TERKINI "OPERASI BERMULA DI KG TANDOU. AIRFORCE BOMBINGS INTENSELY"
Kami memohon agar semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik
supaya mendoakan kejayaan misi kali ini dan yang lebih penting, keselamatan penduduk
yang terlibat serta anggota keselamatan kita.
Insya Allah kita pasti berjaya! ALLAHUAKBAR!
Jom kita doakan keselamatan dan kesejahteraan di Sabah
Ya Allah,peliharalah bumi Sabah, hentikan segala kekejaman. Lindungi saudara-saudara
kami Ya Allah.
Engkaulah Yang Maha Berkuasa Ya Allah
Amiin.
Kenyataan Akhbar
Sejak pencerobohan oleh kumpulan bersenjata di Lahad Datu pada Feb 12, kerajaan telah mengambil pendekatan untuk menyelesaikan konflik ini tanpa pertumpahan darah. Pihak polis telah mengadakan pertemuan dan rundingan dengan harapan penceroboh akan bersetuju keluar dengan aman tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang yang serius.
Semakin lama pencerobohan ini berlanjutan, jelas kepada pihak berkuasa bahawa penceroboh tidak berniat untuk keluar dari tanah Sabah. Pada hari Jumaat lepas mereka telah melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang bertugas di kawasan tersebut menyebabkan dua anggota kita terbunuh, sehari kemudian enam lagi anggota polis dibunuh oleh penceroboh di Semporna.
Setelah serangan yang pertama, saya telah menegaskan bahawa penceroboh mesti menyerah diri dan jika mereka enggan pihak berkuasa negara ini akan bertindak.
Kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga marurah dan kedaultan negara sebagaimana yang dituntut oleh rakyat. Pada jam 7pagi ini pasukan keselamatan telah melancarkan serangan di Kampung Tanduo.
Dato Sri Mohd Najib Tun Razak
PERDANA MENTERI MALAYSIA
Posting Komentar