infopaytren.com
BREAKING

Sabtu, 09 Februari 2013

MISTERI NAZMI FAIZ MANSOR.

Nazmi Faiz Mansor

TIDAK mendapat bayaran sewajarnya, terpaksa menumpang rumah rakan malah lebih mengejutkan mengisi perut dengan makanan mee segera. Itulah persoalan yang timbul ekoran kepulangan Nazmi Faiz Mansor secara tiba-tiba.

Sepanjang tujuh bulan berguru dengan kelab Portugal, Beira Mar, betul ke ini yang berlaku kepada Wonderkids Malaysia, Nazmi sehinggakan pemain berusia 19 tahun ini mengambil keputusan kembali ke Malaysia meneruskan karier bersama PKNS.

TANGGAPAN

Melihat situasi ini, timbul pelbagai tomahan dan tanggapan negatif terhadap pemain kelahiran Kuala Lumpur ini mengapa tidak menamatkan perguruan pada 2015. Namun bagi Nazmi keputusan berdiam diri menjadi pilihan selain menyifatkan tindakan diambil ini selepas mendapat pandangan dari bapanya Mansor Mustapha dan ejennya, Marco Guimaraes.

“Tidak menyesal, ini keputusan terbaik, Sekarang saya bebas daripada Beira Mar, dakwaan yang mengatakan saya diberi enam bulan untuk beraksi bersama Malaysia adalah tidak benar.

“Kini saya sah menjadi milik PKNS dan telah menandatangani kontrak selama 3 tahun. Jadi, saya akan buat terbaik serta membantu PKNS sekurang-kurangnya memperoleh satu trofi musim ini,” katanya.

TUNGGU

Bagi penyokong setia Semut Api melihat bintang "muda", Nazmi Faiz Mansor beraksi dalam perlawanan menentang Felda United 16 Februari tidak kesampaian apabila FAM menolak permohonan PKNS mendaftar pemain terbabit lebih awal.

FAM bertindak menolak permohonan tersebut berdasarkan peraturan semasa diguna pakai di mana setiap pasukan yang ingin mendaftar pemain baru perlu menunggu tempoh jendela perpindahan pada 8 hingga 22 April nanti.

AKUR

Sementara itu pengurus pasukan PKNS, Azmi Adnan menjelaskan pihaknya akur keputusan FAM yang menolak permohonan menggunakan khidmat Nazmi lebih awal.

“Kita mencuba sekiranya ada peluang namun kita akur dengan keputusan tersebut malah berterima kasih pada FAM yang berbincang segera menyelesaikan permohonan ini.

"Walaupun dia tidak dapat beraksi lebih awal namun Nazmi akan turun menjalani latihan bersama rakan sepasukan yang lain. Mungkin peluang ini akan digunakan jurulatih dan pemain serta rakan pasukan lain untuk mencari keserasian,”, katanya.

URUS

Azmi menjelaskan, memandangkan tempoh pendaftaran kali kedua akan dibuka April nanti, segala dokumen berkaitan Nazmi akan diuruskan pihaknya.

“Segala urusan dokumen dan perkara berkaitan pendaftaran pemain termasuklah Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) Nazmi akan diserahkan kepada FAM mengikut tarih yang ditetapkan.

“Memiliki Nazmi sememangnya diimpikan setiap pasukan begitu juga PKNS, jadi kita harap kehadiran pemain ini akan menaikkan semangat rakan sepasukan dan penyokong setia Semut Api hadir ke stadium memberikan sokongan setiap kali PKNS beraksi,” katanya.


TERUSKAN

Namun walau apa tanggapan umum, Nazmi seharusnya melupakan perkara tersebut dan perlulah bangkit membuktikan ilmu yang dimilikinya ketika berguru di Portugal. Usah biarkan masalah peribadi menyebabkan kariernya musnah kerana perjalanan masih jauh dan bagi PKNS memiliki pemain ini umpama satu kejutan besar namun ia perlu dijelmakan dengan aksi di atas padang. Usah terlalu menekan Nazmi kerana semua pemain memerlukan masa.

Misteri Nazmi Faiz Mansor

About ""

"BERBAGI ITU PENUH BERKAH" Silahkan beri komentar sesuai dengan tema postingan, dan saya akan segera berkunjung ke blog sobat,apabila postingan ini dianggap bermanfaat bagi teman-teman, silahkan sebarluaskan,"BILA TAK MAMPU BERBAGI KEBAIKAN, SETIDAKNYA JANGAN BERBAGI KEBURUKAN PADA YANG LAIN " Terimakasih.

Posting Komentar

 
Copyright © 2013 Insfirasi Wanita
Design by FBTemplates | BTT