infopaytren.com
BREAKING

Senin, 09 Desember 2013

Remaja 15, 16 tahun nikah.

Remaja 15, 16 tahun nikah
Muhamad Haikal Farith (dua dari kiri), bersama isterinya Nur Hazwani, (dua dari kanan) pada majlis perkahwinan mereka.

sumber
Shah Alam: “Saya akan buktikan, mampu menjadi suami terbaik buat isteri, sekali gus ayah dalam keluarga kami yang bahagia, walaupun baru berusia 15 tahun.

“Restu keluarga dan sanak saudara menjadi kekuatan kepada saya, membuktikan bahawa usia bukan ukuran dalam menentukan kemampuan dan tanggungjawab menjadi suami,” kata Muhamad Haikal Farith Mohd Shah.

Beliau selamat dinikahkan dengan pasangannya, Nur Hazwani Mohd Kamal, 16, yang masih belajar dalam Tingkatan Empat, oleh Imam Masjid Teluk Kemang, Port Dickson, Rahim Jaafar, kelmarin.

Nur Hazwani menerima mas kahwin RM200 dan hantaran RM5,000.

Muhamad Haikal berkata, bapanya, Mohd Shah Abdul Aziz, 43, memohon kebenaran mahkamah bagi membolehkan dia bernikah dengan pasangannya kerana usia mereka yang masih muda.

Katanya, walaupun beliau muda setahun daripada isterinya, namun semangat dan tanggungjawab semakin membara dalam dirinya terutama selepas selamat dinikahkan bagi memastikan perkahwinan mereka bahagia.
Beliau tidak melihat kegagalan perkahwinan pasangan remaja yang berakhir kurang setahun, sebagai perkara yang menakutkan.

“Walaupun masih muda, saya berusaha menjadi suami terbaik dan memastikan rumah tangga didirikan kekal hingga ke akhir hayat. Memang ramai memandang sinis, tetapi kami akan berusaha membuktikan usia bukan jaminan kebahagiaan.

“Setakat ini keluarga dan adik beradik banyak memberi semangat. Usia muda bukan penghalang untuk jadi suami terbaik dan saya akan buktikan,” tegasnya ketika ditemui membawa pasangannya menziarahi rumah saudara mereka di sini, semalam.

Muhammad Haikal yang sudah tidak bersekolah sejak setahun lalu, membantu perniagaan bapanya yang juga seorang kontraktor binaan.

Mohd Shah berkata, walaupun sudah berkahwin, namun anak dan menantu akan tinggal bersama keluarganya, sementara menantunya akan terus bersekolah.

Bulan lalu, BH mendedahkan perkahwinan sepasang remaja berusia 19 dan 12 tahun, berakhir dengan perceraian seminggu sebelum ulang tahun pertama mereka.

********

Notakaki- Kisah ini sudah dua tahun lebih. Alhamdulillah pasangan yang bahagia.

Semasa adik saya nak berkahwin hampir banyak respon dari adik-adik dan kakak-kakak apabila mengetahui bahawa zaman bujang adik saya akan tamat tidak lama lagi (iAllah), ialah nada teruja,

"bestnya dah nak kawin..muda lagi".
"seronoknya..untungla kawin muda. akak, orang pun belum ada..".
"mesti bestkan dah nak kawin.."

dan sebagainya.

Teringat pesan bonda,

"jangan sesekali merasakan bahawa perkahwinan di usia muda adalah satu kelebihan dan keistimewaan, tetapi ingat dalam-dalam bahawa berkahwin muda bermakna kita sedang menyerahkan diri kita untuk menerima tanggungjawab, beban dan susah payah ketika orang lain di usia kita masih boleh berseronok memikirkan diri sendiri".

Maka selalunya dengan senyum dia (adik saya) memujuk mereka,

"berkahwin pun seronok jika kita beriman dan hidup bujang pun seronok jika kita beriman iAllah. Kedua-duanya sama dalam pandangan Allah jika kita beriman."

Maka bahagiakanlah kehidupan dengan IMAN.

*sebenarnya banyak lagi mereka yang berkahwin di usia sebelum 22 tahun.

okeh langkah bendul . okbai.

About ""

"BERBAGI ITU PENUH BERKAH" Silahkan beri komentar sesuai dengan tema postingan, dan saya akan segera berkunjung ke blog sobat,apabila postingan ini dianggap bermanfaat bagi teman-teman, silahkan sebarluaskan,"BILA TAK MAMPU BERBAGI KEBAIKAN, SETIDAKNYA JANGAN BERBAGI KEBURUKAN PADA YANG LAIN " Terimakasih.

Posting Komentar

 
Copyright © 2013 Insfirasi Wanita
Design by FBTemplates | BTT