infopaytren.com
BREAKING

Kamis, 28 Februari 2013

Bekas kerani bank didakwa keluar wang Lisa Surihani.


KUANTAN - Seorang bekas kerani bank, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap dua pertuduhan mengeluarkan wang milik pelakon Lisa Surihani Mohamed dan ibunya berjumlah RM50,772.40 Januari lepas.

Shawallinah Jaffar, 31, dari Kudat, Sabah, didakwa mengeluarkan wang Lisa Surihani, 26, dan ibunya, Siti Amirah Ahmad, 62, dari akaun bersama mereka.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Maybank cawangan Taman Tas, di Taman Pandan Damai, Kuantan antara 7 dan 10 Januari lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dengan sebatan dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Sementara bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menyalahgunakan sekeping kad mesin teller automatik (ATM) milik mangsa di tempat dan tarikh yang sama.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan dan boleh dikenakan penjara maksimum lima tahun dengan sebatan dan boleh didenda.

Majistret Tuan Ruzuaini Tuan Lah membenarkan tertuduh diikat jamin RM13,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 Mac depan untuk sebutan semula.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Farahah Mohd Nazari dan tertuduh tidak diwakili peguam.- Bernama

UPDATED [GAMBAR]:Punca Sebenar Jambatan Sebelum Tol Putrajaya Runtuh.

.
Satu jejambat di kawasan dekat Taman Sains Selangor, Cyberjaya runtuh dalam satu kejadian petang ini.
Beberapa gambar yang menunjukkan jejambat yang runtuh merentasi satu jalan yang sedang dibina hari ini dikesan tersebar di laman Facebook dan Twitter.

Tulisan di Twitter menyebut, tiada individu yang cedera akibat kejadian tersebut memandangkan jalan itu ditutup kepada pengguna.

Balai polis Cyberjaya ketika dihubungi mengesahkan kejadian runtuhan jejambat tersebut, namun pegawai berkenaan berkata kawasan berkenaan berada bawah bidang kuasa balai polis Putra Perdana, yang tidak dapat dihubungi.

Seorang pegawai polis di ibu pejabat daerah Sepang memberitahu Malaysiakini, mereka tidak mempunyai maklumat buat masa ini.

"Pegawai kami sudah berada di sana namun kami masih belum mendapat sebarang maklumat," katanya


"Jambatan Runtuh" Sebelum Ke Tol Putrajaya... Tak Tahulah Diruntuhkan Ataupun Runtuh Dengan Sendirinya Kerana Dikhabarkan Struktur Tanah Disitu Memang Kurang Sesuai (Mendap)... Apapun Kita Tunggu Cerita Sebenarnya....



Sempat lagi buat TROLL

Sila guna laluan alternatif lain seperti keluar melalui persimpangan Saujana Putra sebelum memasuki Lebuhraya Lembah Kelang Selatan, SKVE untuk ke Putrajaya/Cyberjaya.

Anda boleh juga merujuk peta oleh PLUS yang digunapakai ketika kerja-kerja pembinaan jambatan Putrajaya Link dilakukan



sumber

Buat sahabat-sahabat yang menghala ke Putrajaya atau melalui Putrajaya, harap berhati-hati.

Rabu, 27 Februari 2013

Pengakuan Afdlin Shauki Mengenai Video Nabil Dan Salleh Yaakob Bakal Bersara

penyokong PR sarkastik, maka penyokong BN pun akan sarkastik juga. Kalau pedih telinga tak mahu dibahan, hentikan membahan orang. Formula mudah.

klik sini untuk imej



Bersekongkol dengan kezaliman dan orang zalim tidak akan dapat mendaulatkan apa-apa, baik agama atau bangsa. Sedarlah anak muda !

notakaki- Tidak semua hukuman boleh mengubah kehidupan seseorang. Tumpukan pada pendidikan (tarbiah) dan kasih sayang. Inilah mesej iqra' dan pelukan Jibrail AS kepada Muhammad SAW.

MANIFESTO RAKYAT : Ketahui hak anda sebagai PEKERJA &MAJIKAN untuk mengundi.



Untuk pengetahuan PEKERJA dan MAJIKAN.

Salinan pdf boleh didownload di www.pakatanrakyat.my atau http://rafiziramli.com/









Awang Adek

"Semua janji-janji itu melibatkan perbelanjaan yang begitu besar. Keduanya pengurangan hasil kepada kerajaan kerana sumber-sumber cukai dimansuhkan umpamanya harga kereta dan ini memberi kesan yang begitu besar terhadap kewangan negara. 

"Soal kewangan ini adalah soal yang paling penting. Seperti contoh ada negara di Eropah yang bankrap dan hampir bankrap kerana kegagalan menguruskan soal kewangan dengan baik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program 'Evaluation of Learning for Performance Improvement International Postgraduate Colloquium' di sini, hari ini.


"Kerajaan BN mempunyai pengalaman menangani apa jua keadaan dan ketika negara lain terpaksa menghadapi tekanan dan tunduk terhadap IMF tetapi kita berjaya menanganinya dengan sangat baik. Kerana pengalaman itu kita telah berjaya melonjak ekonomi negara di tahap 5.6 peratus. Ini satu kejayaan," katanya.

"Saya mempunyai sedikit pengalaman dan bimbang dengan janji-janji politik yang boleh merosakkan tradisi kita dalam pengurusan yang baik ini. Saya bimbang rakyat termakan dengan janji-janji yang akhirnya akan merosakkan mereka," katanya lagi. - Bernama


Bosan dengan andaian-andaian dari pakar ekonomi begini. Dulu waktu Selangor mahu berikan 20m padu air percuma pada rakyat, Khair Toyo bantah kerana 'risau' akan jejas ekonomi Selangor. Selepas 5 tahun Selangor amalkan pemberian air percuma, surat khabar Selangorkini percuma, imbuhan untuk pra sekolah, dan macam-macam lagi, ekonomi Selangor makin subur pula.

Orang begini mungkin tidak menyakini dengan konsep BERKAT

Video Kuliah khas untuk UMNO dan Utusan. Kerana kami prihatin akan tahap intelektual anda

 (wahai UMNO yg menjadi pemimpin Malaysia)

Selasa, 26 Februari 2013

[VIDEO] TAUFAN RUSTY(CYCLONE RUSTY) MENGHAMPIRI AUSTRALIA.



Satellite image showing Cyclone Rusty near the Pilbara region of western Australia

A NASA satellite captured image of Cyclone Rusty closing in on the northwestern coast of Western Australia. Image / NASA/AFP

A NASA satellite captured image of Cyclone Rusty closing in on the northwestern coast of Western Australia. Image / NASA/AFP


IMEJ dari Biro Meteorologi Australia menunjukkan siklon tropika 'Rusty' yang semakin menghampiri wilayah Pilbara di barat Australia, hari ini. Taufan ini dijangka tiba di pantai barat laut negara itu petang ini. - Foto Reuters




Bahasa Allah tidak bersuara,
Sekali ditegur, sakit terasa.
Sekali dibelai, bahagia dijiwa.

ALLAHUAKBAR.

SHILA HAMZAH - Setakat Ini Saya Tidak Akan Benarkan Diri Saya Dirisik.


“Setakat ini saya tidak akan benarkan diri saya dirisik. Bagi saya, jodoh, pertemuan, ajal, maut biarlah Tuhan yang menentukan. Kita tidak mengetahui jodoh kita. Andai yang bercerai pun boleh rujuk semula.

“Apa yang pasti, saya mahu memandang ke depan. Dugaan yang Allah beri nampaknya sama besar dengan rezeki yang dikurniakan. Saya perlu lebih realistik malah kini saya sudah nampak hikmahnya,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran butik konsep jam Oris di sebuah pusat beli-belah, di Petaling Jaya, semalam.

“Saya mahu menggembirakan hati orang dan peminat. Mereka seperti keluarga sendiri apabila memberi sokongan tidak berbelah bagi walau ketika pelbagai andaian meletus. Mereka teguh berdiri di belakang saya dan tidak sewenangnya percaya aneka cerita dipaparkan,” katanya.

berita selanjutnya di sini 

Allah 'sengaja' menjadikan lelaki & perempuan tidak sempurna supaya kita saling melengkapi. Jadi, jika ada niat mencari yg sempurna insyaallah takkan jumpa.

Mohon mencari : Nadzirah Ashikin Dah 4 Hari Tak Pulang Rumah.



Kepada rakan2 FB yg nampak anak perempuan saya. Nama nadzirah ashikin umur 17 thn. Dah tak pulang rumah sejak hari sabtu 23hb. Keluar rumah berseluar merah baju putih jaket hitam & tudung hitam. Kali terakhir dilihat di Eastern Plaza & KFC ikut proton exora warna putih ada pelekat 'P'. Siapa2 yg ternampak sila hubungi saya 0138800188 atau ibunya 0198728868. Saya merayu kepada semua rakan2 fb saya untuk bantuan. Segala usaha saya ucapkan terimakasih yg tak terhingga hanya Allah saja yg boleh membalas jasa rakan2 semua



sila hubungi saya 0138800188 atau ibunya 0198728868. 

Semoga selamat kembali kepangkuan keluarga.

ZAIN SAIDIN NAFI NIKAH ROZITA CHE WAN JULAI INI.



PELAKON Oh My English, Zain Saidin menafikan bakal bernikah dengan kekasihnya, Rozita Che Wan pada Julai ini.

Laporan akhbar tempatan hari ini menyebut, pelakon, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta sudah memilih tarikh untuk bernikah Julai ini dengan Zain.

Ketika dihubungi, adik kepada Shasha Saidin ini menafikan laporan itu.

“Saya tanya Che Ta, dia kata tak pernah pun kata nak kahwin Julai. Mereka (akhbar) tulis sendirilah. Saya tanya dia tentang kenyataan itu, dia kata tak ada pun (bagi kenyataan) ,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Sebelum ini, Che Ta lebih memilih untuk berdiam diri bercakap tentang kisah cintanya dengan pelakon berwajah Pan Asia itu.

Beberapa minggu lalu, mereka bercuti ke Singapura bersama keluarga Che Ta sempena cuti sekolah.

Dalam pada itu, Zain juga akui masih belum ada perbincangan tentang perkahwinan.

“Belum ada perbincangan tentang perkahwinan lagi tetapi insya-ALLAH kalau ada rezeki hujung tahunlah,” katanya.

Mengulas lanjut soal laporan akhbar itu, Zain berkata, tidak logik jika pernikahan mereka pada bulan Julai.

“Julai itu bulan puasa kan? Ada ke orang kahwin bulan puasa? Kalau fikir secara logiknya, tak kan saya nak kahwin bulan puasa. Tak nak ajak orang datang kahwin ke apa?” katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian Online melaporkan, Zain serius untuk bernikah dengan Che Ta dan merancang untuk berkahwin hujung tahun ini.

sumber

Video Youtube: 4273 Dislike Nabil dan Salih Yaacob kutuk Pakatan Rakyat




Biarkan itu hak mereka berdua.

Saya suka Bangkang Dari Longkang ini, walaupun saya tak bersetuju dgn idea yg mereka sampaikan. Penyokong PR boleh buat video sarkastik utk UMNO dan BN, takkan penyokong UMNO tak boleh buat? Ini petanda kebebasan bersuara di Malaysia semakin difahami dan diterima

Pemimpin kena dengar dan teliti apa yg mereka kata walaupun tak suka. 
ini adalah menifestasi rakyat.

KES YANG DI RANCANG : Pencerobohan 100 Lelaki Bersenjata di Lahad Datu, Sabah Sebagai Sandiwara.

Negara dalam keadaan bahaya. Bahagian kawasan di Sabah ditawan oleh tentera bersenjata dari Filipina. Tetapi kerajaan Malaysia masih tidur lena dan sibuk dengan persembahan sana sini. Buta mata atau buta perut? Begitu mudah dan murahnya harga nyawa dan keselamatan rakyat Malaysia di mata pemimpin BN/UMNO.

PDRM Lahad Datu Sabah 300x374 PDRM Lahad Datu Sabah


LAHAD DATU, 26 Feb - Polis memberi jaminan bahawa insiden pencerobohan kumpulan bersenjata rakyat Filipina di Kampung Tanduo, kira-kira 130km dari sini, akan ditamatkan secepat mungkin.

Tanpa menyatakan bilakah sebenarnya ia akan berakhir, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar berkata episod yang bermula sejak 12 Feb lepas akan diselesaikan secepat mungkin dan menasihati orang ramai supaya tidak bimbang.

Katanya tindakan boleh diambil pada bila-bila masa terhadap 150 orang penceroboh yang masih bertahan dan enggan keluar dari Kampung Tanduo.

"Kita akan tamatkan stand-off sekarang ini. Cuma saya menasihati orang ramai supaya jangan bimbang dan jangan ragu-ragu. Insya-Allah, kita selesaikannya dengan secepat mungkin," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tan Sri Dato’ Sri Khalid juga berkata polis tidak tahu menahu mengenai dakwaan sesetengah pihak kononnya empat anggota keluarga Kiram (kerabat Kesultanan Sulu) telah ditangkap oleh pihak berkuasa.

Tan Sri Dato’ Sri Khalid menjelaskan kepada pemberita bahawa insiden pencerobohan kumpulan yang mengaku Askar Diraja Kesultanan Sulu masih di bawah tanggungjawab Polis Diraja Malaysia.

Beliau berkata isu berkenaan masih ditangani sebagai isu keselamatan negara dan operasi turut melibatkan agensi keselamatan lain.

Setakat ini tidak terdapat sebarang unsur luar yang campur tangan dalam usaha polis menyelesaikan isu berkenaan dan menegaskan pihaknya tidak akan membenarkan sebarang campur tangan seperti itu menganggu urusan keselamatan negara. - BERNAMA
sumber: Polis Diraja Malaysia

Berita terkini pencerobohan Lahad Datu Sabah….

Pencerobohan Lahad Datu Sabah : KDN serah kepada Wisma Putra Lanjut Tempoh Pengusiran



KLUANG: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerahkan kepada Wisma Putra berhubung permohonan kerajaan Filipina meminta lanjutan tempoh pengusiran kumpulan penceroboh Lahad Datu Sabah.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, bagaimanapun berharap jika permohonan terbabit dipersetujui, tempoh lanjutan itu tidak terlalu lama kerana pihaknya tidak akan berkompromi dengan anasir yang boleh menjejaskan kedaulatan negara.

Pihak berkuasa negara sedang memujuk kumpulan itu supaya segera meninggalkan Sabah bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku, katanya.


Sulu Lahad Datu 300x205 Sulu Lahad Datu

KUALA LUMPUR 26 FEB: Bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM, Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid tidak menolak kemungkinan pencerobohan 100 lelaki bersenjata di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara.

“Ini kes yang dirancang. Saya tak percaya TLDM tak efisien. Kita ada bot laju, CB90 (combat boat) Saya tak fikir mereka (penceroboh bersenjata) boleh terlepas.

“Ini semua untuk manfaat politik. Sama macam Al-Maunah. Tak masuk akal satu Land Rover boleh bawa ratusan rifle, orang tak perasan dan masuk (kem) buka armory.

“Fikir punya fikir, macam sandiwara,” katanya kepada Keadilan Daily.

Imran berkata, perairan negara dikawal empat agensi penguatkuasa iaitu Polis Marin, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Kastan Diraja Malaysia dan TLDM.

“Kita ada ‘Operasi Pasir Laut’ antara tentera dan polis. Tak malukah tentera sudah jaga, orang lain boleh masuk?” katanya.

Ops Pasir Laut ialah operasi keselamatan perairan dan kepulauan pantai utara dan timur Sabah oleh Markas Angkatan Bersama (MAB) Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ops Pasir Laut dikawal selia Pusat Kawalan dan Sistem Pengawasan (JRCC) dengan kelengkapan pesawat tanpa juruterbang (UAV), bot tempur kapal peronda ATB dan helikopter Nuri.

Antara peralatan canggih ditempatkan sepanjang ‘laluan panas’ ialah 12 radar dengan kemampuan mengesan pergerakan kapal mahupun bot kecil pada jarak 100 kilometer.

Kawasan seliaan MAB meliputi 22 pulau dan 11 pesisiran pantai sepanjang 1,577 kilometer dari Tawau hingga Kudat.

Pandangan itu turut dipersetujui bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat, Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid.

“Ikut senario, ia mungkin satu perancangan. Ada kemungkinan ia direka-reka. Walaupun tak boleh buat spekulasi, saya boleh beri jawapan jika ada di sana,” katanya.

Lebih 100 lelaki dari selatan Filipina berpakaian ala tentera dan bersenjata api menceroboh ke Lahad Datu, Sabah pada 12 Februari lalu.

Polis pada 17 Februari membuat kenyataan untuk mengusir pulang ke negara asal penceroboh yang dikepung di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Pada 23 Februari, Wisma Putra bersetuju dengan permohonan kerajaan Filipina yang meminta tangguhan proses masa pengusiran kumpulan penceroboh berkenaan.

Punca Pencerobohan Lahad Sabah Oleh Penceroboh Sulu?

Askar Sulu Lahad Datu 300x184 Askar Sulu Lahad Datu

Kumpulan 100 warga Filipina lengkap uniform + senjata (M16, M14 (grenade launcher) sehinggalah bom tangan serta Colt 45 Pistol). Sekali lagi kami tekankan mereka lengkap bersenjata api
Mendarat di Kampung Tanduo, kira-kira 130 kilometer dari pekan Lahad Datu Sabah sejak 12 Februari lepas sebagai waris berketurunan “Raja Sulu” dari selatan Filipina.
Mendakwa memperolehi mandat daripada Sultan Jamalul Kiram III dan ekspedisi mereka diketuai seorang tengku mahkota dengan nama Rajah Mudah Agbimuddin Kiram.
Pencerobohan Lahad Datu Sabah disebabkan mahu menuntut Sabah yang didakwa dipajak kepada Malaysia.

notakaki- melihat dunia yang haru, menambah rasa penat. Tetapi yakin pada janji itu, bahawa Islam pasti akan menang melonjakkan kembali jiwa yang lemah. Jangan sesekali berputus asa dengan rahmat Allah. Tembakkan doa. Bersamanya gerak kerja DnT yang maksima. insyaAllah, semoga tergolong dalam kalangan mereka yang dagang..

Senin, 25 Februari 2013

Rozita Che Wan & Zain Saidin :Kami Akan Bernikah Julai Ini

kami akan bernikah.

Kuala Lumpur: Pelakon jelita, Rozita Che Wan, 42, akhirnya membuka ‘mulut’ mengenai perancangan untuk berkahwin dengan buah hatinya, pelakon muda, Zain Saidin, 29, malah mengakui sudah memilih hujung Julai ini untuk bersatu.

“Insya-Allah kami akan bernikah, jika tiada halangan pada bulan berkenaan,” kata Rozita ketika dihubungi, semalam.

Dia juga memilih untuk tidak mengikat tali pertunangan terlebih dahulu kerana menganggapnya tidak perlu memandangkan mereka sudah mengenali hati budi masing-masing.

Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta mengakui kisah cintanya dengan jejaka wajah Pan Asia itu bukan rahsia lagi, lalu mereka sepakat dan bersedia menamatkan kontroversi cinta yang selama ini hangat diperkatakan menerusi media dan peminat.

Setelah sekian lama bertepuk-tampar (dan dilihat Zain Saidin macam bertepuk sebelah tangan), akhirnya pasangan ini membuat keputusan untuk mengakhiri zaman solo mereka. Dengan ini terjawablah teka-teki peminat samaada Rozita Che Wan dan Zain Saidin benar-benar bercinta ataupun tidak.

Rozita Che Wan melalui Harian Metro hari ini melaporkan pasangan ini bakal bernikah sekitar Julai 2013 nanti.

“InsyaAllah kami akan bernikah, jika tiada sebarang halangan pada bulan berkenaan,” ujar Rozita Che Wan yang turut memilih untuk tidak bertunang kerana menganggap ianya tidak perlu.

“Hubungan kami selama ini memang tiada masalah. Kami sudah lama mengenali satu sama lain dan dia juga rapat dengan anak dan ibu saya,” tambah Rozita Che Wan lagi.

Akhirnya insyaAllah bulan Julai nanti terjawablah akhirnya tanda tanya siapa suami Rozita Che Wan. Tahniah untuk Zain Saidin kerana berjaya memikat Rozita Che Wan yang digilai ramai. U’r The Man dude!


notakaki- suka tengok Cik Ta cakap bahasa utagha.
 Jodoh itu rahsia Allah. Moga sampai syurga .

GAMBAR: FITNAH TOK GURU NIK AZIZ KONONNYA PENERIMA BR1M.


BLOGGER UMNO JAJA FITNAH DENGAN MENGEDIT GAMBAR, KATA TGNA ADALAH SALAH SEORANG PENERIMA BR1M JUGA!!!!!!



Sungguh zaman ini zaman kemusnahan nilai

Beginilah akhlak blogger UMNO yang mampu Omakkau tarafkan tak ubah macam haiwan.

Sanggup melakukan pengeditan kepada gambar TGNA semata-mata mau memfitnah beliau sebagai salah seorang penerima BR1M.

Dia ingat rakyat ni bodoh macam para pengikut totok UMNO atau pun yang bertenggek di PWTC setiap kali Perhimpunan Agung UMNO.

Para penerima yang layak menerima BR1M telah ditetapkan pendapatan nya seisi rumah sebulan kurang dari RM3,000.

Fitnah dengan UMNO sudah tidak mampu dipisahkan lagi.. Sudah sebati piang hingga ketulang sonsom.

UMNO kalau tidak memfitnah dan menipu bukanlah UMNO namanya.

CUBA NAK MEMFITNAH TGNA KONONNYA PENERIMA BR1M SEBAGAI HAIWAN TETAPI SEBENARNYA BLOGGER UMNO INILAH YANG SEBENARNYA BERSIFAT HAIWAN TANPA ADA RASA TAKUT KEPADA DOSA.

Memang begitulah kerja umno, menyerang, melabel, memfitnah adalah darah daging umno. Parasit umat Islam di Malaysia ialah umno.


Badan kita dipenuhi air, yg sangat mudah terkesan dgn perkataan, malah mungkin perlakuan (ala yg orang jepun buat kajian bentuk molekul air tuu).

Saya pernah dipesan; jika nak dah terlalu nak buat maksiat,buat kerja gila, buatlah, tetapi pastikan jangan ada orang yang perasan. Takut-takut ada orang terkesan, tertarik utk meniru maksiat yg kita buat.

Tapi berbeza dgn kebaikan. Do random act of kindness. Di mana-mana bila-bila. Kita tak tahu siapa yg perhati, siapa yg mendapat manfaat. Dan untungnya kita orang Islam, pahala berterusan!

Spread the kindness!



Share video ni, sangat wooww kan

p/s- Pernah tak tanya apa tujuan hidup kita? Hidup tak ada tujuan ni penat sangat. Fikirlah sendiri.

FIZZ FAIRUZ- Saya Tidak Melarikan Diri Dari Media.


Fizz Fairuz membuat kenyataan di Melodi tengah hari Ahad.

PETALING JAYA: Pelakon Fizz Fairuz mengambil pendekatan mahu menutup mulut daripada mengulas mengenai kesnya meminang isteri orang kerana enggan isu itu menjadi bertambah rumit.

Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 34, berkata, dia sekarang mahu melupakan terus peristiwa hitam itu untuk memberi fokus kepada bidang seni.

"Saya mahu tutup buku. Saya tak mahu lagi bagi apa-apa kenyataan. Bukan sifat saya untuk memburuk-burukan orang," katanya seperti dilaporkan Melodi siaran TV3 pada Ahad.

Pada 10 Februari lalu Fizz dilaporkan telah meminang seorang wanita bernama Azlyn Maissiela Mohd Nazar, 26, dalam satu majlis rahsia di Kuantan, Pahang.

Bagaimanapun empat hari kemudian Fizz yang sebelum ini kekasih kepada pelakon Almy Nadia terpaksa memutuskan pertunangan itu selepas mendapat tahu wanita berkenaan adalah isteri orang.

Seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Ramli mendedahkan dia telah bernikah dengan Azlyn Maissiela di Selatan Thailand sebagai isteri kedua tetapi tidak mendaftarkan pernikahan mereka di negara ini.

Dalam pada itu Fizz mengaku apa yang terjadi ini adalah kesalahannya dan tidak berhasrat untuk mengingatinya lagi.

"Apa yang saya fikirkan sekarang saya nak jaga hati mak saya. Itu saja. Yang lain-lain saya tak mahu komen. Cukuplah.

"Saya juga tidak melarikan diri (dari media) cuma saya tak mahu ada pihak melaga-lagakan saya," katanya.

– mStar Online-

Oh... rupa-rupa orang Melayu ada ilmu ramalan melihat masa depan.

Oh... rupa-rupa orang Melayu ada ilmu ramalan melihat masa depan. Baguslah... Tetapi sains memang dah lama menyampah dengan ilmu macam ini. Bodoh dan tak masuk akal.

Dr M: Nepotisme, kronisme dalam Kabinet jika Anwar jadi PM


KUALA LUMPUR, 25 Feb – Nepotisme dan kronisme akan berleluasa dalam Kabinet jika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri, kata Tun Dr Mahathir Mohamad yang memberi amaran selepas ketua pembangkang tersebut melancarkan manifesto Pakatan Rakyat untuk Pilihan Raya 2013.

Bekas perdana menteri terus menyerang bekas timbalannya, dengan menuduh Anwar melakukan fitnah ke atas anaknya dalam usaha pakatan pembangkang mahu menawan Putrajaya dari gabungan Barisan Nasional (BN).

“Parti Keadilan milik Anwar Ibrahim,” kata Dr Mahathir dalam blognya chedet.cc, merujuk kepada PR.

“Jika ia jadi Perdana Menteri sudah tentu Kabinet akan diisi dengan keluarga dan kawannya sebagai Menteri. Mudahlah nak buat apa pun,” katanya lagi.

Dr Mahathir juga berkata Anwar menubuhkan parti politik dan mahu menjadikan isterinya sebagai presiden, dan anak perempuannya sebagai naib presiden, serta kawan baiknya sebagai timbalan presiden.

Beliau berkata semasa Anwar menjadi timbalannya dan menteri kewangan, Anwar banyak memberi kontrak kepada penyokong politiknya dan keluarganya.

“Kementerian telah pamerkan semasa mesyuarat agung Umno senarai orang yang mendapat kontrak semasa ia berkuasa. Terdapat dalam senarai nama-nama penyokongnya dan keluarganya. Tidak ada satupun dari anak saya yang tersenarai,” kata Dr Mahathir lagi.

Bekas presiden Umno itu menambah beliau tidak pernah memberi apa-apa kepada keluarganya atau rakannya semasa berkuasa, tidak seperti Anwar, yang gemar untuk memilih keluarga dan rakannya untuk jawatan politik tertinggi dan perniagaan.

Pemimpin berusia 87 tahun itu mempertahankan anak sulungnya Mirzan, yang menjadi ahli lembaga pengarah yang beribu pejabat di Manila San Miguel Corp dan kini di syarikat petroleum Petron, sering digunakan Anwar dan ahli politik PR.

“Setelah fitnah dilempar kepadanya, anak saya letak jawatan. Sekarang dia hanya menjadi pengarah dalam syarikat minyak Petron.

“Jika anak dan isteri Anwar boleh menjadi politikus, apakah anak saya tak boleh berniaga sendiri tanpa difitnah oleh Anwar? Dah tak ada modal politik dah ke?” kata Dr Mahathir lagi.

Dr Mahathir mencabar Anwar untuk mengangkat sumpah bersama al-Quran berkenaan dengan kes liwatnya walaupun mahkamah tinggi membebaskan beliau tahun lalu.

Dr Mahathir yang sering mengkritik Anwar, seorang yang dididik oleh beliau sendiri untuk menjadi penggantinya pada 1990an tetapi dipecat pada 1998 selepas tuduhan liwat dan rasuah.

Anwar, yang dilihat menjadi calon perdana menteri PR, awal hari ini berkata pakatan tersebut akan menguntungkan rakyat Malaysia tidak mengira kaum.
sumber

Satu pencerahan yang amat bagus dari Dr Dzulkefly Ahmad tentang masa depan Malaysia di bawah Pakatan Rakyat. Harap tidak tertipu lagi dengan UMNO/BN yang zalim dan keji.



Orang Cina nak tumbangkan Ah Jib bukan sebab nak tumbangkan Melayu, tapi sebab Ah Jib menyusahkan orang Cina. Nyusahkan orang melayu juga!


Undi calon yang tak menyusahkan anak cucu anda.

Misi Menjejaki Sofea Hana.


KUALA LUMPUR: Perbuatan menggodam laman web Jabatan Penerangan semalam, dipercayai didalangi individu dikenali sebagai `Sofea Hana’ yang dikatakan seorang wanita berusia 20-an dengan agenda anti-kerajaan kerana kecenderungannya yang sering menggodam laman kerajaan sejak awal tahun lalu.

Penggodam yang juga dikatakan penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) itu dikatakan pernah menceroboh laman seperti Jabatan Kehakiman, Parlimen, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).


sumber

Kegiatan Sofea ini didedahkan oleh seorang daripada penggodam yang aktif dan popular di dunia siber tanah air, Prince Noob Zorro.

Menurut Prince Noob Zoro, Sofea telah menggodam lebih 10 laman kerajaan setakat ini dan dijangka akan meneruskan perbuatannya jika pihak kerajaan tidak meningkatkan tahap keselamatan siber.


“Di kalangan komuniti penggodam tempatan, Sofea sememangnya dikenali kerana mempunyai kepakaran tinggi dan diketahui mempunyai sentimen anti-kerajaan yang kuat. Justeru, dia akan meneruskan perbuatannya selagi tidak dibendung,” katanya ketika dihubungi semalam.


Katanya, lebih membimbangkan hampir kesemua laman agensi kerajaan amat mudah untuk diceroboh memandangkan sistem keselamatan yang longgar termasuk kecenderungan penggunaan kata laluan yang sama oleh pentadbir laman kerajaan.

“Sofea menggunakan kebolehannya mendapatkan kata laluan untuk menceroboh laman terbabit menggunakan akaun pentadbir dan memasukkan apa saja program yang diingini, malah dia boleh mengubah keseluruhan reka bentuk laman berkenaan jika dia mahu,” jelasnya.

Ketua Unit Keselamatan Siber, Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Superintendan Victor Sanjos ketika dihubungi berkata kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Jenayah Komputer 1997 yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

“Saya jamin polis akan dapat mengesan suspek walaupun dia menggunakan identiti palsu atau cuba menyembunyikan alamat Internet Protocol (IP) kerana kita ada kaedah tertentu untuk menjejak suspek,” katanya ketika dihubungi.

Semalam, dua kenyataan palsu disiarkan dalam sistem e-Akhbar dan e-Press laman web Jabatan Penerangan bertajuk 'Memo Permohonan Rakyat Malaysia dan Perdana Menteri Secara Rasminya Meletak Jawatan'

Minggu, 24 Februari 2013

VIDEO :PAPA JAHAT VERSI CHINA


Bila manusia menjadi lebih teruk dari binatang.

Semoga Allah lindungi kita dan masyarakat sekeliling dari terjebak dalam keruntuhan nilai kemanusiaan ini.

Masih terpahat kukuh di sanubari kata-kata umi yang satu ni.

"Umi redha dengan kamu dan ampunkan segala salah silap kamu.. Allah menjadi saksi. Berbahagialah wahai anakku.."

Selama hampir 20+ tahun hidup, saat umi mengungkap kata-kata itu adalah saat yang paling nyaman,bahagia, berharga dan membuatkan air mata mengalir deras. Apakah ada nikmat yang lebih hebat dari ucapan redha seorang bonda (selain redha Allah)?

Dan sehingga hari ini, selalu didoakan semoga diberi kekuatan untuk terus menjadi anak yang sentiasa berlaku ihsan kepada bonda mukminah Siti Asmah Bt Ahmad.

Al-fatihah , Abi.
Jom kita terus berusaha menjadi anak yang soleh solehah .

notahati-I'm no more a kid. And surely I'm responsible to any fault i did.



Meet Licia Ronzulli, member of the European Parliament, she has been proudly taking her daughter Victoria to the Parliament sessions for two years now.

Wow. MasyaAllah 3alaiha.

I wish I can nursing my own children..



Terinspirasi!

merangkap suri rumah sepenuh masa.

"janganlah jadi seperti saya, jadilah lebih baik dari saya".

Sabtu, 23 Februari 2013

Fizz Fairuz Buat Laporan Polis : Mohon Maaf Kepada Azlyn Massiela

Ekoran kenyataan Azlyn di akhbar semalam, hari ini 'suami' Azlyn dan Fizz tampil membuat penafian mereka.

Fizz membuka cerita kepada Berita Harian dengan terlebih dahulu menegaskan dia tidak berbohong. Katanya, Azlyn sendiri mengakui sudah berstatuskan isteri orang apabila diminta penjelasannya walaupun "caranya seperti tiada apa-apa, seperti perkahwinan itu tidak sah".

Sehari selepas bertemu 'suami' Azlyn, Fizz menghantar SMS kepada ayah Azlyn bertanya mengapa tidak dimaklumkan Azlyn sudah berkahwin di samping meminta untuk diputuskan pertunangan mereka. Jelas Fizz, "Haram dan berdosa besar! Cukuplah setahun kami berkawan, sudah berapa banyak dosa yang saya tanggung. Tidak guna saya fikir lagi, Azlyn masih isteri orang."


Tambah Fizz, ayah Azlyn seakan tahu tentang pernikahan Azlyn tetapi memberi alasan Azlyn dilarikan ketika berkahwin dulu.

Tentang tuduhan dia di sihir, Fizz jelaskan dia tidak menuduh sesiapa terutamanya Azlyn. Dia tahu Azlyn tidak akan melakukan perkara sebegitu. Cuma ketika itu, dia ingin memberi gambaran keadaannya yang bingung dan tiada selera makan seperti terkena sihir.

Sebelum mengakhiri perbualan, Fizz memberitahu dia tidak mahu memanjangkan isu ini. Kenyataannya bertujuan untuk memulihkan maruah yang tercemar gara-gara tuduhan Azlyn.

"Saya mohon maaf daripada Azlyn dan keluarganya. saya harap isu ini tidak berpanjangan kerana saya tidak mahu lebih mengaibkan Azlyn dan keluarganya. Mereka adalah keluarga baik-baik, cuma keadaan memaksa saya bercakap terus-terang. Saya juga ada maruah. Saya dan keluarga sudah tentu tertekan dengan apa yang berlaku."

Fizz Fairuz buat laporan polis

Laporan jam 1.43 petang itu dibuat sendiri pelakon terbabit yang bertujuan melindunginya selain tidak bertanggungjawab ke atas Azlyn sekiranya sesuatu terjadi selepas dia memutuskan hubungan dengan wanita berkenaan.


Sumber polis berkata, laporan berkenaan difahamkan berkait kontroversi menimpa aktor terbabit tiga hari lalu sejurus pelakon filem Nur Kasih The Movie itu menerusi akhbar dilaporkan bertunang dengan isteri orang.

“Fizz menyatakan pernah berhubung dan berkawan dengan wanita itu namun dalam tempoh perhubungan, dia tidak tahu Azlyn bersuami.

“Namun, selepas mengetahui hal itu baru-baru ini (hujung minggu lalu), pelakon itu memutuskan hubungannya bagi mengelak kejadian tidak diingini,” katanya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu.

myMetro.

Suami Azlyn Massiela mahu tempoh seminggu sebelum tampil dgn bukti

Lelaki yang mendakwa dirinya suami Azlyn Massiela memberitahu Harian Metro hari ini, "saya mahu menyaksikan permainan dia (Azlyn)" ekoran kenyataan Azlyn kepada pihak media semalam.

Sekali lagi menegaskan Azlyn isteri keduanya malah surat nikah di Thailand ada dalam simpanan, namun lelaki yang menggelarkan dirinya Ramli itu enggan menunjukkan surat nikah tersebut. Kononnya "keadaan semakin rumit". Bagaimanapun, satu salinan sudah diserahkan kepada Fizz. Tambahnya lagi, ibu bapa Azlyn boleh mengesahkan perkahwinan mereka.

Apa yang menarik, jika Ramli di awalnya mengeluarkan kenyataan telah merahsiakan pernikahan dengan Azlyn dari isteri pertama malah mereka hanya bertemu beberapa kali dalam sebulan selepas berkahwin kerana tidak mahu isteri pertama mendapat tahu, kini dia mendedahkan Azlyn dan isteri pertama sebenarnya rapat.

Kepada Berita Harian, dia berkongsi hanya sempat bersama Azlyn sebagai suami isteri selama tiga bulan selepas berkahwin pada 9 Mac lalu di selatan Thailand (tetapi sebelum ini kepada Harian Metro dia memaklumkan mereka sudah berkahwin beberapa tahun lalu). Ini disebabkan Azlyn jatuh sakit dan kembali menetap bersama keluarganya. Kali terakhir mereka berjumpa pada November lalu.

Mengenai isu surat nikah, katanya dia mahu terlebih dahulu mendapatkan nasihat perundangan dan meminta peguam memperhalusi dokumen tersebut.

Mohon diberi tempoh seminggu, dia mahu melakukan sembahyang istikharah supaya kebenaran dapat dibuktikan. Jelasnya, dia perlu berfikir masak-masak sebelum membuat pendedahan kerana ia kes rumit dan dia mahu jaga maruah ramai pihak termasuk Azlyn kerana enggan dia menanggung malu.

Selain surat nikah, dia juga mempunyai bukti-bukti lain yang dapat menyokong dakwaannya seperti resit pindahan wang sebagai nafkah bulanan.

Notakaki - Moh Kita Pakat Kahwin.


Berita baik buat pasangan yang menyegerakan perkahwinan . SILA baca laporan di gambar.

Hikmahnya; gejala sosial & buang anak berkurangan dan bakal dibendung. Anak muda lebih matang dan fokus pula menyumbang kepada pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Kahwin sebab cinta atau duit?

Perkahwinan itu sunnah Rasulullah SAW. Perlu dilihat secara syumul bukan setakat kewangan saja; dari segi keimanan, ketaqwaan, kesyukuran, kasih sayang, akhlak, ibadah, zuriat yg soleh & solehah,  Perkahwinan yang terbaik adalah apabila masing-masing mahu terus saling belajar dan melengkapi.


Menjadi wanita. Bukan sekadar menjaga diri sendiri.

 Wassalaam.

Gambar terkini Kanak-kanak 4 tahun derita kanser mata



Hulurkan bantuan anda kepada Nik Zuraidah Nik Yali (ibu Muhammad Azim), akaun Maybank 153029208754. Atau boleh sahaja telefon wartawan Sinar Harian Kelantan (Azman Skuad Kuala Krai) - 019 939 1097

Keadaan mata kiri Muhammad Azim ketika berada di rumahnya sebelum dibawa ke Hospital Kuala Krai dan dipindahkan ke HUSM Kubang Kerian.

Gambar terkini keadaan bonjolan pada mata Muhammad Azim ketika menerima rawatan di HUSM Kubang Kerian.

Tuan Guru mengunjungi Muhammad Azim, 4 tahun yang terlantar di HUSM Kubang Kerian akibat kanser mata. Kisah Muhammad Aziz disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian pada 22 Februari 2013 yang lalu. Semoga Allah SWT mengurniakan kesejahteraan dan kesembuhan kepada anak kecil ini...


KUALA KRAI - Seorang kanak-kanak penghidap kanser mata berusia empat tahun dari Kampung Keroh, dekat sini, terlantar di hospital sejak awal bulan ini selepas keadaan penyakitnya itu bertambah teruk.

Kanak-kanak malang itu, Muhammad Azim dibawa ke Hospital Kuala Krai pada 3 Februari lalu sebelum dipindahkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, dekat Kota Bharu, kerana berlaku pendarahan.

Ibunya, Nik Zuraidah Nik Yali, 39, berkata, sejak dikesan mula tumbuh pada pertengahan 2011, bonjolan kecil di kelopak mata kiri anaknya itu seolah-olah ‘hidup’ apabila semakin hari semakin membesar.

“Sejak disahkan menghidap Retinoblastoma atau sejenis kanser mata kanak-kanak, sudah banyak kali anak saya menjalani pembedahan dan kimoterapi tetapi keadaannya tidak banyak berubah.

“Kami hantar dia ke HKK baru-baru ini untuk buang ulat dalam bonjol tetapi masa dibersihkan, ada pendarahan dan terpaksa dipindahkan ke HUSM Kubang Kerian sehingga hari ini,” katanya, semalam.
Nik Zuraidah berkata, sejak Muhammad Azim berada di HUSM, dia dan suami, Nor Hazri Ahmad, 40, terpaksa bergilir-gilir menjaganya menyebabkan salah seorang daripada mereka terpaksa meninggalkan kerja.

“Kami terpaksa bergilir-gilir kerja sebab nak jaga dia. Saya kerja seminggu, kemudian cuti untuk jaga anak di hospital dan suami pula kerja seminggu.
“Saya tak tahu sampai bila kami kena bergilir-gilir begini kerana kali terakhir anak saya masuk wad, ambil masa tiga bulan baru dibenarkan keluar sedangkan kami berdua hanya kerja kilang papan,” katanya.

Katanya, dengan pendapatan tidak menentu suami yang hanya dibayar gaji mengikut hari bekerja manakala pendapatannya pula sekitar RM500, keadaan itu amat membebankan mereka sekeluarga.

“Kami kena belanja tidak kurang RM150 seminggu sejak Muhammad Azim dimasukkan ke HUSM dan pada masa sama, ada dua lagi anak kami di rumah masih bersekolah dan perlu ditanggung,” katanya.

Menurutnya, walaupun dia ada menerima RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), bantuan itu hanya cukup untuk menampung perbelanjaan harian.

Sementara itu, Nik Zuraidah merayu agar permohonannya untuk mendapatkan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) bagi meringankan beban kewangannya diberi pertimbangan sewajarnya pihak berkenaan.

“Saya hantar sendiri permohonan ke Balai Islam Lundang pada Julai tahun lalu tetapi sampai sekarang masih tidak ada jawapan. Kalau dapat wang zakat Maik, boleh ringankan beban belanja kami di hospital,” katanya.
sinar/-

notahati-  If to be a surgeon, means to have;" Lion heart, Eagle eyes and Lady fingers "

Then to study surgery, one must have;
" Lion heart in tough daily-rounds, Einstein mind in tremendous imaginations and Owl eyes in finishing exam materials "

Nevertheless, seeing all those dreadful tumors, crush injuries, bloody operations and people striving and struggling to live, really make SURGERY not only a nightmare rotation, but to teach us to appreciate the greatest creation of human being by The Almighty Lord {95:4}.

Thank you Allah.

MARI BERDOA.

Kuatkan adik ini wahai Pemilik alam. sembuhkanlah dia dengan kesembuhan yang tidak mendatangkan mudarat.

Semoga adik kuat dan dikuatkan Allah insyaAllah. Tidak dilupa buat keluarganya, yakin, bahawa Allah sentiasa bersama kalian. Pintu doa dan pengharapan saat ini terbuka luas. seluas-luasnya.

Amiin yarabbal alamin.

VIDEO KOMEN USTAZ AZHAR IDRUS : Ucapan Tok Guru BR1M & Haiwan vs Versi TV3 & Utusan FULL



Muak ! ya itu rasanya mendengar berita TV3MALAYSIA yang suka melemparkan fitnah, tidak sedikit pun rasa dosa, Be mature in politics!! Tiada yang akan mengubah pendirian dengan cara ' senget ini ' .

- Kata kawan : sedang korek kubur sendiri -

Baru-baru ini, Tuan Guru Nik Aziz berkata,
"Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi.

"Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami. Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu, mana datang.

"Jadi kalau kita beri barang kepada orang, beri RM10, RM50 (orang akan datang ambil).
"Ini bukan cara Islam, (cara) Islam ialah beri ilmu kepada manusia," kata Tuan Guru Nik Aziz.

Analogi haiwan

Sementara itu, para pengguna laman sosial mula menyebarkan analogi mengenai kenyataan kedua-dua pemimpin Umno itu ketika mereka mengulas isu ini.

Berikut adalah analogi itu:

Seorang atok memarahi dua orang cucunya, Ali dan Abu yang suka bergaduh..

Atok: Korang ni macam anjing dengan kucing.. pantang jumpa asyik nak bergaduh..

Ali: Sampai hati atok cakap kami haiwan....

Abu: Ali! Itu peribahasa la samdol!



Ucapan Tok Guru BR1M & Haiwan vs Versi TV3 & Utusan FULL

Serangan yang dibuat oleh Perdana Menteri dan timbalannya terhadap Mursyidul Am PAS dijawab oleh penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus (gambar).

Beliau berkata, Tuan Guru Nik Aziz bukan kata penerima BR1M itu seperti haiwan tetapi menjadikan penerimanya seperti haiwan.

"Sebenarnya apa yang kita dengar dalam video clip bukan Tok Guru kata kepada penerima BR1M seperti haiwan, cuma Tok Guru kata orang yang memberikan BR1M tulah cuba menjadikan orang yang menerima seperti haiwan.

"Umpama bagi makan, lepas tu sembelih.

"Maknanya jahatnya orang nak bagi bantuan bila perlu sahaja, bila jauh dengan pilihanraya tak hulur pun bantuan," kata Ustaz Azhar dalam kuliahnya di Masjid Pengadang Baru dekat sini.

Beliau ditanya, "apa komen ustaz mengenai Tuan Guru Nik Aziz kata orang yang ambil BR1M ni seperti haiwan?"

Ini ekoran tuduhan Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyidin Yasin bahawa Tuan Guru Nik Aziz menganggap penerima BR1M ini haiwan.

Bagi Ustaz Azhar, ini semua punca mencari pembalahan, "Ni buah cari baloh."

Sehubungan dengan itu, beliau meminta semua pihak berhati-hati dengan sebarang laporan media.

"Jadi lening (sekarang ini) kene hati-hati lah banyak putar belit dan spin berita nak nak musim mengundi ni.

"Yang tak pernah nampak muka pun dan kerap masuk kampung dah. Tujuan ape? Nak tolong ke untuk kepentingan tertentu?

"Jadi kene bijoklah, jangan percaya tanpa selidik," tegas penceramah bebas dari Terengganu yang sangat terkenal itu.



Notakaki- Bagi menghadapi PRU-13 serta kejahatan, fitnah dan penyelewengan yang berlaku di dalamnya, saya memohon agar rakan-rakan facebook dan bloggers membaca dan mengamalkan surah al Falaq.

Hamka di dalam Tafsir al Azhar menyatakan al Falaq adalah sesi peralihan; seperti waktu subuh adalah peralihan dari malam kepada siang. Peralihan ini juga melibatkan dari tanah yang kering kepada subur. Imam Zamakhshari al Muktazili di dalam Tafsir al Kasyaf menyatakan peralihan ini ialah dari zaman gelap atau batil kepada zaman pencerahan atau kebenaran.

Hadis Nabi SAW menggalakkan kita membaca surah al Falaq dan surah an Nas untuk melindungi dari kejahatan baik sihir, dengki, waswas, kejahatan makhluk manusia dan jin atau bahan seperti paku, kaca. Seperti mana kita meminta perlindungan kepada Allah dari suasana subuh (sesi peralihan) untuk menghadapi hari siang agar terlepas dari bahaya yang tidak kita ketahui. Wajar bagi kita sebagai aktivis dakwah untuk berdo'a memohon perlindungan kepada Allah agar terselamat dari fitnah dan kejahatan yang tidak kita ketahui (rusuhan kaum atau apa saja) sewaktu berlakunya peralihan kuasa kepimpinan. Berlindung kepada Allah yang memberi cahaya subuh atau cahaya kebenaran adalah sinonim dengan berlindung kepada perjuangan menegakkan kebenaran.
 
Copyright © 2013 Insfirasi Wanita
Design by FBTemplates | BTT