infopaytren.com
BREAKING

Kamis, 03 Oktober 2013

VIDEO: INIKAH DIKATAKAN KAPEL PALING ROMANTIK 2013

Halusnya Nasihat Luqman al Hakim pada didikan anak-anak, ( Rujuk Surah Luqman )

Antara pesanan utama kepada Anaknya ialah :

"Janganlah kamu mensyirikkan Allah Azzawajalla. Sesungguhnya mensyirikkan Allah Taala merupakan kezaliman yang amat besar." [ Riwayat Muslim ]"

Allah rakamkan pesanan ini kerana Syirik amat dekat dengan Manusia, Contohnya syirik-syirik kecil yang manusia tidak sedar, umpama Riak, Sum'ah ( Pura-pura ), takkabbur..

Dan perkara ini tercalit pada setiap insan bernama Manusia, tidak kira siapa pun dia.

.........................

 Ya Allah, sediakan bagiku sebahagian daripada keluasan rahmat~Mu.
Berilah aku petunjuk dengan ajaran-ajaran~Mu.
Bimbinglah aku menuju keredhaanMu
yang penuh dengan kecintaanMu,
wahai harapan orang yang merindu Ya Rabbal 'Aalamiin.

Maafkan saya, cuma insan yang biasa-biasa.

baru buka FB tertengok video ni.  (geleng kepala)



Perihal Jodoh.

Ada Yang tercatat sebagai sekadar Sahabat,
Ada yang tercatat sebagai Teman di Dunia Sahaja,
Ada Yang tercatat sebagai Teman Dunia dan Syurga,

Siapa, Bila Dan Di mana pun Ia, Juga sudah lama tertulis..
Cuma Kita sahaja Yang MAHA Tidak Tahu.

p/s : Wa Makaru wa Makara Allah wa'llahu Khairul Makereen"
"They planned and Allah planned and Allah is the BEST of planners."

---------------------------------------------------
(maaf sebab tak updated entry)

Hampir seminggu "peram" cerita ni.

 Kisah dalam kapal terbang.

Alhamdulillah, dah boleh duduk. Selesai melalui segala laluan, scan dan bermacam lagi halangan untuk naik ke kapal terbang.
Tempat duduk ku agak jauh dibelakang dan kali ni tak dapat tepi tingkap.Takpelah, mana-mana yang baik.

Seat sebelah kanan kosong, dan sebelahnya ada kawan yang baru sahaja dikenali. Dia nampak penat, dan memang dia penat.

"I am so tired!!fuhh" keluhnya

Melihat kedaanya, sekadar bertegur sapa. Saling bercerita sedikit sebanyak tentang diri. Namanya Michelle, bekerja di Malaysia lebih kurang hampir 2 tahun sebagai ETA lah kot lebih kurang, cuma dia tak mengajar pelajar , dia ajar teachers, dan dia berkunjung ke Mesir untuk bertemu suaminya. Orang United States katanya.

Banyak juga borak, antaranya

"You have how much brothers and sisters?" Tanya Michelle.
"Erm, i have 3 brothers and 5 sisters, so the total, 8"

"Wow, amazing, God bless your mom!" Kagum.
Mungkin kebiasaan diorang tak ramai anak.
"How about you?" Aku berbalas soalan
"I have a daughter, her age just like you, 22" ceritanya excited.
"Oh really?" berbangga kejap sebab muda.heh.

"Now i have 3 grandchildrens"
Oh, sedikit terperanjat. Umur 22, 3 orang anak.
Dengan selamba bertanya.bila anak dia kahwin.
Katanya, 3 tahun yang lalu.

"Wow,its early" kataku. Sebab aku ingat kebiasaan diorang tak kawin awal.

Katanya, dia tahu, orang Malaysia kebanyakannya tak kahwin seawal itu. Dia tahu orang kita kebiasaannya kena habis belajar, cukup ada rumah, ada kereta dan segala, baru boleh kahwin. Bermacam syarat.
Aku mengiayakan, ye, itulah adat kebanyakannya, khususnya Melayu lah. Diorang tak macam tu pun.

Ceritanya,
"They met at debate competitions, fall in love and want to marry, why we have to wait?".

Katanya di US,yang berkahwin awal ni improve together. Mula-mula duk apartment, kereta biasa, then kerja, lama-lama dah boleh ada rumah sendiri, kereta yang lebih baik, dan lain-lain. Lebih kurang macam tu lah katanya.

Kagum sedikit dengan budaya begitu, yang menghargai fitrah manusia. Itu yang Islam ajar, apabila mampu, kahwinlah. Cuma mampu yang dipandang kebanyakan orang kita mungkin terlalu banyak. Mungkin.

Masih belajar, katanya "belajarlah dulu sampai habis,nanti terganggu"
Dah habis belajar, dikata pula "kerjalah dulu..senang nanti"
Dah kerja? "Kumpul duit dulu,beli rumah kereta dulu, nak bela anak orang macam mana gitu.."

Fuhh!

Tapi cakap jugak kat Michelle, nowdays dah ramai orang Malaysia kahwin awal. Alhamdulillah.

Kesimpulannya,
Bak kata ustaz Hasrizal,
"Jangan gopoh, jangan bertangguh"

Hikmah itu milik orang Islam, kutiplah di mana kamu menemuinya.

Bukan promo kahwin awal, kahwin bila dah tiba masa yg sesuai dengan diri masing-masing. Sekadar nak kongsi, budaya negara orang.
Persediaan itu perlu ye, bukan goyang kaki.

"How about you, when you will marry?" Soalan penutup keluar. Aduhh.

"Err, i don‘t know, im not thinking of that thing yet.heh" jawabku sambil sengih

"Oh.. i see, may you meet someone great! "

"I hope so, (InsyaAllah). Its already written "

Lampu ditutup, gelap. Tutup cerita. Mata mengantuk. Good night!

Thanks a lot for the sharing Michelle, moga Allah limpahkan kamu taufiq dan hidayahNya.

About ""

"BERBAGI ITU PENUH BERKAH" Silahkan beri komentar sesuai dengan tema postingan, dan saya akan segera berkunjung ke blog sobat,apabila postingan ini dianggap bermanfaat bagi teman-teman, silahkan sebarluaskan,"BILA TAK MAMPU BERBAGI KEBAIKAN, SETIDAKNYA JANGAN BERBAGI KEBURUKAN PADA YANG LAIN " Terimakasih.

Posting Komentar

 
Copyright © 2013 Insfirasi Wanita
Design by FBTemplates | BTT