SOALAN :
Salam. Nak tanya…makanan yang dijual kat kedai yng guna pelaris tu ‘kotor’ ke?..kena elakkan makan kat situ ke?..macam mana nak tahu dia guna pelaris dan macam mana nak elakkan termakan kat kedai yg ada guna pelaris ye?..Tima kasih..^^
JAWAPAN :
Waalaikumussalam. Yang pertama… bergantung kepada jenis pelarisnya. Jika pelarisnya berupa ayat-ayat Quran dan doa-doa yang selaras dengan Islam, tak jadi masalah. Kalau pelarisnya berupa cara/benda yang bertentangan dengan agama, salahlah. ‘Kotor’lah dari sudut agamanya.
Kalau pelarisnya berupa benda-benda yang busuk, najis, menjijikkan… jelaslah kotornya. Tapi biasanya pabila disebut ‘pelaris’ ni, banyak yang ‘kotor’ dan kotor.
Sebaik-baiknya, elakkanlah makan minum di kedai-kedai yang sebegitu. Tapi masalahnya, kita pun tak tahu kedai tu berpelaris ke tidak. Kita tak boleh nak hukum sebarangan berdasarkan khabar-khabar angin.
Saya tak ada petua/ilmu untuk mengetahui sesebuah kedai tu berpelaris ke tidak. Tapi kaedah-kaedah sampingan tu adalah.
1. Kita tengok orang-orang soleh/ulama tak pergi makan pun kat kedai tu.Padahal orang biasa cukup ramai setiap hari.
2. Tuan dan pekerja kedai-kedai yg berpelaris ni BIASANYA tak menutup aurat dengan sempurna. Dan tak hirau waktu solat.
Nak elak termakan tu susah jugak, sebab kita tak tahu sesebuah kedai tu benar-benar berpelaris ke tidak. Jadi… walau di mana pun kita makan, bacalah sekurang-kurangnya Bismillah dan Bismillahillazhi layadhurru ma’asmihi syaiunfil ardi wa la fissama i wa huawassami’ul alim (3X lagi bagus).
Kalau nak panjang sikit, baca
Bismillah 5.
1, Bismillahirrahmanirrahim.
2. Bismillahissyafi.
3. Bismillahilkafi.
4. Bismillahil mu’afi
5. Bismillahillazhi la yadurru ma’asmihi syaiun filardhi wala fissama i wa huawassami’ul ‘alim.
InsyaAllah tak ada mudarat kepada kita.
Untuk minta Tuhan lorongkan kita ke kedai-kedai yg tidak berpelaris, dalam doa harian baca camni ” Ya Allah, Engkau kurniakanlah kepada aku gerak yang baik.” InsyaAllah hati kita kurang teringin hendak singgah di kedai-kedai yang berpelaris.
Sekadar itu sahaja yang dapat saya kongsikan. Moga bermanfaat.
Sumber: Abu Zulfiqar
Untuk minta Tuhan lorongkan kita ke kedai-kedai yg tidak berpelaris, dalam doa harian baca camni ” Ya Allah, Engkau kurniakanlah kepada aku gerak yang baik.” InsyaAllah hati kita kurang teringin hendak singgah di kedai-kedai yang berpelaris.
Sekadar itu sahaja yang dapat saya kongsikan. Moga bermanfaat.
Sumber: Abu Zulfiqar
Posting Komentar