infopaytren.com
BREAKING

Rabu, 13 Agustus 2014

Video Perkahwinan ini, Ditonton 12 Juta.

Kisah perkahwinan ini berjaya meruntunkan hati ramai setelah menonton video wedding ini. ini kisah benar perkahwinan Rowden and Leizl.

Pasangan berasal dari Filipina ini pada asalnya ingin berkahwin pada hari lahir Rowden yang ke 30. Namun takdir menentukan segalanya, Rowden disahkan menghidap penyakit cancer atau baraj tahap 4 iaitu paling kritikal.





Melihat keadaan yang semakin teruk dan tidak bermaya, Rowden memberi hasrat dan impian terakhirnya sebelum dia pergi untuk selama-lamanya. Rowden ingin berkahwin dengan Leizl dan berharap perkahwinan dipercepatkan.

Keadaan Rowden yang lemah, membuatkan family dan sahabat mengatur perkahwinan mereka dengan segera.

Rowden dan Leizl akhirnya disatukan dan berkahwin dengan keadaan yang agak meriah. Keadaan menjadi hiba apabila keluarga dan sahabat handai menangis hiba namun tetap gembira kerana perkahwinan itu menunaikan impian terakhir Rowden.

Rowden meninggal dunia 10 jam selepas berkahwin dengan Leizl.


Banyak orang melihat, perkahwinan itu indah kerana 'bahagia'.

Tetapi yang sebenarnya, alam rumahtangga itu indah kerana saling berusaha membahagiakan. Rumahtangga itu adalah alam berusaha memberi semaksima, berusaha sabar semaksima, berusaha mencari semaksima persamaan dalam perbezaan, dan berusaha mencari segala asbab untuk mencintai orang yang sama semaksima tanpa jemu, berulang-ulang. setiap hari dan setiap saat.

Rumahtangga adalah alam yang berat, maka janganlah berbual dan melihatnya dalam kegedikan, wahai anak muda beriman.

notasiku : sebenarnya share berkenaan perkahwinan ni, sebab akhir2 ni sedih tengok sahabat2 dan junior2 punya caption, status dan komen berkenaan perkahwinan.

sedih bila jiwa-jiwa pemuda berkomen, "nak kawwiiinn!". "bestnyaa kawin..", "tulang rusuk-imam-makmum". bagai. apatah lagi dalam kalangan mahasiswa deeniah.

semoga Allah pelihara kita bersama iAllah..

About ""

"BERBAGI ITU PENUH BERKAH" Silahkan beri komentar sesuai dengan tema postingan, dan saya akan segera berkunjung ke blog sobat,apabila postingan ini dianggap bermanfaat bagi teman-teman, silahkan sebarluaskan,"BILA TAK MAMPU BERBAGI KEBAIKAN, SETIDAKNYA JANGAN BERBAGI KEBURUKAN PADA YANG LAIN " Terimakasih.

Posting Komentar

 
Copyright © 2013 Insfirasi Wanita
Design by FBTemplates | BTT