\
sayang, mahasiswa diumpan dengan galaxy note
SHAH ALAM – Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin menjelaskan beliau akan mengeluarkan satu kenyataan mengenai klip video 24 minit antaranya dengan pelajar undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM), KS Bawani yang menjadi viral di internet.
Menurutnya, kenyataan itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat, namun beliau tidak menjelaskan butiran mengenai bila dan di mana kenyataannya itu akan dibuat.
“Insya-ALLAH, saya akan maklumkan (dalam masa terdekat),” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Klip video ini menjadi perhatian apabila Sharifah Zohra dan Bawani 'bertikam lidah' dalam satu program di UUM bulan lalu, dan menjadi perhatian pelbagai pihak termasuklah pemimpin-pemimpin negara.
Program ‘Seiringkah Mahasiswa dan Siswi Dengan Politik’ itu dihadiri oleh lebih 2,000 pelajar anjuran Dewan Penginapan Pelajar (DPP) Proton UUM, dan NGO SW1M pada 8 Disember lalu.
Moderator program tersebut adalah Yang Dipertua (YDP) MPP UUM, Ku Amirul Faiz Ku Seman,
sinar harian
Presiden Suara Wanita 1Malaysia itu bukan siapa. Dia bukan menteri, dia bukan pensyarah, dia orang luar. Dia datang ke kampus anda dan menghina rakan anda, dan tiada apa yang dilakukan.
Maruah adalah perkara terakhir yang boleh menjadi matawang nilai diri. Jangan yang satu itu pun anda golok gadaikan.
Pembodohan, adalah jenayah memusnahkan bangsa!
mahasiswa ke ni?
Hentikan pembodohan terhadap mahasiswa!
Maruah adalah perkara terakhir yang boleh menjadi matawang nilai diri. Jangan yang satu itu pun anda golok gadaikan.
Pembodohan, adalah jenayah memusnahkan bangsa!
dah banyak post pasal video ni kat fb dan blog.
ya, dunia pendidikan perlu pada perubahan..dia cakap tentang respect,tapi pada masa yang sama tak tunjukkan respect.
kesian jugak kat pelajar2 yang duk bertepuk tangan..tak tau samada mereka faham atau tidak.atau sekadar teruja dengan suara moderator tu.
hakikatnya,semua orang saling belajar dari orang lain..awak ada kelebihan awak,dia ada juga kelebihan dia..awak ada pendapat,begitu juga orang lain.
hidup kena sentiasa merendah diri, baru kita dikasihi dan diterima..isu hangat hari ni,harap-harap ramai yang dapat iktibar lalu melengkapkan diri dengan kekurangan-kekurangan yang dikenalpasti.
Wallahua3lam..
maaf pendapat tak seberapa,mohon jangan serang ana kat komen.
notakaki- murahkah nilai mahasiswa berbanding galaxy note?
Posting Komentar