Menyemak saman trafik tertunggak JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) dan PDRM (Polis Diraja Malaysia) teramatlah mudah sekarang. Anda boleh membuat semakan secara online ataupun menerusi SMS.
Antara cara-cara yang biasa di lakukan oleh pengguna di Malaysia adalah seperti berikut :
I) Semak saman secara online
Terdapat 3 portal yang menyediakan servis ini dan kesemuanya percuma:
1. MyEG Services
Anda boleh semak saman yang dikeluarkan oleh kedua-dua PDRM and JPJ di sini. Ikuti langkah-langkah di bawah:
Layari www.myeg.com.my.
Anda mesti mendaftar dulu sekiranya menggunakan servis ini buat kali pertama.
Login menggunakan nama dan kata laluan.
Klik eServices pada menu dan pilih JPJ atau PDRM.
Pilih pautan yang berkenaan untuk menyemak dan seterusnya membayar saman anda.
MYEG juga ada menyediakan servis yang menghantar peringatan ke email anda sekiranya terdapat saman baru. Langganan servis ini adalah percuma.
2. Rilek e-Services
Laman ini sah untuk saman yang dikeluarkan PDRM sahaja.
Layari laman Semakan Saman PDRM dan daftar.
Login menggunakan nama dan kata laluan.
Klik 'Check Summon' pada sebelah atas menu untuk summon inquiry.
Anda juga boleh membuat bayaran di laman ini. Buat masa ini ia dihubungkan dengan perbankan internet CIMB, MAYBANK dan RHB.
3. JPJ
Laman ini terpakai untuk saman yang dikeluarkan JPJ sahaja.
Layari laman Semakan Saman JPJ.
Di bawah tajuk “Semakan Saman”, klik dropdown menu untuk memilih kategori NOMBOR ID SAHAJA atau kategori NOMBOR ID DAN NOMBOR KENDERAAN.
(contoh format nombor ID Orang Awam Malaysia/MyKAD: 801121141234 atau KP Lama : A1234567)
Isikan semua data yang perlu, disusuli dengan kod sekuriti (captcha).
Ahkir sekali klik butang Semak button. Keputusan semakan akan dipaparkan di sebelah bawah, di bawah tajuk “Hasil Carian”.
II) Semak saman melalui SMS
Menyemak saman melalui SMS hanya terpakai untuk saman PDRM sahaja. Anda hanya memerlukan nombor kad pengenalan atau nombor pendaftaran kenderaan. Sila ikuti langkah-langkah di bawah:
Masukkan teks berikut pada telefon anda:
POLIS SAMAN [No. K/P atau pendaftaran kenderaan]Contoh:
POLIS SAMAN 740523015555 atau
POLIS SAMAN WEP1234
Hantarkan SMS tersebut ke 15888 atau 32728.
Anda akan dicaj RM0.20 untuk setiap jawapan SMS.
Jikalau anda inginkan jawapan terperinci, taipkan mesej seperti berikut:
POLIS SAMAN [No. K/P atau pendaftaran kenderaan] [email]Contoh:
POLIS SAMAN 740523015555 pemanduganas@gmail.com
dan hantarkan ke nombor yang sama. Perincian saman anda akan dihantar ke alamat email tersebut.
Posting Komentar