infopaytren.com
BREAKING

Kamis, 11 Juli 2013

PERMOHONAN KEMASUKAN PROGRAM MATRIKULASI SESI 2014/2015.

Permohonan untuk kemasukan ke program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia sesi 2014/2015 telah dibuka mulai 1 Julai 2013 sehingga 10 Oktober 2013 menurut pemberitahuan daripada portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia



Calon, khususnya pelajar Tingkatan 5 tahun ini yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 boleh mengemukakan permohonan untuk masuk ke Program Matrikulasi KPM secara atas talian (online )

Untuk maklumat seperti syarat program dan kelayakan minimum sila klik pada pautan url http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/Latar_o.cfm

Cara buat permohonan

Permohonan adalah melalui internet dan boleh dibuat menerusi portal aplikasi permohonan Matrikulasi (PMI), klik pada pautan url http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/index.cfm

Dalam laman aplikasi tersebut calon boleh mengetahui setiap langkah yang “harus” dilakukan semasa mengemukakan permohonan dengan maklumat menerusi menu yang disediakan antaranya

  • Manual permohonan melalui internet (PMI)
  • Syarat program dan Kelayakan Minimum
  • Panduan mengisi borang
  • Borang permohonan melalui internet (PMI)
  • Semakan Permohonan

Di samping itu, calon dinasihatkan membaca terma dan syarat-syarat permohonan dengan teliti sebelum memohon. Sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di talian 03-88844083

About ""

"BERBAGI ITU PENUH BERKAH" Silahkan beri komentar sesuai dengan tema postingan, dan saya akan segera berkunjung ke blog sobat,apabila postingan ini dianggap bermanfaat bagi teman-teman, silahkan sebarluaskan,"BILA TAK MAMPU BERBAGI KEBAIKAN, SETIDAKNYA JANGAN BERBAGI KEBURUKAN PADA YANG LAIN " Terimakasih.

Posting Komentar

 
Copyright © 2013 Insfirasi Wanita
Design by FBTemplates | BTT