infopaytren.com
BREAKING

Minggu, 17 Maret 2013

INSIDEN LAHAD DATU:KIRAM MINTA BANTUAN TENTERA INDONESIA.PERSOALAN BAGAIMANA KIRAM KERAP MENELEFON MANILA?

Kiram Minta Bantuan Tentera Indonesia Perangi Sabah

Nampaknya, Kiram III nekad untuk mendapatkan Sabah!! Setelah tidak dilayan oleh Kerajaan Filipina, beliau cuba meraih sokongan pula dari negara jiran Malaysia, iaitu Indonesia.

Mengikut laporan terbaru dari media Indonesia iaitu Merdeka.com, Ketua penceroboh di Sabah iaitu Kiram III mengaku telah memohon pertolongan dari Presiden Indonesia di dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Malaysia di Sabah.


Kiram menggunakan alasan bahawa Indonesia juga mempunyai hak ke atas Sabah dan Sarawak seperti yang ditulis dalam Perjanjian Mafilindo.


Menurut laporan portal berkenaan lagi, Kiram III juga menawarkan kedaulatan Sulu kepada Indonesia jika pihak republik berkenaan mampu membantu Kesultanan Sulu merampas Sabah dari Malaysia.


Selain itu, Kiram III melabelkan pemerintah Malaysia sebagai munafik dan tak harus diberi kerjasama berdasarkan alasan Malaysia tak pernah menunaikan janji-janji yang pernah ditawarkan kepada Kesultanan Sulu sebelum ini.


"Walaupun Malaysia negara yang mengamalkan Islam.., tapi Islam mereka hanya sekadar kata-kata sedangkan perbuatan mereka tidak Islam.. Malaysia munafik, sedangkan Indonesia lebih berkomitmen terhadap nilai-nilai Islam.." kata Kiram III dalam temuramah berkenaan.


Sebelum ini, Kiram III juga pernah memohon agar Presiden Filipina campurtangan didalam konflik berdarah di Sabah tetapi permintaannya ditolak.

Siapa Kiram Untuk Melabelkan Malaysia Bukan Negara Islam Sedangkan Seluruh Negara Islam di bawah Naungan OIC Telah Merujuk Malaysia Sebagai Negara Islam!!!!


CommJam Digunakan Oleh ATM, Soalnya Bagaimana Azzimudie Kiram Kerap Menelefon Manila?


CommJam 6x6 Fuch buatan Jerman yang dimiliki oleh Angkatan Tentera Malaysia merupakan Aset rahsia Electronic Warfare (EW) digunakan untuk menggagalkan sebarang bentuk komunikasi wireless oleh pihak musuh sekaligus mengagalkan koordinasi pihak mereka.

Pada masa ini, CommJam atau signal jammer ini digunakan oleh ATM dalam operasi yang sedang dijalankan di Sabah untuk mempertahankan kedaulatan nagara dari ancaman dari pengganas Sultan Sulu.

Menurut facebook VAT 69, kejayaan sistem ini terbukti kerana rancangan awal pengganas berjaya digagalkan, pelan untuk menimbulkan huru hara di tempat-tempat seperti di Kunak, Tungki, Tingku, Kinabatangan, Sandakan dan Semporna lain gagal kerana masalah komunikasi.


Persoalannya bagaimana Azzimudie Kiram yang berjaya meloloskan diri bersama beberapa pengikutnya ke Filipina berjaya menghubungi rakan-rakan mereka yang berada di Filipina?


Azzimudie sering menelefon ke Manila untuk mendapat arahan daripada abangnya dan juga melaporkan apa yang sedang berlaku di Sabah, yang terbaru, Abraham mendakwa yang Azzimudie telah menelefonnya seawal jam 6 pagi Rabu untuk memaklumkan yang dia terselamat dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Malaysia.

Yang menjadi pertanyaan ialah, alat komunikasi apakah yang digunakan oleh Azzimudie untuk menghubungi Manila. Tak mungkin dia menggunakan pondok telefon untuk membuat panggilan ke Manila. Oleh yang demikian, jika dia menggunakan telefon bimbit atau alat komunikasi canggih lain (sekiranya ada), peralatan-peralatan berkenaan perlu dicaj dari semasa ke semasa.

Bagaimanakah dia hendak mengecaj kesemua peralatan komunikasinya itu jika dia berada di dalam hutan? Jika dia menggunakan telefon bimbit atau alat komunikasi canggihnya itu dengan berkesan, apakah CommJam yang digunakaan oleh ATM itu tidak berfungsi atau telah ketinggalan zaman?

sumber

#PrayForSabah.

About ""

"BERBAGI ITU PENUH BERKAH" Silahkan beri komentar sesuai dengan tema postingan, dan saya akan segera berkunjung ke blog sobat,apabila postingan ini dianggap bermanfaat bagi teman-teman, silahkan sebarluaskan,"BILA TAK MAMPU BERBAGI KEBAIKAN, SETIDAKNYA JANGAN BERBAGI KEBURUKAN PADA YANG LAIN " Terimakasih.

Posting Komentar

 
Copyright © 2013 Insfirasi Wanita
Design by FBTemplates | BTT