Arwah Sumaiyah dikhabarkan baru ingin mengenali dunia dakwah dan tarbiyah. Rehlah ke Jordan dengan naqibahnya (juga terlibat dalam kemalangan).
Siapa sangka, asal dari Malaysia, menuntut di UK, tapi dipanggil Allah di Tanah Syam.
"Jika Allah menghendaki kebaikan ke atas hambaNya, diberikan tugas padanya. Sahabat bertanya bagaimana Allah menugaskannya. Baginda menjawab : Allah memberi taufik kepadanya untuk melakukan amal baik selepas itu Allah mengambil nyawanya" - HR Tarmizi
Siapa sangka, asal dari Malaysia, menuntut di UK, tapi dipanggil Allah di Tanah Syam.
"Jika Allah menghendaki kebaikan ke atas hambaNya, diberikan tugas padanya. Sahabat bertanya bagaimana Allah menugaskannya. Baginda menjawab : Allah memberi taufik kepadanya untuk melakukan amal baik selepas itu Allah mengambil nyawanya" - HR Tarmizi
****
Alor Setar: “Arwah ada beritahu nak balik Malaysia Sabtu depan (29 Jun ini) untuk menyambut Ramadan dan Aidilfitri bersama keluarga nanti kerana arwah tidak pulang ke negara ini sejak mendaftar di Universiti Kolej London (UKL), September tahun lalu.“Tetapi apakan daya, hasrat arwah tidak kesampaian kerana Allah lebih menyayanginya,” kata Romli Hasan, 53, bapa kepada Sumaiyah, 21, pelajar Malaysia yang terkorban dalam kemalangan selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki bersama empat rakannya terbabas dan terjunam ke dalam gaung di Jordan, Jumaat lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang (waktu Jordan) di jalan antara Petra dan Aqabah 320 kilometer dari Amman, Jordan, empat rakan mangsa cedera termasuk seorang keguguran.
Sumaiyah dipercayai mengalami kecederaan serius pada kepala dan belakang tengkuk, manakala pemandu kenderaan, Mohamad Shukri Alias, pelajar tahun tiga dalam bidang Pengajian Islam di Universiti Yarmouk, cedera parah.
Romli berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan rakan arwah pada jam 4 pagi (Sabtu lalu) bahawa anaknya terbabit dalam kemalangan dan tidak menyangka kemalangan itu meragut nyawanya.
“Saya kemudian menghubungi pegawai pelajaran Malaysia di Jordan untuk mengetahui berita lanjut dan pegawai terbabit menyatakan beliau dalam perjalanan ke Hospital Queen Rania Abdullah, Petra, Jordan untuk melawat mangsa yang terbabit dalam tragedi itu.
“Ketika itu, saya belum dimaklumkan mengenai nasib anak saya sehingga menerima panggilan telefon kira-kira jam 8 pagi menyatakan anak saya maut dalam kemalangan itu, manakala empat lagi rakannya cedera,” katanya yang ditemui di rumahnya di Taman Mutiara, Jalan Pipit, di sini, semalam.
Beliau berkata, arwah ada menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepadanya untuk memberitahu mahu melawat tempat peninggalan para nabi bersama rakan-rakannya di Kota Petra, Jordan, kira-kira jam 10 pagi (waktu Malaysia) sebelum kejadian itu.
“Arwah adalah pelajar tahun satu bidang astronomi fizik tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di UKL berada di Jordan sejak seminggu lalu dan dijangka pulang ke London Khamis ini, sebelum pulang ke Malaysia Jumaat ini bagi menghabiskan cuti semester.
“Arwah bercadang menyambut Ramadan dan Aidilfitri bersama keluarga di sini kerana cuti semesternya sehingga September depan,” katanya.
Romli yang bertugas di Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) berkata, arwah anak perempuan tunggal adalah anak keempat daripada enam beradik seorang yang peramah dan begitu disenangi keluarga dan rakan-rakannya.
“Saya dan isteri, Nor Azipah Babjee, 53, serta keluarga sangat rapat dengan arwah dan sering menghubunginya menerusi laman sosial ‘Skype’ setiap minggu sejak arwah belajar di London.
“Saya selalu berhubung dengan anak saya melalui Skype. Adalah sekali atau dua kali dalam seminggu kami akan berhubung bertanya khabar dan sebagainya,” katanya.
Beliau berkata, jenazah anaknya akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang malam esok (malam ini) kira-kira jam 9 malam, sebelum dibawa ke rumahnya untuk dikebumikan di tanah perkuburan Islam Masjid Al-Bukhary, di sini, malam ini.
Mereka yang cedera ialah Muhammad Nazirul Mubin Nasruddin, pelajar tahun tiga dalam bidang Ekonomi dan Perbankan Islam di Universiti Yarmouk (tajaan JPA); Nur Ili Dayana Binti Mazlan @ Masgelan, pelajar tahun empat di London School of Economy (tajaan Bank Negara Malaysia).
Humairak Ibrahim, pelajar tahun tiga jurusan Ekonomi dan Perbankan Islam di Universiti Yarmouk yang juga isteri kepada Muhammad Nazirul dipercayai turut mengalami keguguran dalam kemalangan itu.
hmetro.
notakaki- Ke mana pun kita lari,kita tak kan pernah boleh lari dari kematian.
Mati,peringatan yang bisu.
Al-Fatihah.
Mati,peringatan yang bisu.
Al-Fatihah.
Posting Komentar