infopaytren.com
BREAKING

Sabtu, 02 Maret 2013

UPDATED PANTAI TIMUR SABAH TIDAK SELAMAT? [INSIDEN LAHAD DATU] KETUA POLIS NEGARA TAN SRI ISMAIL OMAR :KEJADIAN TEMBAK MENEMBAK BERLAKU DI SEMPORNA KIRA-KIRA 7:30 MALAM TADI.

Tiada Perintah Berkurung di Semporna

Pesuruhjaya Polis Sabah Dato' Hamza bin Taib, menafikan khabar angin mengenai perintah berkurung di Semporna. Orang ramai diminta tidak menyebarkan sebarang khabar angin melalui mana-mana plaform komunikasi termasuk media sosial, sms dan sebagainya. Perbuatan ini hanya akan mengeruhkan keadaan.
-PDRM-

KETUA Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menerusi laman twitternya mengesahkan berkata bahawa ada kejadian tembak menembak berlaku susulan satu pemeriksaan oleh pihak polis ke atas sebuah permis di kampung Seri Jaya Siminul, Semporna kira-kira jam 7.30 malam tadi.



Seorang lagi anggota keselamatan negara terkorban, kali ini dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh di kampung Selamat, Semporna, Sabah iaitu kira-kira 150 kilometer dari Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, Lahad Datu malam tadi.
-Sinar-


Bendera putih (sebagai tanda menyerah diri) 

Photo: Tahukah anda Tentera Suluk Tausug Sultan Kiram Param Pam menggunakan Taktik "Tak ada Telur/Pondan" semalam dan menyebabkan kematian 2 Komando Polis .  "Kumpulan penceroboh bersenjata telah menggunakan taktik mengibarkan bendera putih (sebagai tanda menyerah diri) untuk memerangkap anggota polis komando VAT 69 dalam insiden tembakan di Kampung Tanduo, Lahad Datu, semalam."  Ini merupakan Tamparan Hebat kepada Keselamatan malaysia kerana terlalu berlembut dengan musuh yang disangka 'lembut' atas dasar 'agama yang sama'' dan terus difikir boleh dibawa bincang.  Perkara itu disahkan oleh salah seorang anggota VAT 69 yang terbabit dalam pertempuran di kubu kumpulan penceroboh bersenjata yang mendakwa sebagai tentera Kesultanan Sulu dari selatan Filipina.  Dalam kejadian tersebut, dua anggota komando polis Inspektor Zulkifli Mamat, 29, dan Koperal Sabarudin Daud, 46, terkorban setelah terkena tembakan daripada kumpulan penceroboh itu di kampung tersebut yang terletak kira-kira 130 kilometer dari pekan Lahad Datu.
Tahukah anda Tentera Suluk Tausug Sultan Kiram Param Pam menggunakan Taktik bacul  semalam dan menyebabkan kematian 2 Komando Polis .

"Kumpulan penceroboh bersenjata telah menggunakan taktik mengibarkan bendera putih (sebagai tanda menyerah diri) untuk memerangkap anggota polis komando VAT 69 dalam insiden tembakan di Kampung Tanduo, Lahad Datu, semalam."

Ini merupakan Tamparan Hebat kepada Keselamatan malaysia kerana terlalu berlembut dengan musuh yang disangka 'lembut' atas dasar 'agama yang sama'' dan terus difikir boleh dibawa bincang.

Perkara itu disahkan oleh salah seorang anggota VAT 69 yang terbabit dalam pertempuran di kubu kumpulan penceroboh bersenjata yang mendakwa sebagai tentera Kesultanan Sulu dari selatan Filipina.

Dalam kejadian tersebut, dua anggota komando polis Inspektor Zulkifli Mamat, 29, dan Koperal Sabarudin Daud, 46, terkorban setelah terkena tembakan daripada kumpulan penceroboh itu di kampung tersebut yang terletak kira-kira 130 kilometer dari pekan Lahad Datu.

Bagaimanapun, sebentar tadi, para penceroboh telah berjaya menculik seorang pegawai polis, Inspektor Azra dan kini mereka sedang mengepong Pengkalan Polis Marin Semporna. Namun belum mendapat pengesahan PDRM.


APAKAH INSIDEN TANDUO 2 + 2 = 5?

MUNGKIN Pesuruhjaya Polis Sabah, Dato' Hamza Taib pakar matematik kerana dapat menyelesaikan kemelut pencerobohan 'Tentera Sultan Sulu' dengan cekap iaitu 200 orang penceroboh tolak dengan 12 kematian, 10 serah diri (dinafikan kemudiannya) maka jumlah yang tinggal di Tanduo adalah KOSONG!

Saya teringat 'Puzzle' yang ditanya Tun Dr Mahathir Mohammad kepada Tan Sri Ting Pek King bagaimana mahu menyelesaikan Formula 2 + 2 = 5 kerana tidak ada sesiapa di dalam mesyuarat khas berkenaan tahu jawapannya.

Kata Ting, "Satu untuk you, satu untuk gua. Dua untuk you, dua untuk gua. Tiga untuk you, gua tatak payah!" (Maksudnya, satu untuk anda, satu untuk saya. Dua untuk anda, dua untuk saya. Tiga untuk anda, saya tidak perlu). Dengan kata lain, 'RASUAH'.

Tetapi dalam isu pencerobohan 'Tentera Mat Bom @ Ahmad Malandi' yang dijenamakan semula senagai 'Tentera Sultan Sulu', Pasukan Perisik Sabahkini.net yang menjalankan tugas berbahaya menjalankan intipan, risikan dan perhubungan mendapati jumlah mereka hanya 76 orang; enam daripada mereka ialah wanita!

Malam tadi, Kumpulan Perisik Sabahkini.net menerima panggilan penduduk kampung Tg Batu bahawa sekumpulan antara 30 hingga 36 orang 'Tentera Mat Bom' yang terlepas daripada serangan pihak berkuasa bersembunyi di sekitar hutan di antara Kampung Tanjung Batu, Kampung Pasusul dan Kampung Tg Labian.

Namun atas sebab keselamatan dan masih dalam kawalan polis; kedudukan mereka telah dilaporkan kepada polis; malangnya polis tidak percaya ada yang terlepas daripada serangan mereka.

Sehubungan itu Pasukan Perisik Sabahkini.net sukar menjalankan tugas risikan, namun melalui perhubungan telefon dengan penduduk kampung, mereka mengakui tidak nampak secara jelas; tetapi mereka bertelefon dengan beberapa orang penduduk kampung yang turut serta dalam 'Tentera Mat Bom' dan keluarga mereka di Filipina; mereka mendapat tahu bahawa di antara 30 hingga 36 orang dapat melepaskan diri daripada serangan di Tanduo.

Manakala 10 orang daripada 76 orang 'Tentera Mat Bom' telah berjaya melarikan diri melalui laut dengan berenang atau menumpang sampan nelayan Kampung Tanduo sekitar jam 1.30 petang kelmarin.

Jika dicongak kembali, 10 orang menyerah diri (hilang tanpa jejak), 12 terbunuh, 10 melarikan melalui laut; maka bakinya 34 orang yang kini berada di antara Kg Tg Batu, Kg Pasusul, Tg Labian dan menuju ke Tanagian Lama.

Namun kata polis 'Game Is Over' kerana mereka tidak yakin ada yang dapat melepaskan diri setelah dikepung oleh pihak berkuasa Malaysia dan Filipina.

Mungkin Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri tidak malu kerana menurunkan begitu banyak pasukan keselamatan dengan kos lebih RM200 juta (anggaran Tan Sri Harris Salleh) untuk berunding sebelum menggempur 20 'Tentera Sultan Sulu' yang sebelum ini dilaporkan sejumlah 200 orang?

Siapa yang akan percaya kepada polis jika keadaan sebegini genting gagal ditangani dengan sempurna sehingga mengorbankan dua komando terbaik Vat 69 dan mencederakan beberapa orang kerana 'bengap, bebal dan degil' untuk menerima laporan penduduk kampung yang disalurkan melalui Sabahkini.net dan SMS?

Nasib dua daripada tiga Naib Presiden UMNO mungkin dalam dilema kerana mereka gagal mempastikan Sabah selamat daripada pencerobohan kerana kedua-dua mereka memegang jawatan Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri.

Dalam pada itu, penduduk Lahad Datu masih dalam trauma dan ketakutan kerana jumlah PATI termasuk pemegang IC Projek di bandar ini terlalu ramai sehingga mengatasi penduduk tempatan.

Malah Ketua Penerangan UMNO Silam dan sebahagian besar ketua cawangan dan ahli UMNO Silam juga adalah PATI yang mendapat kad pengenalan projek sehingga mereka ini menjadi gunting dalam lipatan dan menjadi 'Cocoon' kepada Warga Penyu terutama penjenayah yang berjubahkan Pejuang MORO!


14 MATI,3 CEDERA AKHRI TEGANGAN


RAYU.....Pengikut bekas Sultan Sulu Jamalul Kiram III di pintu pagar Masjid Biru di kampung Maharlika, bandar Taguig, Manila selatan, 1 Mac 2013, di hadapan banner memanggil untuk keamanan. (Gambar Reuters) .

KUALA LUMPUR : Insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah berakhir dengan 14 terbunuh dan tiga cedera selepas pasukan keselamatan bertempur dengan penceroboh bersenjata, polis sahkan hari ini.
The Star Online melaporkan polis berkata perintah berkurung telah dilaksanakan di bandar Lahad Datu dan kawasan sekitarnya sejak jam 4 petang.

“Saya sedih insiden ini berlaku kerana ini yang kami cuba elakkan, yang mana pertumpahan darah berlaku,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dipetik The Star Online.


Dua belas anggota penceroboh Filipina dan dua komando Malaysia terbunuh dalam pertempuran tersebut.

Tiga anggota polis Malaysia turut tercedera.

Komisioner Polis Sabah Datuk Hamza Taib dipetik The Star Online hari ini berkata penceroboh Filipina itu memulakan tembakan terhadap pasukan keselamatan Malaysia.

“Pegawai kami bertembung dengan beberapa penceroboh yang menembak mereka, memaksa pasukan polis membalas tembakan,” kata Hamza.

Anak kepada pemimpin kumpulan tersebut Agbimuddin Kiram, bagaimanapun awal hari ini berkata pihak berkuasa Malaysia memulakan tembakan.

Jumlah anggota penceroboh tersebut yang tercedera masih belum diketahui.


Portal The Philippine Daily Inquirer pula melaporkan jurucakap Kementerian Hubungan Luar Filipina Raul Hernandez hari ini berkata Duta Malaysia Mohammad Zamri Mohammad Kassim telah bertemu dengan pihak Setiausaha Kementerian Hubungan Luar Albert Del Rosario di Manila untuk memaklumkan perkara itu.

Hernandez dilaporkan berkata kerajaan Filipina masih lagi perlu mengesahkan kenyataan jurucakap penceroboh berkenaan bahawa 10 anggotanya terbunuh.

Dianggarkan 180 pemberontak Filipina, termasuk 30 lelaki bersenjata menceroboh Sabah pada 9 Februari lalu dan enggan beredar, walaupun telah diarahkan oleh kedua-dua kerajaan Malaysia dan Filipina.

Reuters turut melaporkan kumpulan bersenjata tersebut menuntut pengiktirafan Malaysia dan rundingan awal pajakan Sabah oleh Sultan kepada syarikat perdagangan British pada kurun ke-19. Malaysia bagaimanapun berkata permintaan mereka tidak akan dapat ditunaikan.


PANTAI TIMUR SABAH TIDAK SELAMAT?


PERANG antara pasukan keselamatan Malaysia dengan kumpulan tentera penceroboh Sultan Sulu menjadi satu lipatan sejarah tanahair. Bukan mudah tragedi ini dapat dilupakan oleh rakyat Malaysia, apatah lagi peristiwa tersebut mengorbankan dua anggota Komando 69 iaitu Inspektor Zulkifli Mamat, 29 tahun dan Koperal Sabarudin Daud, 46 serta mencederakan tiga anggota komando lain.



Rentetan penculikan pengganas Abu Sayaf di negeri ini amat mengusarkan rakyat Sabah terutama di sebelah Pantai Timur iaitu daerah Lahad Datu dan Semporna. Peristiwa penculikan 21 tebusan di Pulau Sipadan pada 23 april 2000, penculikan 3 rakyat tempatan di Pusat Peranginan Pulau Pandanan, penculikan dua orang di Pulau Sebangkat pada 8 Febuari 2010 dan terbaru penculikan Pengurus Ladang dengan seorang pembantunya di Lahad Datu pada 16 November tahun lalu membuktikan tahap keselamatan di perairaan mudah dibolosi oleh pihak musuh.


Perlu diketahui bahawa penculik-penculik ini bukan berasal dari negara ini tetapi berasal dari Selatan Filipina, kekerapan penculikan Abu Sayyaf terhadap rakyat di negara ini dan pelancong asing mampu memudaratkan sektor pelancongan. Pulau-pulau yang terdapat di sebelah Pantai Timur Sabah tumpuan pelancong asing memandangkan keindahan alam semulajadinya.


Alasan oleh pihak berkuasa bahawa sempadan negeri Sabah terlalu luas menyukarkan pihak keselamatan memantau atau mengawasinya tidak boleh diterima pakai. Rakyat Sabah sudah bosan dengan alasan tersebut malah geram dengan kerajaan kerana tiada tindakan drastik yang mampu membedung kelemahan tersebut.



Kalau di Semenanjung Malaysia diwujudkan Rejimen Sempadan untuk menangani pencerobohan orang Thailand di Utara Perlis, Kedah dan Kelantan kenapa tidak untuk negeri Sabah? Adakah negeri Sabah dan Sarawak adalah negeri kelas ke-2 sehingga tidak diambil kira tahap keselamatan di peringkat Nasional?


Kecanggihan kelengkapan ketenteraan dan sebuah kapal selam scorpene yang diuar-uarkan oleh kerajaan sebagai yang terbaik dalam mencegah pencerobohan warga asing di perairan negara ini, nampaknya hanyalah omong-omong kosong.


Rakyat di Sabah khususnya mengharap simpati dari kerjaan pusat, Kementerian Pertahanan dan kementerian keselamatan negara (KDN) agar merancang dan mengkaji setiap langkah untuk mengatasi pencerobohan warga asing ke atas negara ini.


Rakyat sebenarnya tidak mahu melihat ada lagi tragedi seperti perang di kampung Tanduo, Lahad Datubaru-baru ini berulang.



Rakyat Sabah Jangan bertindak melulu..Apa-apa pun Rakyat Seluruh Sabah harus berhati-hati..
Kerana kita tidak tahu siapa musuh dalam selimut..

About ""

"BERBAGI ITU PENUH BERKAH" Silahkan beri komentar sesuai dengan tema postingan, dan saya akan segera berkunjung ke blog sobat,apabila postingan ini dianggap bermanfaat bagi teman-teman, silahkan sebarluaskan,"BILA TAK MAMPU BERBAGI KEBAIKAN, SETIDAKNYA JANGAN BERBAGI KEBURUKAN PADA YANG LAIN " Terimakasih.

Posting Komentar

 
Copyright © 2013 Insfirasi Wanita
Design by FBTemplates | BTT