infopaytren.com
BREAKING

Senin, 29 Juli 2013

GAMBAR DAN VIDEO : PENGASAS ARAB MALAYSIAN BANK HUSSAIN AHMAD NAJADI MAUT DI TEMBAK.

Pengasas Bank Arab-Malaysian (AmBank) Maut Ditembak, Pengasas Bank Arab-Malaysian (AmBank), Hussain Ahmad Najadi ditembak mati di parkir kereta

AL-FATIHAH.








KUALA LUMPUR - Pengasas Arab Malaysian Bank Hussain Ahmad Najadi maut manakala isterinya cedera parah ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina, Kuan Yin Temple, di Lorong Ceylon, di sini hari ini.

Hussain, 75 sedang berjalan ke arah kenderaan bersama isterinya apabila seorang individu bersenjata menuju ke arahnya dan melepaskan beberapa das tembakan.

Beliau mati di tempat kejadian dalam insiden yang berlaku pada 1.30 petang itu.

Hussain ditembak di dada dan rusuknya sementara isterinya Cheong Mei Kuen, 49, cedera selepas dilanggar di tangan, menurut polis.

Kamera litar tertuto menunjukkan penyerang memakai baju kemeja bercorak kotak-kotak berlengan panjang dan seluar khaki.

Menurut Malaysian Insider Ketua Polis Dang Wangi Timbalan Komisyener Zainuddin Ahmad mengesahkan insiden terbabit dan mengklasifikasikannya sebagai kes bunuh.

Dipercayai tiga orang suspek terlibat dalam insiden itu menaiki sebuah teksi Proton Waja.

AmBank Group yang diasas oleh Hussain dengan dikenali nama Arab-Malaysian Development Bank, melalui syarikat induk AIAK (Arab Investments for Asia Kuwait).

Beliau membeli bank terbabit melalui Kuala Lumpur Stock Exchange (KLSE) pada 1981.

sumber

notasiku- Hobi baru orang Malaysia ialah tembak-menembak dan berbunuhan. Selamat datang ke Malaysia Darul "Aman".

About ""

"BERBAGI ITU PENUH BERKAH" Silahkan beri komentar sesuai dengan tema postingan, dan saya akan segera berkunjung ke blog sobat,apabila postingan ini dianggap bermanfaat bagi teman-teman, silahkan sebarluaskan,"BILA TAK MAMPU BERBAGI KEBAIKAN, SETIDAKNYA JANGAN BERBAGI KEBURUKAN PADA YANG LAIN " Terimakasih.

Posting Komentar

 
Copyright © 2013 Insfirasi Wanita
Design by FBTemplates | BTT