infopaytren.com
BREAKING

Selasa, 19 November 2013

PENJELASAN SEBENAR REMAJA HILANG YANG DITEMUI BUKAN DI VILLA TAPI DI FLAT DESA MUTIARA.


JOHOR BAHRU: Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Shariff mengesahkan remaja berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang kononnya disorokkan di Villa Nabila ditemui bersama teman wanitanya di Desa Mutiara pada jam 12 tengah malam tadi.


Sehubungan itu beliau berkata orang ramai dinasihatkan menghentikan khabar angin mengenai villa berkenaan kerana menganggu tugasan polis.
“Rumah berkenaan adalah milik persendirian jadi kita tak boleh sita. Bagaimanapun kita terpaksa bertindak buat kerja kerana ia mengakibatkan kesesakan teruk di hadapan kediaman itu.

“Hentikan juga penyebaran di laman sosial. Malah kita akan serahkan kepada SKMM untuk mengambil tindakan kepada pemilik akaun laman sosial yang menyebarkan maklumat palsu,” katanya.


dd

Menurut sumber, Izzat dan rakannya, dikatakan menonton filem Highland Tower. Mereka kemudian membuat keputusan mencari tempat ‘keras’ untuk dikunjungi secara berkumpulan. Dalam kumpulan kira-kira 20 orang itu mereka ke Villa Nabila pada lebih kurang jam 4 pagi. Setelah berada di situ, semua keluar melalui jalan belakang, dan berhenti rehat di Masjid Kolam Air sewaktu azan berkumandang, sebelum mereka bersurai.

Izzat membuat keputusan tidak pulang ke rumah dan tinggal di rumah rakannya. Selepas Buletin Utama menyiarkan berita kehilangannya, orang awam menetap di flat terbabit, mengenali identiti Izzat kemudian bertindak menyalurkan maklumat tepat kepada polis.

notakaki- Sibuk mencari hantu syaitan ditempat yang diyakini wujud paranormal.Masuk ke rumah berhantu,dari maghrib sampai ke malam,buat kajian bagai,kononnya iman kuat sangat,syaitan nampak muka kalian pun naik meluat,

"Woi, hangpa pi cari aku watpa? Tak solat ke apa? Maghrib masuk kawasan aku, nampaknya hangpa semua lebih teruk dari aku setannnn."

Entah berapa banyak agaknya syaitan mengkeji, mengutuk kalian yang sibuk mencari 'dia',
sebab tu ada yang hilang,
ada yang kena rasuk,
senang cerita padan muka satu malaysia kena troll kot.

Hati hati dengan dunia. apa yang haram akan diazab. yang halal, Allah hisab.
-sayyidina Ali

About ""

"BERBAGI ITU PENUH BERKAH" Silahkan beri komentar sesuai dengan tema postingan, dan saya akan segera berkunjung ke blog sobat,apabila postingan ini dianggap bermanfaat bagi teman-teman, silahkan sebarluaskan,"BILA TAK MAMPU BERBAGI KEBAIKAN, SETIDAKNYA JANGAN BERBAGI KEBURUKAN PADA YANG LAIN " Terimakasih.

Posting Komentar

 
Copyright © 2013 Insfirasi Wanita
Design by FBTemplates | BTT