Pembunuhnya tak dapat dikesan.Sebab Althantuya bunuh diri sendiri, mencuri C4 dan meletupkan dirinya sendiri.
Memang rasanya mamat berdua tu scapegoat aje (eloklah kambing hitam dah bebas . kambing putih silakan serah diri ) Kita semua masih berakal, teramat faham semuanya. Yang pasti balasan tetap akan berlaku dan INGAT PADA YG MELAKUKAN DOSA ITU, hidup di dunia ibarat kelipan mata, yang lama terbuka adalah kehidupan di akhirat. Mampu kah kamu dan aku menahan balasan Allah, itu pun jika kamu masih mempunyai IMAN yang percaya bahawa Kiamat adalah Rukun Iman, pasti dan PASTI ianya akan tetap berlaku.

Dimesir semua ketua-ketua ikwanul muslimin diburu .apakah dosa mereka..apakah rakyat takder hak bersuara dinegara sendiri..malaysia tak kurang sama. syukurlah malaysia masih aman.
PUTRAJAYA 23 Ogos – Mahkamah Rayuan hari ini menggariskan beberapa alasan berhubung keputusan pembebasan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar daripada sabitan dan hukuman gantung kerana membunuh model sambilan, Altantuya Shaariibuu, tujuh tahun lalu.
Salah seorang ahli panel tiga hakim bersidang, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat menyatakan, kuorum itu sebulat suara berpuas hati bahawa hakim bicara tersilap arah dalam pelbagai aspek ketika mencapai keputusan untuk menjatuhkan hukuman mati terhadap kedua-duanya.
Ketika membacakan penghakiman ringkas, Hakim Tengku Maimun menyatakan, hakim berkenaan antaranya gagal menimbang pembelaan alibi iaitu berkaitan diari polis yang mencatatkan Azilah tiada di tempat kejadian, sebaliknya berada di Bukit Aman.
Beliau turut berpendapat, isu bahan letupan C4 dan kawalan terhadapnya yang dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya turut tidak diberi pertimbangan sewajarnya oleh hakim bicara.
Mahkamah turut menyatakan pendirian bahawa hakim bicara tersilap arah ketika memutuskan isu berhubung maklumat yang diterima yang membawa kepada pendedahan Azilah dan Sirul Azhar berhubung tempat kejadian.
Keputusan hari ini bagaimanapun hanya menyentuh isu-isu utama yang dibangkitkan ketika penghujahan yang didengar selama dua hari berturut-turut iaitu pada 24 dan 25 Jun lalu.
Pada sesi penghujahan, peguam bela ada membangkitkan isu kemungkinan hakim bicara telah mengakses bahan-bahan di internet dan mempengaruhinya membuat keputusan tidak memihak terhadap perayu-perayu. – UTUSAN ONLINE
PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini, hari ini, melepas dan membebaskan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) polis yang disabitkan kesalahan membunuh seorang wanita Monggolia, Altantuya Shaariibuu, tujuh tahun lalu.
Koperal Sirul Azhar Omar dan Cif Inspektor Azilah Hadri meraup wajah dan mengucapkan terima kasih kepada panel hakim selepas keputusan itu diumumkan.
Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membuat keputusan itu.
Mahkamah Tinggi pada 2009 telah mensabitkan dan menjatuhkan hukuman mati ke atas mereka atas kesalahan membunuh Altantuya, yang ketika itu berumur 28 tahun, di Mukim Bukit Raja di Shah Alam antara 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.
Dalam rumusan penghakiman empat muka surat itu, mahkamah memutuskan bahawahakim Mahkamah Tinggi telah tersalah arah dalam mensabitkan mereka.
"Melihat kepada keadaan keseluruhan kes ini, pertimbangan kami ialah kesan kumulatif bukan arahan oleh hakim perbicaraan yang bijaksana itu menjadikan sabitan perayu tidak selamat. Kami sebulat suara membenarkan kedua-dua rayuan ini," kata Hakim Tengku Maimun.
Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 50, yang dituduh bersubahat dengan mereka, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Oktober 2008 selepas pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadapnya.
PUTRAJAYA - Doa Cif Inspektor Azilah Hadri untuk menjalani kehidupan di luar penjara setelah menghuninya selama tujuh tahun akhirnya dimakbulkan setelah Mahkamah Rayuan membebas dan melepaskannya daripada hukuman serta sabitan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Azilah, 37, yang ditemui Bernama sebelum hakim membuat keputusan sempat menyatakan bahawa walaupun fizikalnya tidak berubah sejak didakwa atas pertuduhan itu, namun jiwanya terlalu 'kecil' dan amat berharap akan berada di rumah.
Beliau yang diiringi pegawai penjara sepanjang prosiding, kelihatan terkejut apabila keputusan panel tiga hakim yang diketuai Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Seri Mohd Apandi Ali itu dibacakan.
Koperal Sirul Azhar Umar, yang dituduh bersama-samanya, pula sempat menyatakan "Terima Kasih Yang Arif" sebelum kedua-duanya dibawa keluar dari kandang tertuduh.
Azilah berkata beliau amat bersyukur kerana Allah SWT memperkenankan doanya dan berkata dengan nada suara gementar: "Saya masih lagi berdebar-debar".
"Saya perlu kembali ke Penjara Kajang untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka yang bertugas menjaga saya di sana...mereka menjaga saya dengan baik, saya ingin menunaikan solat Jumaat dan urusan lain akan dibuat selepas itu," katanya.
Pada 2009, Mahkamah Tinggi Shah Alam mensabit kesalahan dan menjatuhi hukuman mati terhadap Azilah dan Sirul Azhar yang merupakan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) atas tuduhan membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi, 20 Okt 2006.
Tunang Azilah, Nor Azila Baharuddin, 35, pula dilihat mengalirkan air mata apabila mendengar keputusan itu.
Beliau menyatakan doanya dan anggota keluarga supaya Azilah dibebaskan telah dimakbulkan Allah SWT.
Katanya sejak mereka bertunang pada 2006, beliau tidak pernah berputus asa dan sering melawat Azilah di penjara seminggu sekali.
"Saya gementar selepas keputusan dibuat, saya seperti tidak percaya. Saya amat gembira kerana inilah saat yang saya tunggu sekian lama. Syawal kali ini amat indah," katanya.
Sejak didakwa pada 2006 dan melalui proses perbicaraan, Azilah dan Sirul Azhar sentiasa menutup wajah mereka ketika berada di luar mahkamah dan kain yang menutup muka hanya dibuka selepas berada di dalam mahkamah.
Pada kebiasaannya, wajah Sirul Azhar kelihatan serius dan lebih banyak menyendiri berbanding Azilah yang ramah dengan mereka yang berada sekelilingnya.
Namun, selepas keputusan mahkamah itu, Sirul Azhar mempamerkan wajah berbeza dengan melemparkan senyuman ke arah anggota keluarganya yang berada di belakangnya.
Ketika ditanya pemberita Bernama sebelum beliau dan Azilah dibawa semula ke penjara untuk proses pembebasan, Sirul Azhar menunjukkan keramahannya sambil menyatakan kesyukuran.
"Bersyukur kepada Allah, semuanya telah selesai. Saya berterima kasih kepada barisan peguam yang membela saya dan ahli keluarga terutama ibu saya yang tidak putus mendoakan.
Terima kasih kepada pihak penjara yang menjaga saya dengan baik. Saya berhasrat menjalani kehidupan seperti biasa selepas ini," katanya.
Anak lelaki Sirul Azhar yang berusia 13 tahun, turut kelihatan amat gembira dengan pembebasan ayahnya dan dia yang diiringi dua anggota keluarga terdekat sempat menyatakan amat merindui bapanya.
Bapa saudara Sirul Azhar, Mustapha Samat dari Ipoh berkata sejak Sirul Azhar didakwa, beliau hanya sempat hadir ke mahkamah sebanyak tiga kali dan tidak putus-putus berdoa supaya dia dibebaskan.
MENGAPA MAHKAMAH BEBASKAN SUSPEK KES BUNUH MENDIANG ALTANTUYA

Mustapha yang tiba di Kuala Lumpur semalam dilihat menghubungi anggota keluarga untuk memberitahu keputusan mahkamah itu. - Bernama
Posting Komentar