Hari ini perasaan bercampur baur. Ada beberapa urusan yang saya cuba selesaikan pada hari ini. Tiba-tiba apabila pulang ke rumah, dikhabarkan berita pemergian seorang sahabat . Saya tidak mengenalinya rapat tetapi ada perkara yang menyuntik hiba di hati saya.
Tahun lalu saya dan keluarga berkesempatan membuat kenduri kesyukuran dan doa selamat. Di antara sahabat yang hadir adalah dia menemani seorang lagi sahabat saya... Dan kedua-dua mereka telah pergi menghadap Allah kerana kemalangan jalan raya.
Allahyarham Afez kemalangan semasa perjalanan ke masjid menunaikan solat subuh pada 11 Ramadhan.
Dan hari ini seorang lagi. Allahyarham Hakim Kemalangan dalam perjalanan pulang ke Melaka.
Sesungguhnya kematian itu sangat dekat. Memang sudah ramai sahabat-sahabat saya yang telah kembali kepada Allah. Semoga Allah menempatkan mereka dalam kalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah....

Posting Komentar