infopaytren.com
BREAKING

Sabtu, 20 Juli 2013

WAN SAKINAH :SAYA MINTA MAAF.


Memang boleh berkahwin tanpa persetujuan istri pertama..tak perlu tunggu mahkamah untuk kahwin. Cukup syarat dan rukun nikah, perkahwinan itu sudah SAH. Islam ini mudah, jangan buat susah.Cuma bila disembunyikan, rasa sedih tu mesti la ada..saya sendiri terasa sedih.

Sebab adat melebihi agama. Bukannya rukun atau wajib mendapatkan kebenaran isteri untuk kahwin lagi satu. Cuma Malaysia terlampau pentingkan protokol yang menyusahkan. Banyak kes di Malaysia berlaku bila berkahwin dengan isteri no 2 tanpa kebenaran mahkamah dan di luar pengetahuan isteri pertama, isteri no 2 yang banyak terabai.

Siapa gerangan isteri baru Ashraf juga mula diketahui umum, Wan Sakinah yang berusia 29 tahun mula memdapat perhatian selepas isu berpoligami ini tersebar. Sakinah yang dihubungi untuk mendapat kenyataan walau bagaimanapun tidak dapat memberikan komen lanjut tentang kontroversi pernikahannya dengan Ashraf Muslim.

“Harap faham, saya tak boleh cakap apa apa pun. Minta maaf ya,” jawab Wan Sakinah tenang dan turut memberi jawapan sama ketika di’tanya kenapa tidak menemani Ashraf Muslim ke mahkamah semalam.


Desas desus yang didengar mengenai Ashraf Muslim akan berkahwin kali kedua akhirnya terjawab apabila selebriti itu sendiri mengaku telah bernikah di Thailand pada 7 Julai yang lepas.


Jika sebelum ini media melaporkan yang isteri pertama Ashraf, Noor Dayana redha jika suaminya mahu bekahwin lain, tetapi ternyata ianya tidak benar apabila bapa mertua Ashraf menyangkal dakwaan itu.

Daripada mula pun anak saya tidak rela atau redha. Apa yang dikata seperti dalam surat khabar yang anak saya redha, itu bukan dari anak saya. Itu satu penipuan yang besar. – Harian Metro 

Selain dari itu, Kosmo! Online pula melaporkan yang Hj Lokman kecewa kerana menantunya seolah-olah tidak sabar mahu menikahi wanita yang bernama Wan Sakinah Ahmad Saburi tanpa menunggu keputusan mahkamah berkenaan permohonan kebenaran poligami.
Kami sebenarnya menyesal kerana dia tidak maklumkan pada kami termasuk isterinya sendiri. Kalau mahkamah beri keizinan berpoligami, kami redha dan terima keputusan. Ini belum lagi mahkamah buat keputusan, dia telah bernikah di Thailand.
Untuk pengetahuan umum, Ashraf telah bernikah dengan isteri pertamanya pada 24 September 2011 di Makkah dan difahamkan masalah rumahtangga mereka berpunca kerana belum dikurniakan zuriat sepanjang dua tahun berkahwin.


foto perkahwinan Asraf & wan sakinah.

About ""

"BERBAGI ITU PENUH BERKAH" Silahkan beri komentar sesuai dengan tema postingan, dan saya akan segera berkunjung ke blog sobat,apabila postingan ini dianggap bermanfaat bagi teman-teman, silahkan sebarluaskan,"BILA TAK MAMPU BERBAGI KEBAIKAN, SETIDAKNYA JANGAN BERBAGI KEBURUKAN PADA YANG LAIN " Terimakasih.

Posting Komentar

 
Copyright © 2013 Insfirasi Wanita
Design by FBTemplates | BTT