infopaytren.com
BREAKING

Senin, 01 April 2013

STATUS DATUK SERI MUHAMMAD RIDZWAN MUNCUL ,DITAHAN ATAU DIAMBIL KETERANGAN? MENGAKU BERI WANG PADA SULTAN MUEDZUL LAIL KIRAM.

SAYA BERI WANG PADA SULTAN MUEDZUL LAIL KIRAM


DATO SERI MUHAMAD RIDZWAN(Baju Melayu Hitam) yang telah menyerah diri pada pukul 11 pagi di IPD Ampang Jaya . Ketika Ditemui wartawan diluar IPD Ampang Sebentar tadi beliau mengakui ada memberi wang pada SULTAN MUEDZUL LAIL KIRAM(Selempang Hijau) tetapi bukan JAMALUL KIRAM

Tanda tanya mengenai status Datuk Seri Muhamad Ridzwan timbul apabila akhbar memberi laporan yang berbeza sebelum ini.
image

NST melaporkan Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman, ditahan dibawah Sosma selepas menyerah diri di Balai Polis Daerah Ampang bagi membantu penyiasatan mengenai pencerobohan ke atas Sabah.


Beliau, yang memakai baju Melayu merah dan berserban, hadir bersama lebih 10 orang kenalannya di balai polis itu pada 11.05 pagi tadi.
Bercakap kepada pemberita sebelum menyerah diri kepada pihak polis, Muhammad Ridzwan mengaku memberi bantuan kewangan kepada Sultan Sulu, Jolo, selatan Filipina iaitu Sultan Muedzul Lail Tan Kiram yang pernah ditemuinya pada 15 dan 16 Sept tahun lalu.
Beliau bagaimanapun menafikan bahawa Jamalul Kiram, yang dipercayai menjadi dalang pencerobohan di Sabah, adalah Sultan Sulu.
“Saya tidak kenal pun Jamalul Kiram,” katanya.

Sementara itu, The Star melaporkan Ridzwan datang memberi keterangan kepada Polis.


KUALA LUMPUR: Al-Ehsan Islamiah charity foundation president Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman gave his statement at the Ampang Jaya police headquarters here at 11am Monday over the Lahad Datu incursion.
Speaking to reporters, Ridzwan said he did not know self-styled Sulu Sultan Jamalul Kiram III, the man behind the group of armed Sulu intruders who entered Sabah in February with the aim of reclaiming it.
However, Ridzwan admitted giving money to another claimant to the Sulu throne, Sultan Muedzul Lail Tan Kiram.

Bagaiamanpun Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib mengesahkan Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman ditahan di IPD Ampang Jaya mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), di sini hari ini.

Bagaimanapun Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah itu menafikan penglibatannya dalam tragedi pencerobohan pengganas Kiram di Sabah.

Katanya, dia tidak pernah mengenali Jamalul Kiram yang didakwa Sultan Sulu sebaliknya hanya berkenalan rapat dengan pewaris asal kesultanan yang dikenali sebagai Sultan Muedzul-Lail Kiram. 

About ""

"BERBAGI ITU PENUH BERKAH" Silahkan beri komentar sesuai dengan tema postingan, dan saya akan segera berkunjung ke blog sobat,apabila postingan ini dianggap bermanfaat bagi teman-teman, silahkan sebarluaskan,"BILA TAK MAMPU BERBAGI KEBAIKAN, SETIDAKNYA JANGAN BERBAGI KEBURUKAN PADA YANG LAIN " Terimakasih.

Posting Komentar

 
Copyright © 2013 Insfirasi Wanita
Design by FBTemplates | BTT