infopaytren.com
BREAKING

Jumat, 29 November 2013

USTAZ KAZIM ELIAS: SAYA TERPAKSA BERHENTI BERCERAMAH.



“Saya terpaksa berhenti berceramah kerana bimbang sesuatu buruk menimpa keluarga. Selain dimaki hamun dalam blog dan Facebook, ada yang datang ke rumah dan pusat pengajian memberi ugutan (mahu) memukul dan membunuh saya.

“Ya, saya akan berhenti berceramah 28 November depan kerana saya kecewa difitnah dan dicerca bukan-bukan oleh pihak tidak bertanggungjawab,” kata penceramah bebas, Mohd Kazim Elias Al-Hafiz, 41, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim.

Beliau yang juga pengasas Pusat Pendidikan Al-Barakah bertekad tidak mahu lagi menerima undangan ceramah kerana kecewa dituduh ‘Ustaz Politik’.

Katanya, kesal dengan tuduhan yang dilemparkan beberapa pihak tertentu, beliau yang hampir 23 tahun berceramah di seluruh Malaysia memberi tumpuan terhadap pusat pengajiannya di Kampung Manjoi, Perak.

Selain itu, menurutnya, keputusan berhenti berceramah dibuat kerana ketika ini beliau tidak berapa sihat, selain baru-baru ini berlaku satu insiden rumahnya di Ipoh, Perak apabila ada pihak cuba menyimbah cuka.

metro

Setiap Orang Ada Medan Perjuangan,
Mungkin Sama, Mungkin jua Berbeza.

Yang Penting Kita 'Respect Each Other'
Terima Kasih dan bersyukur dengan 'medan kebaikan ' yang kita dapat.
Dan Janganlah mengecilkan ' medan kebaikan' yang orang lain buat.
Kerana Dengan menyantuni perbezaan medan perjuangan, Pasti SEMUA akan Bahagia.

p/s : ( Pengalaman ) Menjadi Anak Orang PAS bukanlah Mudah, Perlu Berdikari, Besar Hati, Lapang dada, Redha aje sokmo-sokmo. Bersenang-senang? Jauh sekali.
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka);

Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintah-Ku),

dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul"

(Surah al-Baqarah, 2 : 186)


Di kala hidup terasa sempit dengan dugaan dan cabaran, ingat pada kata-kata Allah:

"Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu,

melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya;

sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah"

Allah sambung agar hamba-Nya jadi bertambah tenang:

"(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu,

dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu.

Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri"

(Surah al-Hadid, 57 : 22 - 23)

Dulu bila para sahabat buat silap,
Turun ayat dari Allah sebagai teguran.directly.
Ada hadis dari Rasulullah saw yang berpesan.

Sekarang? Kita ada apa?

Allah kirimkan insan insan,
Yang mengingatkan kita tentang ayat Allah taala,
Yang bagitahu kita pesan Nabi saw.

Ayat itu sampai akhir zaman, hadis itu panduan sepanjang zaman.
Dan insan itu, sahabat sahabat dan saudara muslim kita,
Yang saling mengingatkan.

Peringatan itu bermanfaat untuk orang beriman.
Bukan kerana dia tak sedar silapnya, cuma terkadang dia terleka dengan hawa nafsunya,
Dan terkadang Allah menguji imannya buat seketika.

Perit di hati biar di dunia,
Akhirat nanti InsyaAllah kita bersama dalam rahmatNya.

Dua perkara yang ditinggalkan Rasulullah saw,
Sape pegang dua itu, tak akan sesat.
Al Quran dan As sunnah.

Moga dalam hidayah dan bimbingan ALLAH selalu.

notakaki- Lebih malang bila tak menyedari bahawa masing-masing saling mengisi. Kalau kita boleh perjuangkan semua benda, Allah tak hantar ramai khalifah ke dunia.

Mari buat kerja masing-masing.

About ""

"BERBAGI ITU PENUH BERKAH" Silahkan beri komentar sesuai dengan tema postingan, dan saya akan segera berkunjung ke blog sobat,apabila postingan ini dianggap bermanfaat bagi teman-teman, silahkan sebarluaskan,"BILA TAK MAMPU BERBAGI KEBAIKAN, SETIDAKNYA JANGAN BERBAGI KEBURUKAN PADA YANG LAIN " Terimakasih.

Posting Komentar

 
Copyright © 2013 Insfirasi Wanita
Design by FBTemplates | BTT