infopaytren.com
BREAKING

Jumat, 06 Desember 2013

The Hunger Games.


The Hunger Games trilogy ada pengajaran menarik untuk remaja iaitu:

ada perkara jauh lebih penting daripada bercinta (bercouple).

Walaupun Gale suka Katniss tapi Katniss "menolak" kerana bagi dia ada perkara penting untuk dia lakukan iaitu menjaga keselamatan emak dan adiknya.

Katniss juga seorang yang berpandangan jauh di mana dia tidak mahu bercouple dan tidak pernah terfikir untuk berkahwin kerana dia tidak mahu anak-anaknya mengalami keperitan hidup yang sama seperti dia dan keluarganya di bawah kezaliman The Capitol.

Dia juga tidak melayan perasaan jiwang (baca: bercintan-cintun) ketika 'uprising' di Panem sedang berlangsung kerana baginya ada misi yang lebih utama iaitu berjuang menegakkan keadilan buat rakyat Panem.

Peeta dan Gale hanyalah kawan baik kepada Katniss dan tidak lebih daripada itu (sebelum Panem mencapai keamanan di akhirnya).

Di akhirnya, setelah segala kemelut rakyat di Panem tamat; Katniss telah memilih orang yang bermoral tinggi dan pada masa yang sama mampu memastikan keutuhan moral Katniss sendiri menjadi pasangan hidupnya.

*****

Realiti hidup kita pula, begitulah jiwa muda. Sentiasa bersemangat, sentiasa ada yang ingin diperjuangkan. Jiwa kosong, sentiasa ingin diisi.

Yang menjadi persoalan, "apa" yang diperjuangkan dan "apa" yang diisi di dalam jiwa?

Tak kurang ramai anak-anak muda yang "berjuang" mengejar dan percaya bahawa jiwa yang kosong itu perlu diisi dengan cinta (kepada lelaki/perempuan). Hingga keluar ayat-ayat 'lautan api sanggup kurenangi demi cintaku padamu' bla bla.

Hingga sanggup melakukan perkara-perkara yang akhirnya memusnahkan diri (e.g. zina dan pembuangan bayi).

Jiwa dan kekuatan ketika muda selayaknya dimanfaatkan untuk menyumbang kepada keluarga, masyarakat, dan negara berlandaskan agama.

Bila tiba masanya, carilah pasangan dengan cara bermaruah dan bernikahlah mengikut aturan agama. Bukannya dengan bercouple dan bersuka ria.

notahati: jangan jadi macam Bella dalam Twilight; demi cinta, apa pun sanggup dibuat dan langsung tak menyumbang kepada keluarga mahupun masyarakat. heh.

About ""

"BERBAGI ITU PENUH BERKAH" Silahkan beri komentar sesuai dengan tema postingan, dan saya akan segera berkunjung ke blog sobat,apabila postingan ini dianggap bermanfaat bagi teman-teman, silahkan sebarluaskan,"BILA TAK MAMPU BERBAGI KEBAIKAN, SETIDAKNYA JANGAN BERBAGI KEBURUKAN PADA YANG LAIN " Terimakasih.

Posting Komentar

 
Copyright © 2013 Insfirasi Wanita
Design by FBTemplates | BTT