Jangan parking di tempat-tempat ketua mereka di depan kedai tertentu. Sukar untuk bersihkan semua sekali. Kalau dibersihkan, esok lusa datang lagi. Paling elok bina saja kompleks atau kem tentera di tapak kampung mereka. Mereka ramai..... perkampungan merekaada di hampir semua kawasan pantai seluruh negeri ini." katanya lagi.

Untuk makluman, Kampung Pengkalan dan Batu-Batu di Felda Sahabat ini merupakan kawasan penempatan Sulu dengan kapasiti 200 - 300 penghuni setiap satu.

Pelbagai etnik Sulu menetap di kampung-kampung ini termasuklah Sulu Parang yang dikatakan etnik paling ganas serta akan menuntut bela apabila etniknya diganggu.

- SUMBER

TERKINI (TAHNIAH) GAMBAR COMEL ANAK LELAKI SULUNG IRMA DAN REDZA.

Sebentar tadi, menerusi akaun Twitternya, suami Irma Hasmie iaitu Redza Syah telah berkongsi berita gembira mengenai kelahiran anak pertama mereka.
gambar anak irma hasie
Redza turut sama berkongsi gambar comel anak sulung mereka ini. Cute bebenor nie!! Namun tidak pula dimaklumkan jantina anak mereka ini secara rasmi tetapi kemungkinan besar lelaki berdasarkan penggunaan perkataan “he” di atas.
gambar anak irma hasie
sumber

 
Copyright © 2013 Insfirasi Wanita
Design by FBTemplates | BTT