di mata keluarga dan pemilik cinta.
kerana itulah kecantikan hakiki.
dan kecantikan itu ada ganjaran di firdausi
malahan dicemburui oleh sang bidadari.
cantik ini bukan sebarang cantik,
bukan pada pakaian yang akan lusuh dan solekan yang akan pudar.
bukan yang dipertandingkan dan ditayangkan secara murah.
cantik ini mahal,
dan cerminam nya pada hati dan taqwa.
Ya Allah kau telah menciptakan kami dengan sebaik2 ciptaan, maka perbaikilah akhlak kami
mari kita usahakan kecantikan ini sahabat
cantik mereka para syahuda' dengan percikan darah..
cantik kita?
biarlah dengan peluh dan keringat menyebarkan risalah Islam.
Ya Allah, bantulah para pejuang agamaMu di Mesir,Syria,Palestin dan seluruh dunia.
Ya Allah berilah hidayah petunjukMu pada ummah ini.
**Mari perbanyakkan doa buat saudara kita.
ust Nouman Ali Khan nasihat,kalau dah tak de ape nak buat, tidur lebih baik dari buat dosa dan maksiat.
tapi sebenarnya selalu je ada benda yang kita nak kena buat. Al Quran, Menuntut Ilmu, membaca, dan banyak lagi.
kan?
Jom mujahadah. Amalkan sunnah qailullah,moga diberi kekuatan oleh Allah selalu.
Salam Ramadhan Kareem,
moga terus bersemangat dan meningkatkan pencapaian dalam hari yang berbaki.
Ya Allah rezeki kan hamba2Mu taqwa dan lailatul qadr, dan ampunilah kesalahan dan dosa-dosa kami.
Moga terus istiqamah dalam perkara kebaikan.
notahati- Mari kita upgrade ifthar kita, dengan doa sahih yang diajarkan oleh Rasulullah saw
ذَهَبَ الظَّمَأُ وَ ابْتَلَّتِ الْعُرُوقُ، وَ ثَبَتَ الأجْرُ إنْ شَاءَ اللَّهُ
The thrist is gone, the veins are moistened and the reward is confirmed, if Allah [Ta'ala] wills.
Ertinya :
"Telah hilanglah dahaga, telah basah urat leher dan telah tetap mendapat pahalanya InshaAllah "
Riwayat Abu Daud, 2/2357 : Hadith Hasan menurut Albani).
*pendek je ni, Jom hafal .
Posting Komentar