infopaytren.com
BREAKING

Rabu, 03 April 2013

PARLIMEN BUBAR :INI ANTARA REAKSI ARTIS KITA Wardina,Abby Abadi,Azwan Hj Ali,Serina.Khairie Othman,Hasbullah Awang dan Farahasyikin di tweeter.


Seperti mana seluruh rakyat Malaysia nantikan, hari ini terjawab sudah teka-teki bilakah parlimen akan dibubarkan. Tepat jam 11.30 pagi tadi (3 April 2013), Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak telah mengisytiharkan pembubaran parlimen secara rasminya selepas beliau menghadap Yang Dipertuan Agong Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah, sekitar pagi tadi.

Pembubaran ini sekaligus memberikan laluan untuk sesi kempen pilihanraya yang dijangkakan akan berlangsung selepas 2 minggu parlimen dibubarkan bergantung kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM).

Ini bermakna, segala janji dan kempen serta manifesto pembangkang mahupun kerajaan akan diadakan, dibentang dan mungkin dilaksanakan apabila selesai Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) nanti.
Dalam pada itu, beberapa orang selebriti tanah air turut meluahkan rasa gembira mereka dan tidak kurang juga ada yang memuji kerajaan selepas tempoh pemerintahan berakhir.


Sementara Hairie Othman seperti mana yang ramai sedia tahu, beliau kini semakin aktif berpolitik, menyatakan tidak sabar untuk berkempen:


Abby Abadi pula dengan ringkas mengucapkan syukur dengan berita pembubaran ini,


Tak ketinggalan, sebuah akaun Twitter parodi Hasbullah Awang telah menarik perhatian umum apabila penulis tersebut berkata, “Parlimen dibubar harini, jadi hari inilah baru rakyat diambil berat oleh segelintir pemimpin. # PRU13?


Serta mesej Wardina Safiyyah di Twitternya,


Bukan artis- Alhamdulillah ,tak lama lagi bermula lah kerja mengempen saya.

Sape nak join.meh meh.

tak de masalah kan? :)

About ""

"BERBAGI ITU PENUH BERKAH" Silahkan beri komentar sesuai dengan tema postingan, dan saya akan segera berkunjung ke blog sobat,apabila postingan ini dianggap bermanfaat bagi teman-teman, silahkan sebarluaskan,"BILA TAK MAMPU BERBAGI KEBAIKAN, SETIDAKNYA JANGAN BERBAGI KEBURUKAN PADA YANG LAIN " Terimakasih.

Posting Komentar

 
Copyright © 2013 Insfirasi Wanita
Design by FBTemplates | BTT