infopaytren.com
BREAKING

Sabtu, 30 Maret 2013

Mak tidur dan jaga diri baik-baik. Abang Chik sayang mak itulah kata-kata akhir mangsa sebelum maut.


kemalangan
Kereta yang dinaiki empat sekeluarga remuk selepas diseret lebih 22 meter selepas merempuh lori tanpa muatan di Jalan Gerik – Kupang, kelmarin

kemalangan

kemalangan

kemalangan

GERIK – "Mak tidur dan jaga diri baik-baik. Abang Chik sayang mak," itulah kata-kata akhir mangsa kemalangan maut, Zulbasseri Sharif, 30, kepada ibunya, Che Nah Abu, 61, sebelum terlibat dalam kemalangan di Kilometer 18.2, Jalan Gerik – Kupang, kelmarin.

Zulbasseri bersama isteri, Wan Rozilawati Wan Omar, 25 dan bayi mereka, Siti Wafi Syuhana, lapan bulan maut di tempat kejadian apabila kereta yang mereka naiki bertembung dengan lori 25 tan tanpa muatan.

Kejadian pada kira-kira jam 1.30 petang itu turut menyebabkan anak sulung mereka, Siti Wafa Syuhada, 2 kini berada dalam keadaan koma akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan dan di tempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun
(HRPB).

Difahamkan, keluarga mangsa sedang dalam perjalanan ke rumah keluarga pihak isteri di Alor Buluh. Pasir Mas, Kelantan semasa kejadian berlaku.

Che Nah berkata, mangsa yang merupakan anak keempat daripada lima beradik merupakan seorang yang rajin membantu menyara keluarga dengan mengusahakan padi selepas suaminya (bapa mangsa) mengalami masalah penglihatan.

"Kelakuan dia pagi tadi (kelmarin) agak pelik apabila dia seolah-olah manja dengan saya dan memeluk saya serta bersalam beberapa kali sebelum memulakan perjalanan. Saya ingat itu perkara biasa kerana Abang Chik memang rapat dengan saya.

"Sebelum naik kereta, dia ada minta wang RM100 daripada saya untuk beli barang. Itulah kali terakhir saya jumpa Abang Chik sehinggalah dapat khabar mengenai kemalangan ini," ceritanya ketika ditemui di perkarangan Unit Forensik Hospital Gerik.

Che Nah turut memaklumkan gagal menghubungi Zulbasseri setelah merasa tidak senang hati dengan tingkat laku pelik mangsa dan hanya mendapat tahu berhubung kemalangan daripada salah seorang anak yang memberitahu kereta dinaiki mangsa berada di bawah lori.

Katanya, tiada apa yang dapat dikatakan saat menerima berita kemalangan yang meragut nyawa tiga beranak itu, namun dia reda dengan kejadian berkenaan.

Sementara itu, bapa Rozilawati, Wan Omar Wan Mohamad, 61 mengaku terkejut mendapat perkhabaran anaknya meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan bersama keluarganya.

"Mereka dalam perjalan pulang ke rumah pakcik. Tak sangka tak sempat jumpa mereka, terutama Wafa (Siti Wafa Syuhada) yang rapat dengan pakcik. Kalau balik kampung, dia suka naik motosikal jalan-jalan.

"Rozilawati memang rapat dengan tujuh adiknya yang lain, Kehilangan arwah amat dirasakan kerana dia anak yang baik," katanya.

Waris mangsa telah menuntut ketiga-tiga jenazah pada malam kelmarin dan dikebumikan di kampung asal Zulbasseri, iaitu di Bukit Besar, Yan, Kedah, semalam.

About ""

"BERBAGI ITU PENUH BERKAH" Silahkan beri komentar sesuai dengan tema postingan, dan saya akan segera berkunjung ke blog sobat,apabila postingan ini dianggap bermanfaat bagi teman-teman, silahkan sebarluaskan,"BILA TAK MAMPU BERBAGI KEBAIKAN, SETIDAKNYA JANGAN BERBAGI KEBURUKAN PADA YANG LAIN " Terimakasih.

Posting Komentar

 
Copyright © 2013 Insfirasi Wanita
Design by FBTemplates | BTT