Pierre Andre ajak Ust Azhar Idrus join filem dia. David Teo pun sudah setuju utk pembikinan filem dakwah Pierre. Ada sebab Allah campakkan kita dalam lapangan tertentu.
Untuk kita, teruskan menyusun langkah, teruskan menjadi manusia bermanfaat kerana Allah :)
Saya teringat satu dokumentari [wawancara maybe?] dgn seorang paderi yg revert to Islam. Dia kata, dia percaya Allah memang sengaja memberi kita pengalaman, rasa hidup di jalan-jalan tertentu, agar suatu hari kita boleh memilih untuk jadi sesuatu yg bermanfaat. And for him, being someone who really understand christianity thus being a better revert.
Dan, hati-hati dalam mengutuk pelaku maksiat. Bukan hati-hati, tapi hentikanlah. So called 'Bik Mama' boleh jadi calon wanita syurga, yg dah soleh solehah pula terpaksa beratur minta maaf dgn dia nanti. Kan rugi.
Notakaki- "Penelitian pada hubungan agama dengan kesihatan pernah dilakukan oleh David B Larson dan timnya dari The American National Health research Center. Hasil kajiannya menunjukkan, perbezaan antara taraf kesihatan orang Amerika yang taat dan yang tidak taat beragama.
Orang yang taat beragama menderita penyakit jantung 60% lebih rendah, risiko bunuh diri 100% lebih rendah, risiko menderita tekanan darah tinggi pula 80% lebih rendah, penurunan pengggunaan ubat 100% lebih rendah berbanding yang menjalani kehidupan yang sekular"
"Dalam International Journal of Psychiatry in Medicine dilaporkan, orang yang mengaku dirinya tidak mempunyai pegangan agama lebih sering sakit dan mempunyai jangka hidup yang lebih pendek berbanding mereka yang beragama"
rujukan -Dr. Adi Hashman, Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit, PTS
p/s- "PRU ni macam kiamat. Tanda-tanda dah ada, lepas tu tiap hari kita kata 'Dah dekat.. Dah dekat..', tapi entah bile pun tak tau"
Satu lagi projek pendidikan akidah dari kerajaan Malaysia
Posting Komentar