Umat Islam itu bersaudara, atas dasar aqidah.
Takkan pernah putus simpulan itu selagi mana kita sandarkan pada Yang Maha Kekal, Yang Abadi.
Pengumuman tersebut dibuat beliau di hadapan kira-kira 2,000 hadirin dalam satu program ceramah agama Taman Ria, di sini, malam tadi.
"Punya teliti saya nak buat keputusan. Sepatutnya saya tak boleh umum malam ini, saya tunggu besok Datuk Seri (PM) akan umum tapi saya tetap nak umum pada tuan-tuan supaya tuan-tuan tak keliru," ujar beliau
Tambahnya lagi, "saya tak kemaruk kuasa, saya tak kemaruk apa, saya nak jadi penceramah bebas, saya rasa Datuk Seri biarlah saya terbang bebas, Datuk Seri sokong saya, dia tunduk tuan-tuan," katanya berkongsi detik pertemuannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib kemudian katanya memberitahu beliau supaya meneruskan kerja-kerja dakwah yang menjadi keutamaannya.
"Tak apalah ustaz kalau itu yang ustaz nak, saya sokong, kita bagi kemudahan ustaz berdakwah tanpa had, pergilah berdakwah," katanya memetik apa yang perdana menteri perkatakan kepada dalam pertemuan itu.
Ustaz Kazim turut meminta maaf kepada mana-mana pihak sekiranya ada yang kecil hati dengan kenyataannya itu.
"Saya tetap jadi penceramah biasa tak campur mana-mana parti dan saya rasa itulah terbaik...
"Tuan-tuan selesa dengan keputusan saya walaupun sedikit merugikan kerana tak boleh buat kerja, saya doakan supaya ada orang lain boleh ganti apa yang dia cita-citakan dan kita sokong... kita buat ceramah macam ni supaya umat Islam bersatu, berkasih sayang, tak ada gaduh-gaduh pasal bendera, kita bangunkan Islam di negara kita.
"... tapi saya hanya boleh bercakap sebab saya tak ada kuasa, kalau saya ada kuasa saya boleh buat macam-macam, jadi cukuplah sekadar ini...saya mintak maaf mungkin apa yang saya cakap ni mengguris hati tuan-tuan tapi saya rasa itulah jawapan yang tuan-tuan tunggu," luahnya lagi.
Sabtu lalu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah mengumumkan sembilan lagi ahli MT parti itu, termasuk Mohammad Kazim.
Mohammad Kazim atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Kazim sebelum ini berkata, beliau masih belum membuat keputusan muktamad sama ada untuk menerima pelantikannya sebagai anggota MT Umno.
Katanya, sebelum membuat sebarang keputusan, beliau perlu berjumpa perdana menteri untuk mengetahui peranannya dalam parti itu, selain menimbang tugasnya sebagai pendakwah.
notakaki-Tahniah Ust Kazim! Dalam niatnya baik mahu membetulkan UMNO, harus kita ingat bahawa kezaliman UMNO pada rakyat bukan calang-calang. Tidak wajar sama sekali agamawan menyertai satu parti yang tanpa berselindung menindas rakyat selama berpuluh tahun.
Apabila kerajaan mengumumkan kenaikan tarif elektrik, serta merta saya teringat kes kematian keluarga seorang pelajar UTHM. Kebakaran yg berpunca dari lilin, dek letrik mereka dipotong kerana gagal melunaskan tunggakan yang sedikit, dan mereka tak mampu membayarnya!
Semoga Allah memberkati Ust Kazim dan keluarganya.
Apabila kerajaan mengumumkan kenaikan tarif elektrik, serta merta saya teringat kes kematian keluarga seorang pelajar UTHM. Kebakaran yg berpunca dari lilin, dek letrik mereka dipotong kerana gagal melunaskan tunggakan yang sedikit, dan mereka tak mampu membayarnya!
Semoga Allah memberkati Ust Kazim dan keluarganya.
Posting Komentar