Dapat berita kematian lagi..serangan jantung..al fatihah..sesungguhnya hidup ini sangat singkat
Bakal rumah saya juga satu hari nanti.
Al-Fatihah
2, 3 hari tak dapat lelapkan mata,
sampai semalam, makin tak dapat lelapkan mata.
lagi takut bila tak dapat tidur dan membayangkan tentang kematian.
seakan tak mahu pejam, tak mahu gerak.
Baru sedar, rupanya, aku ini takut akan kematian.
adakah ditimpa penyakit "wahan"? cinta dunia dan takut mati?
Allah Allah aku takut akan kematian, kerana amalan yang entah kemana.
takut kerana taubat selalu diiringi bersama dosa.
Astaghfirullahalazhim.
Dengan rahmatMu, Ya Allah, matikanlah kami dalam husnul khatimah.
Mati syahid di jalan yang kau redhai.
Berita kematian bertubi-tubi kunjung tiba.
Moga Allah menempatkan saudara-saudara kita dikalangan ahli jannah.
Kematian, peringatan yang sunyi, tapi menyentap.
Pray4Muslim.
notasiku- Melihat kematian didepan mata...airmata dan keinsafan menyelubungi diri...yaAllah matikan aku seperti hamba ini yang mendapat rahmat dan kasih sayangMu..mati dalam husnulkhotimah...
Posting Komentar