infopaytren.com
BREAKING

Rabu, 09 Januari 2013

Segmen pukul 3 - Saya Soal Anda Jawab.

Bila kita berkata dan bertanya, itu maksudnya kita mahukan tabayyun (confirmation) hal yang sebenar. Tetapi anehnya orang yang ditanya akan mudah rasa tersinggung kerana terlalu sensitif. Lalu terus mengatakan kita menuduh mereka, walhal kita mahukan pengesahan. Sensitif itu tanda orang sombong. Dan orang-orang jemaah Islam banyak yang terlalu sensitif !

Mohon pencerahan.

1) Adakah masa depan Islam akan runtuh/musnah apabila kita berlaku adil kepada Muslim dan non-Muslim?
2) Adakah masa depan Islam akan musnah apabila kita menentang kemungkaran dan maksiat walaupun pelakunya adalah Muslim?
3) Adakah masa depan Islam akan musnah apabila kita bersahabat dengan non-Muslim (DAP) yang hanya bertanding 47 kerusi daripada 222 kerusi?
4) Mampukah 47 kerusi parlimen DAP melantik PM daripada non-Muslim, mengubah perlembagaan negara dan menjadikan Malaysia negara Kristian.
5) Adakah masa depan Islam bergantung kepada bangsa majoriti yang beragama Islam?
6) Kenapa asy Syahid Imam Hasan al Banna sendiri menolak dilantik sebagai khalifah selepas kejatuhan Turki Uthmaniyah walaupun umat Islam ramai giler waktu itu?
7) Adakah masa depan Islam akan musnah apabila kita menentang rasuah, kuropsi, salah-guna wang, kuasa dan harta, pembaziran?
8) Adakah masa depan Islam bergantung kepada kualiti atau kuantiti?
9) Adakah kita (Melayu) mempunyai paranoid schizophrenia yang hanya takut pada bayangan dan sangkaan?
10) Adakah menentang kezaliman yang dilakukan oleh pemimpin Islam akan memusnahkan masa depan Islam.

Kepada yang mahu jawab, sila jawab berdasarkan fakta dan dalil, bukan emosi dan nafsu. Jaga akhlak dan adab semasa meletakkan komen. Kepada yang tak mahu jawab, sila muhasabah diri dengan soalan-soalan ini. 

Cheers !

Notasiku- Kata Hasan al Basri, hidup ini adalah seperti bilangan hari. Apabila berlalunya bilangan hari itu, maka kita pun akan berlalu pergi (mati). Manfaatkan setiap masa kerana masa itu kehidupan.

Musibah yang menyatukan kalian. Jalan terus, jangan sibuk mencabut kemuncup!

Imam As-syahid Hasan Al-Banna berpesan :
"Jadilah kamu seperti sepohon pokok, mereka melemparimu dengan batu, lalu kamu gugurkan mereka dengan buah yang ranum".


About ""

"BERBAGI ITU PENUH BERKAH" Silahkan beri komentar sesuai dengan tema postingan, dan saya akan segera berkunjung ke blog sobat,apabila postingan ini dianggap bermanfaat bagi teman-teman, silahkan sebarluaskan,"BILA TAK MAMPU BERBAGI KEBAIKAN, SETIDAKNYA JANGAN BERBAGI KEBURUKAN PADA YANG LAIN " Terimakasih.

Posting Komentar

 
Copyright © 2013 Insfirasi Wanita
Design by FBTemplates | BTT