infopaytren.com
BREAKING

Senin, 07 Januari 2013

Amanat Haji Hadi-Ramai yang keliru dengan amanat ini.




KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Pusat menyifatkan kesediaan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk memberi penjelasan secara langsung berhubung isu 'amanat' di media yang dikawal parti lawan sebagai berjiwa besar.

Ketua penerangannya Riduan Mohd Nor berkata, biarpun sedar berdepan resiko besar, namun kesediaannya itu sudah cukup menggambarkan keberanian berdepan pihak lawan secara berlapang dada.

"Berbeza dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang enggan berdebat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meskipun berkali-kali didesak oleh rakyat," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Menurutnya lagi, kerajaan seharusnya menerima permintaan itu tanpa dolak dalih jika benar mahu penjelsan berhubung amanat itu yang kononnya mencetus polemik dan ‘perpecahan’ itu.

Kata Riduan, permintaan Presiden PAS untuk ‘on air’ di televisyen itu ada rasionalnya.

Ini kerana umum mengetahui media utama negara tidak pernah berpihak kepada pembangkang dan apa sahaja boleh terjadi sekiranya rakaman dibuat dengan pelbagai manipulasi dan suntingan.

Lebih-lebih lagi ujarnya ianya berlaku dalam suasana hampir dengan pilihanraya umum ke 13.

"Ada kebarangkalian keseluruhan ucapan Presiden PAS hanya tinggal beberapa minit sahaja selepas suntingan. Ini yang tidak diinginkan oleh Presiden PAS dan seluruh ahli PAS.

"Yang menghairankan, beliau diserang siang dan malam, kenapa kerajaan pula enggan membenarkan Presiden PAS itu tampil menjelaskan kenyataan beliau," soalnya.



Apakah selamanya politik itu kejam? Apakah selamanya dia datang untuk menghentam?

Saya rasa selagi mana tuan empunya diri tidak diberikan peluang untuk menerangkan hal sebenar, tak perlulah orang lain yang nak tolong menganalisiskan "Amanat Haji Hadi" tersebut...
Takut yang patutnya jelas menjadi lebih serabut...
Takut yang patutnya jernih menjadi lebih keruh...
Takut lebih sudu dari kuah...

Just my two cents..Saya cukup tak suka if people jump into conclusion just based on assumptions.

Kalau kita nak hentam, biar ada ruang balas untuk pihak lawan. Barulah para penilai dapat membuat penilaian seimbang.

Bukankah Al Quran itu menggalakkan kita berhujah ?

Bukankah di Mahsyar kelak Allah tetap membuka ruang persaksian buat anggota badan umat manusia walaupun Allah itu telah ma'ruf sifat Yang Maha Adil-Nya?

Bukankah Ulul Albab itu sifatnya mendengar dari pelbagai sumber dan mengikut yang terbaik ?

Notakaki-Namrud panggil nabi Ibrahim buat penjelasan bila dituduh robohkn berhala mereka. Firaun jg panggil nabi Musa buat penjelasan bila dituduh membawa ajaran baru. Pemimpin BN tk bg Tuan Guru buat penjelasan tentang amanat beliau? Depa lebih teruk dari namrud dan firaun ke?

Sokong Ayah Chik!

About ""

"BERBAGI ITU PENUH BERKAH" Silahkan beri komentar sesuai dengan tema postingan, dan saya akan segera berkunjung ke blog sobat,apabila postingan ini dianggap bermanfaat bagi teman-teman, silahkan sebarluaskan,"BILA TAK MAMPU BERBAGI KEBAIKAN, SETIDAKNYA JANGAN BERBAGI KEBURUKAN PADA YANG LAIN " Terimakasih.

Posting Komentar

 
Copyright © 2013 Insfirasi Wanita
Design by FBTemplates | BTT