\
Orang beriman merasa salah dan dosa bagai batu yang besar yang akan menghempap diri tp orang yang tidak beriman merasa dosa hanya seperti lalat yg hinggap di hidung halau lalat akan pergi.
Beliau Sahkan Yang Beliau Takkan Hadiri Forum Yang Dianjurkan SAMM Di Dewan Himpunan Perniagaan Cina Selangor & KL, Malam Ini.
*dah tengok seriusly none edit.
Sharifah: Video diolah demi sokongan pada pembangkang
"Taktik licik ini berjaya membiakkan tindakan yang amat kejam – mengutuk, membenci, sungguh kejam dengan memalukan dan mengejek seorang wanita yang tidak bersalah.
"Maka mereka gagal melihat bahawa isu berkenaan hanyalah masalah komunikasi di antara dua pihak (wanita muda di dalam video tersebut dan juga saya)," katanya dalam video tersebut.
Sharifah dalam kenyataan berbahasa Inggeris itu seterusnya meminta maaf kepada rakyat Malaysia.
Beliau antara lainnya memberi alasan, "Fenomena listen" itu sengaja dicetuskan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Selain itu, beliau juga meminta maaf kerana video berkenaan menyebabkan rakyat Malaysia marah dan menyerang beliau secara peribadi.
Beliau juga memohon maaf kepada para pelajar di Malaysia yang didakwanya dimanipulasi dalam isu tersebut.
*dah tengok seriusly none edit.
Perkara ini disahkan oleh Ahli Majlis Tertinggi SW1M, Ema Lee Abu Samah kepada Sinar Harian semalam.
Ema mendakwa, penganjur forum ini memutar belit fakta dengan mendakwa Sharifah Zohra hadir, sedangkan tiada kata putus dibuat.
Selain Sharifah Zohra, forum tersebut menampilkan KS Bawani, Prof Dr Aziz Bari dan penganalisis politik, Dr Maszlee Malik.
“Dakwaan yang mengatakan beliau (Sharifah Zohra) hadir telah digembar-gemburkan, ia adalah satu fitnah,” katanya.
Selain itu, Ema turut mengesahkan SW1M membuat satu laporan polis terhadap satu NGO yang didakwa menceroboh pejabat mereka beberapa hari lalu.
Katanya, tiga lelaki yang memecah pejabat mereka telah mengambil gambar dan menggunakan cop SW1M tanpa pengesahan.
Sementara itu, Sharifah Zohra berharap isu klip video dirinya dengan pelajar undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM), KS Bawani yang menjadi viral di internet dihentikan segera.
“Saya harap pihak tidak bertanggungjawab menghentikan fitnah,” katanya.
Kelmarin, Sharifah Zohra menjelaskan, selain Bawani, beliau telah memaafkan beberapa individu lain yang telah mengkritiknya dengan pelbagai dakwaan, yang dibuat secara sengaja atau tidak sengaja.
Klip video ini menjadi perhatian apabila Sharifah Zohra dan Bawani ‘bertikam lidah’ dalam satu program di UUM bulan lalu, dan menjadi perhatian pelbagai pihak termasuklah pemimpin-pemimpin negara.
Program ‘Seiringkah Mahasiswa dan Siswi Dengan Politik’ itu dihadiri oleh lebih 2,000 pelajar anjuran Dewan Penginapan Pelajar (DPP) Proton UUM, dan NGO SW1M pada 8 Disember lalu.
Moderator program tersebut adalah Yang Dipertua (YDP) MPP UUM, Ku Amirul Faiz Ku Seman, sementara ahli panel adalah Pengetua DPP Proton, Mazli Mutazam, Peter Yap, Gulam Muzaffar. - SH
Aktivis NGO Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) itu berkata, Pengerusi NGO Suara Wanita 1Malaysia (SW1M),Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin tidak perlu memaafkan beliau kerana beliau tidak minta untuk dimaafkan.
“Seperti yang saya tegaskan, saya tidak minta dimaafkan dan saya juga tidak mendapat permohonan maaf daripada beliau.
“Saya rasa paparan video itu tidak diputarbelitkan, dan pada masa itu ada lebih 2000 pelajar yang boleh memberitahu perkara sebenar,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
Katanya, isu utama adalah tentang kebebasan bersuara oleh mahasiswa bukannya kehangatan video itu dibincangkan.
Kelmarin, Sharifah Zohrah memberitahu yang beliau telah memaafkan Bawani dan pemimpin politik yang keras mengutuknya secara sengaja ataupun tidak sengaja.
Katanya, beliau kesal kenyataan-kenyataan yang mengkritik dirinya secara peribadi dibuat tanpa menyiasat dengan lebih lanjut dan menyifatkan kenyataan seperti ini sebagai tidak profesional. - SH
Posting Komentar