Entah kenapa, ayat quran ini yang dibaca 2 3 hari lalu terngiang ngiang di kepala. menjadi the best quote sebagai kesimpulan untuk situasi mesir, bagi saya.
"Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka atau saudara-saudara mereka ataupun keluarga mereka.
Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya.
Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya."
al mujadilah: 22
Sedih bila fikir kat mana dr mursi.
Mesti dia sedih kalau dia tau rakyat dia ramai yang syahid.
ya Allah,jaga kan dia untuk kami.kerana kami lemah.jangan Kau biarkan dia disakiti pihak musuh.kuatkan dia ya Allah,kerana kami terlalu sayangkan dia keranaMu
“There are currently two paths in Egypt: Those who follow the Pharaoh, and those who follow Moses"
- Ada dua jalan yang diikuti oleh warga Mesir kini; yakni mereka yang mengikut jalan Firaun dan mereka yang mengikut jalan (Nabi) Musa -
(Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri Turki, 17 Ogos 2013)
Mengharap pemimpin Malaysia mengucapkan kata-kata sekeras begini,ia umpama bermimpi di siang hari.
*kuatkan jua Erdogan,agar dia tak pernah merasa sendiri menegakkan yang hak.dan beri petunjuk buat pimpinan kami,agar nampak apa yang hak,sebelum terlambat.
menyatakan sokongan dan ditarik jawatan.
Dr. Torik Suwaidan telah dilucutkan jawatannya di stesyen tv alrisalah atas arahan keluarga saud (raja saudi) sebentar tadi kerana menyatakan sokongan kepada perjuangan rakyat mesir
Sumber: fb فلسطين الآن.
"Anggota pasukan keselamatan diserang,diseksa dan dibunuh.itulah realiti yang berlaku di Mesir sekarang."
Tulis berita tu macam dia nampak depan mata benda terjadi.
Cerita yang dibawa dari mulut-mulut orang seperti ni,ditulis oleh orang begini,sikit pun aku tak redha.
Pandai-pandai la jawab bila ditanya kelak!
Semalam sepanjang dalam kereta berborak dengan Solehah Haji Amin, tentang banyak isu, antaranya kes jenayah di bumi Malaysia tercinta. Pernah saya terbaca bahawa 1 dari 4 rakyat Malaysia disahkan sakit mental.
Sakit mental bukan gila. Tapi kemurungan, depresi, jiwa kacau dan akhirnya akal tak mampu menjadi penilai. Yang dewasa ditekanan dengan ekonomi, trafik melampau. Juga tol yang boleh mencecah RM300 setiap bulan tanpa sedar. Rumah kecil, tingkat tinggi, tiada tanah utk menjadi manusia alami. Pelajar sekecil sekolah rendah didesak dengan markah-markah. Guru-guru dengan lambakan kerja pengkeranian tak sudah.
Dan, Malaysia panas, serta tak ada kehijauan yang membantu menyejukkan hati. Kami rindu padang hijau luas di luar negara di sepanjang jalan raya.
Maka tak hairan jenayah makin menggila, sebab semuanya sudah caca merba. Kes ibu mencuri milo, tepung dan makanan dan akhirnya dipenjarakan, sangat menjerut perasaan. Kes anak-anak hilang, hingga saya tertanya; apakah ibu bapa hilang keupayaan?
Dan disebalik penderitaan dalaman ini, ada rakyat yg tidak sedar. Lebih parah, ada pemimpin yg sedap berfoya-foya.
Bala. Ya Allah, rahmati bumi ini..
notasiku-Dan terkilan dengan diri sendiri,sebab hakikatnya masalah ini kecil nak dibandingkan dengan saudara kita yang kena buat pilihan sama ada syahid atau tunggu kemenangan.tapi mereka tanpa fikir panjang,memilih untuk syahid.
ya Allah,jangan sedikit pun Kau campakkan perasaan menyesal dalam hati kami kerana kami tahu segala yang Kau susun itu adalah yang terbaik.
Alfatihah.
Terus doa.
Terus doa.
LA yakalifullahhu nafsan ILLA us'aha.
(Tidaklah Allah menguji melainkan apa yang mampu kamu tanggung)
Posting Komentar