Inna lillahi wainna ilaihi rajiun - "Surely we belong to God and to Him shall we return"
Berita itu disahkan sendiri suaminya, Abil Fikri Ahmad, 44.
"Dia (Gee) meninggal jam 9.50 pagi tadi. Saat menghembuskan nafas yang terakhir, saya di sisinya.
"Dia pergi dengan tenang. Wajahnya tenang," kata Abil kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi sebentar tadi.
Menurut Abil, jenazah akan dikebumikan jam 4 petang ini.
Sebelum ini, kisah mereka mendapat perhatian umum setelah Abil sanggup berhenti kerja demi menjaga isterinya yang terlantar sejak tahun lalu.
Gee diserang asma sehingga menyebabkan dia mengalami kerosakan pada saraf otaknya sejak Jun 2011.
Orang ramai yang ingin menziarah boleh terus ke rumah Abil yang terletak di No 36, Taman Seri Putih, Seremban atau di Makam Tuan Haji Syed.
baca kisah meruntun jiwa di http://abil4fauziah.blogspot.com/
Keluarga di dunia, keluarga juga di syurga insyaAllah. Berpisah di dunia sementara.
ayat ke 28 surah ar rum - dan diantara tanda kekuasaannya ( Allah ) iaitu dia menciptakan bagi kamu akan pasangan dan Allah jadikan kehidupan kamu berpasangan itu kasih sayang dan ketenangan di dalamnya
Dalam rumah tangga, masa adalah NILAI kasih sayang & komponen yang sangat mahal.
Cabaran mengurus harta tidak sesukar mengurus masa. Harta mudah dibahagi namun masa agak sukar kerana ia terikat dengan kuantiti yg tetap.
Ada orang yg sibuk tetapi bahagia dan ada pula yg tidak sibuk (menyibuk) tapi kurang bahagia. Kebahagian tidak diukur dengan banyaknya (kuantiti) masa yg ada, tetapi diukur dengan kualiti masa yg digunakan.
Paling penting, masa dengan Allah tidak boleh berkurang, kerana Dia pemberi bahagia.
"Marriage is a long time commitment to to practice loving someone even when you feel they don't necessarily deserve it." -Half Our Deen-
Komitmen sepanjang hayat. Allahurabbi..
Posting Komentar