infopaytren.com
BREAKING

Selasa, 29 Januari 2013

Hentikan tohmahan terhadap Ustaz Nasharuddin dan gantikan dengan iringan doa, beliau cuma tersilap langkah.


KOTA BHARU - Pas tidak nampak cabaran yang akan dihadapinya jika bekas Timbalan Presiden Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan menyokong parti politik lain.

"Sebagaimana orang bercerai laki bini, tidak apa yang mencabarnya jika sesuatu pasangan itu ditakdirkan berpisah," kata Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada pemberita ketika melawat pusat perusahaan madu lebah kelulut Min House Camp di Kampung Pulau, Kubang Kerian di sini, hari ini.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan diminta mengulas kedudukan bekas pemimpin nombor dua Pas itu jika menyertai parti lain selepas Nasharuddin, yang juga anggota Parlimen Bachok, digugurkan daripada menganggotai Dewan Syura Ulama Pas.

Tindakan itu dipercayai diambil selepas Nasharuddin pulang daripada mengikuti rombongan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza baru-baru ini.

Semalam, dilaporkan Nasharuddin berkata beliau tetap akan terus memperjuangkan Islam walaupun tidak lagi menganggotai Majlis Syura Ulama PAS.

Sementara itu, bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad berkata tindakan terhadap Nasharuddin itu bukan perkara pelik.

Wan Ismail berkata Pas kini dilihat semakin lari daripada perjuangan asal mereka untuk menubuhkan negara Islam sejak bersekongkol dengan Parti Keadilan Rakyat dan DAP.

"Dulu saya pun dibuang, tapi saya bersyukur kena pecat sebab lihat Pas sudah lari daripada perjuangan asal (untuk menubuhkan negara Islam).

"Nasihat saya kepada beliau (Nasharuddin), kalau betul-betul nak perjuangkan Islam, buat parti lain," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Wan Ismail yang juga antara pengasas Pas berkata tahaluf siasi yang diamalkan Pas dalam pakatan pembangkang telah lari daripada konsep sebenar apabila dilihat lebih banyak tunduk dengan desakan yang dibuat rakan sekutu mereka.

"Konsep tahaluf siasi berlaku masa Nabi Muhammad SAW memerintah Madinah. Masa itu orang bukan Islam ikut apa yang Nabi kata. Saya lihat Umno yang lebih betul (mengamalkan) konsep tahaluf siasi ini," katanya. - Bernama

***



Hentikan tohmahan terhadap Ustaz Nasharuddin dan gantikan dengan iringan doa, beliau cuma tersilap langkah.

Namun tidak bermakna kita membutakan sumbangan beliau terhadap parti dan jemaah satu masa dahulu.Dia masih lagi menyayangi PAS tu. Kesilapan dan kesalahan adalah fitrah bagi manusia. kesilapan dia (nasha) ada dan mungkin banyak kepada PAS. 

Anggaplah sumbangan dia yang sedikit atau banyak sebelum ini boleh meredakan amarah ahli-ahli parti. semoga dengan sorang ini PAS akan lebih berjaya di masa hadapan. Beliau cuma melanggar dasar parti tapi tidak melanggar dasar agama. Tindakkan beliau cuma merugikan parti tapi bukan agama. Prinsipnya, orang yang berdosa harus diberi peluang untuk bertaubat. 

Ada sahabat menyatakan pada saya dan tidak menjangka dia melanggar dasar parti, tetapi bagi saya mungkin dia hanya tidak setuju dengan dasar pakatan ?  tetapi kenapa dia sanggup merosakkan imej parti. bolehkan di ertikan ( KERANA NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA ) atau ada kalimah yang lebih sesuai untuk dia (nasha).

Konklusinya: beliau mungkin tak sesuai duduk di proksi A tapi masih boleh berjuang di proksi lain. Asalkan perjuangannya Islam.

contoh- Seorang pelajar yang dibuang dari sekolah A mungkin boleh meneruskan pengajiannya disekolah lain pula.

notakaki :  Manusia ni ingat pemimpin pemimpin kita ni maksum. Tak boleh buat salah.. Bila dah salah macam tak boleh diperbaiki.. Dah tak boleh ke kita tolong pemimpin yang bersalah supaya dia dapat perbaiki kesalahan dia dan lebih baik pada masa akan datang...konsepnya mudah..

Sebenarnya nak tegur sahabat2 yang tohmah dan mencaci beliau, seolah beliau buat jenayah murtad pulak.

Moga keputusan syuro ini diiringi barokah.

p/s: I'm not Nasharuddinisme but i'm muslim.

About ""

"BERBAGI ITU PENUH BERKAH" Silahkan beri komentar sesuai dengan tema postingan, dan saya akan segera berkunjung ke blog sobat,apabila postingan ini dianggap bermanfaat bagi teman-teman, silahkan sebarluaskan,"BILA TAK MAMPU BERBAGI KEBAIKAN, SETIDAKNYA JANGAN BERBAGI KEBURUKAN PADA YANG LAIN " Terimakasih.

Posting Komentar

 
Copyright © 2013 Insfirasi Wanita
Design by FBTemplates | BTT