infopaytren.com
BREAKING

Minggu, 01 Desember 2013

Adik Noor Syafikah Nadia disahkah dirogol sebelum dibunuh?

ALOR SETAR – Mayat seorang remaja perempuan yang dipercayai dirogol dan dibunuh ditemui di kawasan bendang di Alor Senibong dekat sini semalam manakala dua adiknya dilapor hilang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Mohd Nashir Ya berkata mayat remaja berusia 14 tahun itu ditemui orang awam dalam keadaan separuh bogel kira-kira pukul 3.45 petang.

“Polis belum mendapat petunjuk tentang dua adik mangsa yang dilapor hilang.

Operasi mencari mereka sedang dijalankan dengan bantuan unit anjing pengesan,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian hari ini.





Remaja tersebut bersama dua adiknya yang berumur tiga dan 12 tahun dilapor keluar dari rumah mereka di Jalan Datuk Kumbar dengan motosikal kira-kira 7.30 malam untuk ke rumah rakan mangsa di Kampung Gelam yang berdekatan bagi mengambil gajinya yang bekerja membotol bahan pencuci.

Mohd Nashir berkata setelah ketiga-tiga anaknya tidak pulang dan gagal ditemui setelah puas dicari, ibu mereka Siti Aishah Arifin, 40, membuat laporan polis di di Balai Polis Langgar kira-kira pukul 2 pagi.

Sementara itu laporan terkini menyebut, dua adik remaja yang dilaporkan hilang itu disahkan maut selepas mayat mereka ditemui di sungai Pekan Langgar di sini petang ini.



adknorsyafikah4



al-fatihah.

updated!
Kes kematian 3 beradik bukan tragedi biasa.
Misteri kehilangan 3 beradik terjawab apabil operasi pencarian telah menemukan dua baki 2 beradik yang hilang hari ini.
Noor Syafikah Nadia, 14 tahun dilaporkan ditemui oleh orang awam dalam keadaan tertiarap dan separuh bogel kira-kira jam 3.45 petang berhampiran kawasan bendang di Kampung Alor Senibong, Langgar, semalam.
Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim ketika membuat kenyataan menyifatkan kejadian berkenaan bukanlah tragedi biasa.
Beliau turut menambah, bedah siasat terhadap mayat Noor Syafikah mendapati mangsa meninggal dunia disebabkan lemas dan pihaknya tidak menemui kesan-kesan lain pada badan mangsa.
Tiada sebarang kesan kecederaan seksual termasuk rogol melainkan kesan calar pada bahagian belakang mangsa dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
pada mulanya dilaporkan Adik Noor Syafikah telah dirogol, namun laporan bedah siasat membuktikan sebaliknya.
Dua lagi mayat yang ditemui di Terusan Mada Kampung Padang Petani masih menunggu laporan bedah siasat.
Datuk Ahmad menyifatkan kejadian ini bukan tragedi biasa disebabkan ketiga-tiga mangsa ditemui di lokasi berasingan dan pihaknya akan memberi keutamaan untuk menyiasat kes terbabit.

Takziah kepada keluarga mangsa.

notakaki- my colleague here once said: "study the animal, you'll know human".tapi aku rasa manusia ni dah lebih 'animal' dari binatang.
binatang berburu hanya untuk meneruskan kelangsungan hidup. hanya sebab lapar. tapi manusia menzalimi, menjatuh, memakan darah daging sendiri.

About ""

"BERBAGI ITU PENUH BERKAH" Silahkan beri komentar sesuai dengan tema postingan, dan saya akan segera berkunjung ke blog sobat,apabila postingan ini dianggap bermanfaat bagi teman-teman, silahkan sebarluaskan,"BILA TAK MAMPU BERBAGI KEBAIKAN, SETIDAKNYA JANGAN BERBAGI KEBURUKAN PADA YANG LAIN " Terimakasih.

Posting Komentar

 
Copyright © 2013 Insfirasi Wanita
Design by FBTemplates | BTT