Anwar menang kes saman fitnah Utusan
DSAI asyik menang kes je, wahai penyokong umno, tak nampak lagi ke sekarang ?
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membuat keputusan memihak kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes saman fitnah RM50 jutake atas Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan ketua pengarangnya berhubung artikel berkaitan temu bualnya yang disiarkan oleh BBC tahun lalu.
Hakim Datuk V T Singham mengarahkan kos sebanyak RM45,000 dibayar kepada Ketua Umum Pakatan Rakyat itu.
Mahkamah juga menetapkan 15 Februari ini untuk menentukan ganti rugi kepada Anwar.
Anwar dalam Twitternya berkata, "alhamdulillah: Hakim VT Singam pertahankan kebebasan badan kehakiman dan media. Tegas menolak fitnah Utusan milik Umno kerana tuduhan palsu saya menyokong homoseksualiti."
Pada 20 Januari lalu, Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Utusan Melayu dan Ketua Pengarangnya, Datuk Abdul Aziz Ishak yang didakwanya telah mencetak dan menerbitkan berita berhubung komen beliau bersama BBC mengenai undang-undang berkaitan dengan homoseksual.
Anwar menuntut ganti rugi RM50 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan serta relif-relif lain yang disifatkan sesuai dan patut diberikan oleh mahkamah.
Beliau juga memohon satu injunksi untuk menghalang defendan-defendan daripada terus menyatakan ataupun menerbitkan mana-mana perkataan yang memfitnah plaintif.
Dalam penyataan tuntutannya, Anwar mendakwa surat khabar terbitan Utusan Melayu telah menerbitkan dua artikel di muka hadapan dan mukasurat 10 akhbar berkenaan bertarikh 17 Januari 2012 yang seolah-olah telah memberikan gambaran bahawa beliau adalah seorang pemimpin muslim yang mempunyai pandangan yang tidak selari dengan ajaran Islam.
Anwar menjelaskan perkataan-perkataan yang diterbitkan tersebut yang berasaskan temuramah bersama BBC itu adalah palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat.
VT Singham dalam penghakimannya berkata, perkataan dalam artikel tersebut adalah fitnah dan boleh menjatuhkan reputasi dan kedudukan politik Anwar dengan mengatakan dia tidak akan membuat seorang pemimpin yang sesuai Kerajaan persekutuan.
Beliau berkata, defendan telah gagal untuk membuktikan justifikasi, dan tidak ada bukti mereka tidak berniat memfitnah plaintif.
“Apa yang sepatutnya dilakukan defendan adalah untuk menerbitkan ralat atau membuat penjelasan mengenai artikel tersebut atau menyiarkan keseluruhan kenyataan plaintif selepas menerima notis undang-undang daripada pihak plaintif.
“Malangnya, defendan memilih untuk mengabaikan notis dan peluang keemasan yang diberikan plaintif yang antara lain menuntut permohonan maaf daripada defendan.
"Jika tidak didorong niat jahat, mereka sepatutnya menjawab notis berkenaan untuk menjelaskan artikel tersebut yang mana stigma tersebut hanya boleh dipadamkan menerusi campur tangan badan kehakiman,” katanya.
Hakim berkata, sekiranya penjelasan diberikan kepada plaintif, dan tidak menyatakan apa yang didakwa kepada plaintif, mahkamah boleh mengambil kira penjelasan tersebut, dalam menentukan tuntutan plaintif.
Sementara itu, hakim turut menegur bahwa defendea tidak bertindak secara profesional, serta tidak mengamalkan kewartawanan yang bertanggungjawab apabila tidak meminda artikel tersebut.
Sementara itu, ketika ditemui di luar mahkamah, Anwar berkata, keputusan yang dibuat mahkamah membuktikan ada fitnah jahat dilakukan terus-menerus oleh akhbar berkenaan ke atas dirinya.
“ Mahkamah mempertahankan kebebasan media dalam menulis berita, bagaimanapun bukan kebebasan untuk membuat fitnah.” katanya.
Posting Komentar