infopaytren.com
BREAKING

Minggu, 03 Maret 2013

TERKINI-AL-FATIHAH SENARAI SAH YANG TERKORBAN. WAJARKAH MALAYSIA MELAYAN LAGI TUNTUTAN MEREKA SETELAH 8 ANGGOTA KITA MAUT?

Anggota polis mengawal ketat perkarangan Hospital Semporna bagi menanti ketibaan mayat anggota polis yang terbunuh. Kumpulan bersenjata Sulu itu melakukan serangan hendap di Kg Simunul Semporna pada pukul 7 petang Sabtu, dalam insiden itu enam anggota polis terkorban ketika berbalas tembakan untuk mempertahankan diri. sumber

LAHAD DATU, 4 Mac (Bernama) -- Seorang lagi anggota polis terkorban dalam serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Sabah, Sabtu, menjadikan jumlah terkini anggota polis yang terkorban dalam insiden tersebut kepada enam orang.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata enam anggota kumpulan bersenjata itu juga terbunuh dalam kejadian pukul 8 malam di perkampungan atas air itu.

Dalam operasi 'menyelamat' yang dilancarkan Ahad dan berakhir kira-kira 7 malam, Ismail berkata polis turut berjaya mengeluarkan 19 anggota polis dengan selamat dari Kampung Sri Jaya Simunul itu.

Dalam sidang media kira-kira 9 malam di Felda Sahabat, Kampung Tanduo di sini, Ismail berkata enam mayat anggota polis yang terkorban itu di hantar ke Hospital Semporna.

"Identiti mangsa akan dimaklumkan kepada anggota keluarga terlebih dahulu sebelum dipaparkan di laman web rasmi PDRM," katanya.

Dalam sidang media terdahulu, Ismail mengumumkan lima anggota polis terkorban dalam insiden itu manakala dua anggota kumpulan itu terbunuh.

Dalam sidang media sebelum ini, beliau berkata kelima-lima anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna itu ditugas untuk menjalankan siasatan di kampung berkenaan berikutan polis mendapat maklumat mengenai sekumpulan lelaki bersenjata di kampung itu.

Ismail juga memberitahu sidang media terdahulu itu bahawa anggota polis itu ditembak semasa menuju ke sebuah premis di kampung berkenaan dan mereka membalas tembakan untuk mempertahankan diri.

Dalam sidang media Ahad malam, Ismail menafikan terdapat insiden anggota polis yang didakwa menjadi tebusan kumpulan bersenjata itu dipenggal kepalanya.

"Itu hanya khabar angin dan saya minta orang ramai supaya tidak mempercayai sebarang khabar angin," katanya.

Beliau memaklumkan keadaan di kampung berkenaan kini kembali seperti biasa.

-- BERNAMA



TERKINI-Senarai Sah yang terkorban Al-Fatihah(Bagi yang Islam)






1. Supt Ibrahim Lebar, E1 B.Aman
2. ASP Michael, KCKD Semporna
3. Sjn Aziz - PGA Bn 14 Semporna
4. Kpl Azrul - PGA Bn 14 Semporna
5. Sjn Bahrin - E1 IPK Sabah
6. Kpl Salam - CKhas Tawau
7.Ins Zulkifli - vAT69 KOMANDO
8.Sarjan Sabarudin - VAT69 KOMANDO

ATM juga akan ketuai serangan dan tiada lagi sebarang rundingan bakal dibuat sebaliknya misi kali ini adalah menumpaskan kesemua musuh di Lahad Datu yang menghuru-harakan sabah sejak 12Febuari. Ayuh kita Berdoa agar semuanya Berjalan Lancar#PrayForSabah


Selepas Sahkan Supt Ibrahim Lebar antara yang terkorban, Terbaru Sah L/KPL Mohd Azrul Tukiran turut terkorban dalam insiden Malam Kelmarin-AL-FATIHAH Buat Wira Negara.


L/Kpl 160475 Mohd Azrul Tukiran Gugur di Bumi Sabah-
AL-FATIHAH

Berasal dari Rantau Panjang Klang.

WAJARKAH MALAYSIA MELAYAN LAGI TUNTUTAN MEREKA SETELAH 8 ANGGOTA KITA MAUT?


KUALA LUMPUR: Insiden keganasan di Sabah yang telah menyebabkan 22 kematian hanya akan tamat secara aman sekiranya Manila bersetuju dengan tuntutan pengikut Kiram yang mendakwa negeri utara Borneo itu adalah milik keturunan Sultan Sulu, lapor akhbar Filipina pada Ahad.

Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III berkata kepada Philippine Daily Inquirer/ beliau masih lagi membuka pintu rundingan dengan pentadbiran Aquino walaupun kerajaan Filipina itu menyebelahi kerajaan Malaysia.

"Rundingan masih belum terlambat kerana saya mengatakan semuanya masih terbuka," kata Jamalul dipetik media Filipina di kediamannya di sana petang Ahad.

Jamalul yang mendakwa beliau merupakan keturunan diraja Sulu yang memiliki negeri Borneo itu dilaporkan berkata keluarganya hanya menuntut tanah mereka di Sabah.

Adik kepada Jamalul, Agbimuddin Kiram, dilaporkan mengetuai sekumpulan lelaki bersenjata sekitar 100 hingga 200 orang telah menceroboh Lahad Datu, Sabah, pada 9 Februari dan berakhir dengan pertempuran dengan pihak berkuasa Malaysia di tiga kawasan.

Portal Borneo Insider pula dilaporkan berkata Agbimuddin pernah berkhidmat sebagai pembantu Pegawai Daerah Kudat ketika Tun Mustapha Harun menjadi Ketua Menteri Sabah.

Jamalul berkata kepada pemberita beliau pelik kenapa Filipina menyebelahi Malaysia.

“Kenapa tidak menyokong kami? Kami rakyat Filipina tetapi mereka menyokong Malaysia,” katanya.

Dia dilaporkan berkata penyokongnya menyeludup ke Sabah hanya mahukan penyelesaian terhadap tanah yang didakwa menjadi milik mereka.

"Ini bukan bahan jenaka. Ini masalah besar,” katanya kepada pemberita.

Jamalul berkata lagi bangsa Tausugs dan Filipina juga sedia mati untuk tujuan itu.

Sementara itu, anak perempuan Kiram, Jacel Kiram, dilaporkan berkata keluarganya mahu berjumpa dengan wakil dari Presiden Filipina, Presiden Benigno Aquino III, yang menjadi jurucakap kerajaan.

"Jika mereka serius, mereka patut duduk dan berbincang dengan kami tanpa melalui orang tengah.

“Ini isu nasional, malah isu antarabangsa. Kenapa tidak kerajaan berjumpa kami?," katanya.

Jacel turut menadikan laporan Filipina bahawa pentadbiran Aquino telah menghantar wakil untuk berbincang dengan keluarga berkenaan dan mereka bercakap dengan Mujiv Hataman, yang menjadi pegawai bertugas dalam Wilayah Autonomi Muslim Mindanao.

Dia turut menggesa pengikut keluarga berkenaan untuk bertenang dan tidak melepaskan kemarahan mereka kepada kerajaan Malaysia yang menganggap mereka di Sabah sebagai “musuh”.

Dia turut mengingatkan Muslim Filipina bahawa rakyat Malaysia di negara berkenaan juga bukan musuh.


A very serious msg to philippines gov..

About ""

"BERBAGI ITU PENUH BERKAH" Silahkan beri komentar sesuai dengan tema postingan, dan saya akan segera berkunjung ke blog sobat,apabila postingan ini dianggap bermanfaat bagi teman-teman, silahkan sebarluaskan,"BILA TAK MAMPU BERBAGI KEBAIKAN, SETIDAKNYA JANGAN BERBAGI KEBURUKAN PADA YANG LAIN " Terimakasih.

Posting Komentar

 
Copyright © 2013 Insfirasi Wanita
Design by FBTemplates | BTT