infopaytren.com
BREAKING

Kamis, 02 Mei 2013

VIDEO : KESAHIHAN SAIFUL BUKHARI SUMPAH LAKNAT DEPAN KA'ABAH!



Setelah beberapa bulan keputusan Kes Liwat saya di Mahkamah Tinggi, saya telah diberi kesempatan oleh Allah SWT ke Tanah Suci menunaikan Umrah bersama Arwah nenek. Alhamdulillah, semasa disana, saya peroleh semula kekuatan dan ketenangan. Maklumlah, pada Januari 2012, selepas keputusan kes saya diputuskan, saya berasa amat lemah dan tertekan.

Beberapa hari sebelum saya pulang, selepas Zohor, saya melakukan tawaf sunat, Solat Taubat dan Istiharah, saya mohon pada Allah petunjuk mengapa saya dijemput lagi untuk ke Tanah Suci?, sedangkan saya baru sahaja menunaikan Haji bersama Arwah Nenek pada November 2010.

Selepas sahaja Solat Fardhu Zohor, hati saya begitu terpanggil untuk melepaskan segala luka dan perit didalam hati saya, dengan melafazkan sumpah di hadapan Baitullah. Saya pun terus ke Kawasan Multazam(Pintu Kaabah), lalu melafazkan dan merakamnya sendiri.

Terus terang, selepas saya melafazkan Sumpah Laknat tersebut, secara tiba-tiba saya rasa seperti hilang segala rasa tekanan dan beban yang sedang dipikul. Saya benar-benar rasa puas dan peroleh keyakinan dan keberanian. Pada hemat saya, setelah keputusan kes saya diputuskan sebegitu rupa, hanya kepada Allah SWT sahaja tempat yang tepat untuk memohon pertolongan dan berserah, tiada siapa yang dapat bantu saya, sudah hilang segalanya.

Semasa itu, saya pun tidak pasti mengapa saya digerakkan Allah untuk berbuat demikian.


Video Saiful sumpah di Mekah guna teknik 'Chroma Key'?


Belumpun sampai 24 jam video sumpah laknat kedua Muhd Saiful Bukhari Azlan tersebar di internet, perbagai persoalan berhubung kesahihannya mula ditimbulkan.

Video sumpah yang berlatarbelakangkan suasana tawaf di Kaabah itu dipersoal sama ada benar atau hanya sekadar rakaman dalam studio menggunakan teknik 'Chroma Key' (latar belakang hijau).

Ini kerana, beberapa kecacatan dikesan pada video tersebut khususnya berkaitan beberapa subjek utama di sekitar Kaabah yang salah kedudukan dalam video tersebut.

Bagi masyarakat biasa yang tidak pernah sampai ke Mekah mungkin tidak dapat mengesan kejanggalan video tersebut, mamun bagi mereka yang pernah pergi menunaikan haji atau umrah, atau pembimbing orang mengerjakan haji dan umrah (mutawif), kesilapan jelas kelihatan.

Kejanggalan pertama yang ditimbulkan, adalah mustahil bagi Saiful untuk berdiri tegak di sisi kaabah dalam suasana orang sedang tawaf apa lagi berada berhampiran dengan Multazam.

Kejanggalan kedua pula, dipersoalkan kenapa ketika berada di Hijr Ismail, tiba-tiba timbul gambar Maqam Ibrahim di sebelah belakang dan kiri bahu Saiful.

"Kalau betul dia berdiri di hadapan Multazam, sepatutnya Maqam Ibrahim berada di sebelah kanan bahu si Saiful dan kamera pula di sebelah kiri bahu dia.

"Perhatikan betul-betul Maqam Ibrahim pula bergerak, mengesahkan lagi gambar super imposed, " kata seorang pengguna facebook yang juga seorang mutawif.

Selain itu turut dipersoalkan berhubung kualiti audio suara Saiful yang didakwa mustahil untuk mendapatkan audio sejelas itu dengan keadaan orang ramai sedang tawaf dan berzikir serta berdoa.

Ada juga yang mempersoal tentang imej seorang lelaki yang dikatakan seolah-olah bertindih dengan tubuh Saiful sedangkan beliau tidak bergerak.

"Adakah ini hanya video menggunakan skrin hijau macam filem Cicakman dan Merong Mahawangsa.

"Aku tak mahu tuduh sape yang buat video ini, tapi aku rasa ini satu penipuan," kata seorang lagi pengguna.

sumber

Notakaki- "Seburuk apa pun yang kau lakukkan anakku, ingatlah kamu menyandang nama Muhammad"

-Cinta Di Ujung Sajadah, Asma Nadia-

About ""

"BERBAGI ITU PENUH BERKAH" Silahkan beri komentar sesuai dengan tema postingan, dan saya akan segera berkunjung ke blog sobat,apabila postingan ini dianggap bermanfaat bagi teman-teman, silahkan sebarluaskan,"BILA TAK MAMPU BERBAGI KEBAIKAN, SETIDAKNYA JANGAN BERBAGI KEBURUKAN PADA YANG LAIN " Terimakasih.

Posting Komentar

 
Copyright © 2013 Insfirasi Wanita
Design by FBTemplates | BTT