Firman Allah سبحانه وتعالى :
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
وَالسَّمَاءِ ذَاتِ الْبُرُوجِ ﴿١﴾ وَالْيَوْمِ الْمَوْعُودِ ﴿٢﴾ وَشَاهِدٍ وَمَشْهُودٍ﴿٣﴾
“Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang; Dan hari (pembalasan) yang dijanjikan; Dan makhluk-makhluk yang hadir menyaksikan hari itu, serta segala keadaan yang disaksikan.”
(Surah Al-Buruj 85: Ayat 1-3)
.
Tips Untuk Melihat Hujan MeteorDi Malaysia, buruj Perseus tetap dapat dilihat jelas kerana berada di ketinggian serendah 35 darjah. Orang ramai boleh melihat fenomena ini apabila cuaca cerah, jauh dari pencemaran cahaya ke arah timur laut serta tidak terhalang oleh sebarang objek.
Waktu terbaik menyaksikan hujan meteor itu ialah selepas bulan terbenam bermula 11 malam. Antum tidak perlu menggunakan sebarang peralatan teleskop dan antum boleh mengarahkan pandangan ke timur laut pada waktu tersebut sehingga menjelang subuh.
.
Pegawai dari Planetarium Hayden New York, Joe Rao memberikan beberapa tips untuk menyaksikan fenomena angkasa yang indah ini:
1. Cari kawasan yang jauh dari bandar yang terang-benderang kerana di bawah cahaya lampu kota, kita hanya boleh menyaksikan meteor yang paling terang.
2. Waktu pemerhatiannya bermula pukul 11 malam, dengan kemuncak hujan meteor tersebut berlaku di antara jam 1 pagi sehingga menjelang subuh.
3. Pilih lokasi yang tidak mempunyai pandangan terhalang seperti tanah lapang dan di atas bumbung bangunan.
4. Duduk santai sambil mengarahkan pandangan ke selatan hingga ke timur laut.
5. Berdoa agar langit di lokasi antum cerah dan tidak mendung.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
Posting Komentar