infopaytren.com
BREAKING

Rabu, 25 Desember 2013

Bukan Semua Orang Miskin Tidak Bersyukur.



Jujurnya saya sangat kecewa dengan Prof Dr Muhaya kerana beliau terlampau positif sehingga tidak praktikal. Adakah beliau memahami kesusahan rakyat jelata yang makanan pun tiada. Bukan semua orang miskin tidak bersyukur. Kita mungkin senang dengan title Prof. dan gaji puluhan ribu. Bukan semua orang miskin tidak bersyukur.


Isu peningkatan kos hidup sering dikaitkan dengan bebanan kehidupan terutama buat golongan kurang mampu.

Malah ada yang menuding jari ke arah sesetengah pihak ekoran harga barang semakin mahal dan kesempitan hidup mencengkam kehidupan.

Namun, berbeza pula dengan penceramah terkenal, Prof Dr Muhaya Mohamad yang melihat perkara itu dari sudut positif.

Menurutnya, umum menanggap peningkatan kos hidup sebagai satu perkara negatif sehingga hasilnya kekal negatif tanpa ada sebarang perubahan.

“Saya simpati dengan keadaan kenaikan harga tetapi kena faham konsep dunia. Tidak ada situasi di mana harga akan turun. Memang harga akan naik. Bukan apa yang berlaku itu penting tetapi respons kita terhadap apa yang berlaku.

“Kalau kita guna formula kita ini, peristiwa yang berlaku campur dengan respons kita menghasilkan hasil kehidupan kita. Kalau peristiwa itu negatif, respons kita negatif, hasilnya mesti negatif. Jadi, kita guna formula, peristiwa negatif iaitu barang naik, respons kita mesti sangat positif, maka hasilnya positif,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Mengulas lanjut mengenai formula tersebut, beliau menyarankan agar orang ramai menggunakan kemahiran yang ada dengan lebih bermanfaat.

“Jangan kata kita tak mampu beli barang itu, kita tanya bagaimana untuk saya lebih mampu? Nilai berapa jam masa digunakan untuk benda yang produktif?

“Contoh sebelum ini kita tonton TV lima jam, apa yang kita dapat? Kalau wanita yang ada bakat, tingkatkan pendapatan melalui online, berniaga sambal tumis dan sebagainya. Orang lelaki mungkin boleh bekerja lebih,” katanya.

Jelasnya, corak berbelanja juga perlu diatur semula mengikut kesesuaian dan keutamaan.

“Saya rasa kita kena mengatur cara kita berbelanja. Bagi orang yang merokok, merokok itu memang membakar wang. Kenapa harus merokok juga?

“Bagi orang yang berbelanja pula, audit balik perbelanjaan kita. Air gas, ais krim semua itu tidak membina nutrisi kita, jadi, kalau tak boleh tingkatkan pendapatan, kita kurangkan perbelanjaan yang tidak penting,” katanya.

Katanya, keberkatan daripada wang yang diperoleh juga penting diberi penekanan.

“Ada dua jenis manusia. Satu, merungut dan mengeluh. Sibuk hidup dari luar ke dalam. Macam-macam alasan. Dia sibuk mencari faktor di luar daripada faktor dirinya sendiri.

“Manusia diberi duit berdasarkan nilai yang diberi kepada dunia. Kita gaji RM1,000 tetapi kerja macam RM800, tak berkat duit. Tapi kalau gaji RM1,000 kerja macam RM2,000, ALLAH akan beri keberkatan RM2,000 itu kepada kita. Ini undang-undang sunnatullah,” katanya.

Sebelum mengakhiri perbualan, beliau sempat menyampaikan pesanan buat orang ramai.

“Ingat ya, ALLAH sudah tetapkan rezeki, kita jangan sibuk dengan benda yang ALLAH dah jamin hingga terlupa tanggungjawab kita. Saya perhatikan, banyak orang yang cuai dengan tanggungjawab dan ketika itulah duit tak cukup, kereta rosak dan sebagainya.

“Jaga ALLAH, ALLAH urusan dunia kita. Kita kejar akhirat, dunia kejar kita. Itu konsep nak hilangkan tekanan. Kalau kita tak bersyukur, kita akan mengeluh, merungut. Kalau bersyukur, aura positif magnet kepada benda yang positif. Ini yang membuatkan kita tertekan,” katanya.

Sekali lagi,
Mereka Bukan tidak Positif.

p/s : Teringat sebuah Anologi, Tangan yang terhiris pisau terasa sakit, Tetapi jika di siram dengan Jus Limau, Pasti Pedih Amat-amat.

Kesimpulannya : Diam bukanlah tanda BERSETUJU.

About ""

"BERBAGI ITU PENUH BERKAH" Silahkan beri komentar sesuai dengan tema postingan, dan saya akan segera berkunjung ke blog sobat,apabila postingan ini dianggap bermanfaat bagi teman-teman, silahkan sebarluaskan,"BILA TAK MAMPU BERBAGI KEBAIKAN, SETIDAKNYA JANGAN BERBAGI KEBURUKAN PADA YANG LAIN " Terimakasih.

Posting Komentar

 
Copyright © 2013 Insfirasi Wanita
Design by FBTemplates | BTT