infopaytren.com
BREAKING

Rabu, 30 Januari 2013

UPDATED PENJELASAN ASTRO & KOMEN USTAZ AZHAR IDRUS TENTANG DRAMA SAHARA


KHAS UNTUK SAHARA TEAM



Drama Astro Prima Sahara hina Islam



Komen Ustaz Azhar Idrus tentang Drama Sahara


Lihat antara pandangan orang ramai mengenai Drama Sahara .


Gambar barisan pelakon drama Sahara bersama pengarah drama (berbaju merah biru).



Drama Astro Prima Sahara
2
3
4

KOMEN USTAZ ZAHARUDDIN.NET TENTANG DRAMA SAHARA



Tapi saya tidak mahu duduk diam-diam sahaja, ataupun duduk bising-bising tapi tiada tindakan yang diambil. Saya nak cuba untuk mengambil langkah proaktif.



So, saya hantar complaint straight dekat ASTRO untuk meminta mereka hentikan siaran “Sahara” (sila rujuk screen capture).


Berikut ialah mesej penuh yang saya hantar kepada mereka:


“Saya, sebagai seorang Muslim di Malaysia, tidak bersetuju dengan cara Islam digambarkan dalam drama “Sahara” yang disiarkan di ASTRO PRIMA. Adegan-adegan seperti berpegang-pegangan dengan yang bukan mahram dan menjerit-jerit “I love you, Sahara!” adalah bertentangan dengan Islam.


Tambahan pula, imej wanita Islam yang bertudung dan berniqab juga tercemar.


Justeru, saya meminta jasa baik pihak yang berkenaan untuk menghentikan siaran drama tersebut serta merta.Sekian, terima kasih.”

Video Promo Drama Sahara

Cinta Islamik ke ?


Manusia berstatus hamba, carilah ilmu untuk memahami agama. Fahamilah cara hidupmu (islam) yang sebenar. Jangan biarkan dirimu larut dengan budaya dunia.

Dunia hari ini bukanlah seperti syurga, yang penuh ketenangan. tapi dunia hari ini penuh tipu daya. Yang indah hanya pada mata dan zahir, tapi hakikatnya sengsara pada jiwa yang mendamba kesucian amal. Inilah medan ujian dari Tuhan.

Lahirmu di dunia dengan bernama muslim, tak pernah menjamin syurga pada akhirnya. Kerana perjalanan hidup ini akhirnya bahagia untuk siapa yang berusaha mencari Tuhan. Telah kau lalui dan dengari, manusia binasa kerana ego pada Pencipta.

Kenalilah hakikat diri agar bisa menemui siapa Penciptamu. Agar bisa dibedakan antara bertuhankan nafsu atau yang Maha Agung.

Selami jiwa kita yang paling dalam.. hakikatnya semua dari manusia tidak ingin melakukan kejahatan.. Jangan berterusan menidakkan fitrah. Bimbang kelak Allah swt tutup mata hati kita menerima kebenaran.. rugi kita dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat..

Moga Allah swt bantu kita untuk menepis bisikan syaitan dan menambah ketaatan..

Allahu Musta'aan. Peringatan buat diri sendiri..


notahati- Nak tarik hati manusia sama seperti tarik tali.. semakin menjauh, semakin susah..
belajarlah wahai diri.


Feedback Form


 sebarang pertanyaan/pengaduan boleh klik sini


Feedback dari Astro


Koleksi Kata-Kata Hikmah Motivasi ISLAM Part 5



"Nabi bersusah payah turun naik turun naik jumpa Allah supaya kurangkn solat 50 waktu kepada 5 waktu tu pon manusia tak boleh nak buat."

"Jangan pernah tinggalkan solat, kerana ada jutaan manusia di dalam kubur yang ingin kembali dihidupkan hanya untuk bersujud kepada Allah."

"Bila Hati Kita Berkehendak Kepada Sesuatu Kebaikan..Pasti ALLAH Bukakan Jalan"

"Wanita yang sosial jadi rebutan untuk dipermainkan. Tetapi, wanita yang solehah jadi rebutan untuk diperisterikan"


Jangan hanya sujud ke 'sejadah' saat susah. Jangan hanya kenal 'telekung' saat sesak. Jangan pandang 'qiblat' saat payah. Ingat Allah selalu :)

Cinta Allah adalah cinta yang paling MAHAL. Cinta selain Allah adalah cinta MURAHAN


"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak"


"Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati"

"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"


Photo: ^_^



"Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan"


"Orang yang sebenarnya berani ialah mereka yang tak lekas patah hati, tetapi bertahan dengan menghadapi setiap dugaan dan cabaran"


"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu dari dunia dan berbuat baiklah sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan." (QS Al-Qasas: 77)


"Hidup memerlukan pengorbanan, pengorbanan memerlukan perjuangan, perjuangan memerlukan ketabahan, ketabahan memerlukan keyakinan, keyakinan pula menentukan kejayaan, kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."





notakaki-  penulisan pun boleh jadi pintu anak panah-panah syaitan
semoga Allah lindungi saya dan kalian, wahai remaja-remaja muslim yang brusaha menjadi yang terbaik dalam nilaian Allah.

UPDATED! Hampir Terjawab : Apa Terjadi Kepada William Yau Zhen Zhong

Apa Terjadi Kepada William?

Adakah kanak-kanak malang, William Yau Zhen Zhong diculik sebelum dibunuh atau dia mati akibat terlibat dalam tragedi?

Itulah persoalan yang berada di fikiran pegawai penyiasat ketika ini berikutan penemuan mayat reput kanak-kanak berusia enam tahun di Kampung Sungai Sireh pada petang Khamis lalu.

Polis sedang giat mencari petunjuk dan memeriksa semula semua maklumat bagi mengetahui punca dia meninggal dunia dan bagaimana tubuhnya boleh dijumpai berhampiran sebuah jeti di Pelabuhan Klang.

Antara teori yang mungkin terjadi ialah badannya dihanyutkan sejauh 30 kilometer (km) ke Sungai Klang dari Kampung Bukit Lanchong selepas terhumban ke dalamnya.

Selain itu terdapat juga spekulasi bahawa kanak-kanak itu mungkin merayau di luar, yang kemudiannya jatuh ke dalam longkang dan seterusnya dihanyutkan ke sungai.

Bagaimanapun tidak terdapat longkang yang tidak bertutup di kawasan beliau dilaporkan hilang dan longkang terdekat jika beliau dihanyutkan ke sungai adalah pada jarak 2km.


“Keputusan post-mortem tidak dapat menentukan punca kematian kerana mayat reput teruk,” kata Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Yahaya Ramli.

“Tetapi kita boleh buat kesimpulan bahawa dia mati selama kira-kira seminggu berdasarkan keadaan mayat,” katanya.

ACP Yahaya berkata tiada tanda kecederaan luar kecuali terdapat beberapa tanda gigitan, dipercayai oleh haiwan.

Beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan kes berkenaan adalah perbuatan khianat dan melihat kemungkinan bahawa budak itu telah dibuang ke dalam sungai.

“Tetapi ia masih terlalu awal untuk kita buat kesimpulan apa yang berlaku kepadanya.

“Kami akan menemubual abang budak itu sekali lagi dan merayu saksi yang melihat kejadian itu tampil ke hadapan. Secara ringkas, kita menyiasat semua sudut,” katanya.

ACP Yahaya berkata polis akan membuat pemeriksaan semula di kawasan William dilaporkan hilang di Putra Heights, tebing sungai Klang di Kampung Bukit Lanchong serta jeti di mana mayat ditemui.

Polis juga telah merekodkan kenyataan daripada nelayan yang menemui mayat.

Jarak Longkang Terlalu Jauh Dari Lokasi William Hilang

SUBANG: Walaupun terdapat banyak spekulasi yang mengatakan bahawa William Yau Zhen Zhong jatuh ke dalam longkang apabila dia dilaporkan hilang lebih seminggu lalu, namun hasil pemeriksaan The Star mendapati tiada longkang besar berhampiran kedai elektronik di Putra Heights di mana beliau kali terakhir dilihat.

Dengan hanya dalam jarak 10 minit pemanduan, longkang besar yang paling hampir ialah di Kampung Bukit Lanchong yang tidak jauh dari tebing Sungai Klang.

Jika William berjalan dari Putra Heights, dia pasti akan berhenti beberapa kali sebelum sampai ke kampung berkenaan.

Laluan ke Kampung Bukit Lanchong juga tidak lurus dan boleh mengelirukan kanak-kanak terutama pada waktu malam.






Punca kematian William Yau Zhen Zhong yang mayatnya ditemui terapung di Jeti Sungai Sireh, Pelabuhan Klang kelmarin hampir terjawab selepas polis menemui petunjuk baharu yang boleh dikaitkan dengan kehilangan kanak-kanak berusia enam tahun itu.

Ini berdasarkan penemuan sebuah lubang tidak bertutup di sebatang longkang aliran air hujan atau monsoon drain kira-kira 200 meter dari tempat kanak-kanak itu dilaporkan hilang di Putra Heights, di sini pada 16 Januari lalu.

Arus longkang itu dikatakan mampu menghanyutkan objek berat kurang dari setengah jam sehingga ke Sungai Sireh di Pelabuhan Klang, tanpa sebarang sekatan jika hujan lebat.

Malah difahamkan, dua hari selepas kehilangan William iaitu pada 18 Januari, kawasan Putra Heights dilanda hujan lebat dan longkang itu sememangnya dipenuhi air.

Longkang sepanjang lebih 30 kilometer itu dikatakan terus membawa arus ke Sungai Sireh di Pelabuhan Klang.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Yahaya Ramli ketika dihubungi tidak menolak kemungkinan kanak-kanak itu terjatuh ke dalam longkang tersebut dan dihanyutkan sehingga mayatnya ditemui terapung di Pelabuhan Klang, kelmarin.

"Polis mengesan satu lubang pada sistem monsoon drain kira-kira 200 meter dari lokasi William hilang. Lubang itu mampu mendatangkan bahaya kepada sesiapa sahaja yang terjatuh.

"Kemungkinan mangsa terjatuh dan dihanyutkan arus sungai tetap ada lebih-lebih lagi dua hari selepas mangsa hilang, Putra Heights dilanda hujan lebat dan JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran) sendiri mengesahkan jika kanak-kanak terjatuh, ia mampu dihanyutkan dengan laju," katanya.

Beliau sebelum itu melawat lokasi kanak-kanak terbabit hilang di Putra Heights bersama 30 anggota polis dan kakitangan JPS.

Kanak-kanak malang itu hilang selepas keluar mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights, Rabu lalu.

Kehilangan anak kedua daripada tiga beradik selama sembilan hari itu terjawab apabila ibu bapanya mengesahkan mayat seorang kanak-kanak lelaki yang ditemui di Jeti Sungai Sireh kelmarin adalah William.

Dalam perkembangan sama, Yahaya memberitahu, polis akan mengambil keterangan penduduk di sekitar Putra Heights dan Kampung Bukit Lanchong untuk mengetahui kemungkinan kanak-kanak itu boleh dihanyutkan sehingga ke Jeti Sungai Sireh.

"Faktor terjatuh dalam parit adalah antara yang sedang disiasat polis tetapi perkara ini masih terlalu awal untuk dibuat kesimpulan kerana kami sedang menyiasat melibatkan semua sudut," katanya.

Ditanya sama ada berlaku unsur jenayah dalam tragedi itu, Yahaya berkata, berdasarkan bedah siasat ke atas mayat kanak-kanak itu polis tidak menemukan sebarang asas untuk mengaitkan kes ini dengan jenayah kerana tiada kesan kecederaan luaran.




YAHAYA Ramli (kanan) meninjau kawasan longkang monsoon drain di Putra Heights dan Kampung Bukit Lanchong, semalam yang dipercayai menjadi punca kematian William Yau Zhen Zhong dihanyutkan ke Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, Selangor. - IHSAN CHINA PRESS


Kosmo! Ahad difahamkan, dua hari selepas kehilangan kanak-kanak itu iaitu pada 18 Januari lalu, kawasan Putra Heights dilanda hujan lebat.
Pemeriksaan mendapati parit di kawasan tersebut bersambung dengan sebatang longkang di Kampung Bukit Lanchong, sebelum ia bersambung pula dengan Sungai Klang yang mengalir ke Pelabuhan Klang.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, adalah tidak mustahil mangsa terjatuh ke dalam longkang.

Polis ambil keterangan lima individu kes William

MELAKA 30 Jan. - Polis telah mengambil keterangan lima individu semalam termasuk moyang, datuk saudara dan bapa saudara William Yau Zhen Zhong, 6, yang ditemui mati di Jeti Sungai Sireh, Pelabuhan Klang pada Khamis lalu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supritendan R. Gunarajan berkata, empat pegawai penyiasat masing-masing dua dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, Selangor mengambil keterangan itu di rumah moyang mangsa di Batang Melaka, Jasin antara pukul 3.30 petang hingga 7.30 malam tadi.

“Selain moyang, datuk saudara dan bapa saudara mangsa, dua lagi individu yang turut diambil keterangan ialah seorang jiran lelaki yang tinggal berhampiran rumah moyang mangsa serta anak perempuannya.

“Kesemua individu tersebut berusia antara 22 hingga 72 tahun. Dua lagi individu yang akan diambil keterangan ialah nenek dan ibu saudara mangsa dalam tempoh terdekat," katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di IPK Melaka hari ini. - sumber


Polis Minta Masyarakat Jangan Spekulasi Kematian William


William Yau Zhen Zhong



Polis meminta masyarakat supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes kanak-kanak enam tahun William Yau Zhen Zhong, yang telahpun diklasifikasi sebagai kematian mengejut.

“Saya tidak mahu mengulas panjang isu ini kerana semua orang tahu ibu bapa mangsa kini masih bersedih atas kehilangan anak mereka,” kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulaijaya oleh Sultan Ibrahim Sultan Iskandar Selasa.

Bagaimanapun, Ismail berkata polis sedia menerima maklumat tambahan berhubung kejadian itu dan akan menjalankan siasatan lanjut.

Anak kedua pasangan Yau Kok Kang, 32, dan Goh Ying Ying, 28, itu dilapor hilang pada 16 Jan di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights, Subang Jaya selepas dipercayai keluar dari kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik.

R.I.P


Selasa, 29 Januari 2013

VIDEO: SULTAN JOHOR BIDAS BLOGGER PENGECUT.SIAPAKAH BLOGGER MALAYSIA YANG DIMAKSUDKAN ITU?

Sultan Johor Kamal Sultan Ibrahim Johor Tempelak Blogger Malaysia Yang Burukkan Kerajaan & Polis. Pengkhianat Negara!

Baru-baru ini Sultan Johor, Sultan Ibrahim ada membidas kalangan blogger Malaysia yang bertindak lari ke luar negara dan menuduh pelbagai keburukan kerajaan negara termasuklah pihak polis dan menggelarkan blogger seperti ini adalah blogger yang penegcut dan merupakan pengkhinat negara.

Siapakah blogger Malaysia yang dimaksudkan itu?


berita sepenuhnya DI SINI


LIHAT KOMEN : REMAJA 16 TAHUN CARI WALI.


KOTA TINGGI – Seorang remaja perempuan mendakwa tidak pernah bertemu kedua-dua ibu bapanya sejak dilahirkan, kini mencari wali bagi membolehkannya melangsungkan perkahwinan dengan lelaki pilihan.

Nor Azanita Bakar, 16, berkata, sejak kecil dia tinggal bersama keluarga angkat di Segamat malah hingga kini tidak mengetahui butiran lanjut mengenai latar belakang ibu bapanya itu.

Ibu bapa angkatnya juga tidak banyak berbicara mengenai ibu bapa kandungnya namun selepas didesak, ibu angkatnya hanya memaklumkan ibunya hanya dikenali sebagai Ana.

“Saya bersekolah hingga tingkatan tiga tetapi selepas itu saya berdikari sendiri dengan menyewa di luar dan mencari kerja.

“Namun kini saya menghadapi masalah kerana perlukan wali untuk melangsungkan perkahwinan dengan lelaki pilihan saya.

“Malah perkahwinan kami yang sepatutnya dilangsungkan pada 28 Januari ini terpaksa ditangguhkan kerana masalah wali,” katanya yang kini bekerja dan menyewa di Felda Air Tawar 5.

Sebaik menyewa di Felda Air Tawar 5, Nor Azanita rapat dengan Mohamad Sahar Noh, 62, yang dianggap sebagai bapa angkat yang prihatin akan nasibnya.

Mohamad Sahar berharap Nor Azanita dipertemukan dengan walinya secepat mungkin.

“Apa yang diharapkan mana-mana pihak yang pernah mengenali ibu bapa kepada Nor Azanita akan segera mencari anaknya ini bagi melancarkan urusan pernikahannya.

“Kita bimbang akan pandangan orang ramai, jika dia sudah diijabkabulkan tidak ada perkara yang perlu dirisaukan lagi tambahan pula suaminya nanti boleh menjadi tempatnya berlindung,” katanya.


ini komen dari seorang pembaca. 

baca komen orang ramai, rasa lucu.

"Dan hendaklah rumahtangga muslim itu dimulai atas dasar TAQWA"
-Mustafa Masyhur-

Hentikan tohmahan terhadap Ustaz Nasharuddin dan gantikan dengan iringan doa, beliau cuma tersilap langkah.


KOTA BHARU - Pas tidak nampak cabaran yang akan dihadapinya jika bekas Timbalan Presiden Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan menyokong parti politik lain.

"Sebagaimana orang bercerai laki bini, tidak apa yang mencabarnya jika sesuatu pasangan itu ditakdirkan berpisah," kata Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada pemberita ketika melawat pusat perusahaan madu lebah kelulut Min House Camp di Kampung Pulau, Kubang Kerian di sini, hari ini.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan diminta mengulas kedudukan bekas pemimpin nombor dua Pas itu jika menyertai parti lain selepas Nasharuddin, yang juga anggota Parlimen Bachok, digugurkan daripada menganggotai Dewan Syura Ulama Pas.

Tindakan itu dipercayai diambil selepas Nasharuddin pulang daripada mengikuti rombongan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza baru-baru ini.

Semalam, dilaporkan Nasharuddin berkata beliau tetap akan terus memperjuangkan Islam walaupun tidak lagi menganggotai Majlis Syura Ulama PAS.

Sementara itu, bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad berkata tindakan terhadap Nasharuddin itu bukan perkara pelik.

Wan Ismail berkata Pas kini dilihat semakin lari daripada perjuangan asal mereka untuk menubuhkan negara Islam sejak bersekongkol dengan Parti Keadilan Rakyat dan DAP.

"Dulu saya pun dibuang, tapi saya bersyukur kena pecat sebab lihat Pas sudah lari daripada perjuangan asal (untuk menubuhkan negara Islam).

"Nasihat saya kepada beliau (Nasharuddin), kalau betul-betul nak perjuangkan Islam, buat parti lain," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Wan Ismail yang juga antara pengasas Pas berkata tahaluf siasi yang diamalkan Pas dalam pakatan pembangkang telah lari daripada konsep sebenar apabila dilihat lebih banyak tunduk dengan desakan yang dibuat rakan sekutu mereka.

"Konsep tahaluf siasi berlaku masa Nabi Muhammad SAW memerintah Madinah. Masa itu orang bukan Islam ikut apa yang Nabi kata. Saya lihat Umno yang lebih betul (mengamalkan) konsep tahaluf siasi ini," katanya. - Bernama

***



Hentikan tohmahan terhadap Ustaz Nasharuddin dan gantikan dengan iringan doa, beliau cuma tersilap langkah.

Namun tidak bermakna kita membutakan sumbangan beliau terhadap parti dan jemaah satu masa dahulu.Dia masih lagi menyayangi PAS tu. Kesilapan dan kesalahan adalah fitrah bagi manusia. kesilapan dia (nasha) ada dan mungkin banyak kepada PAS. 

Anggaplah sumbangan dia yang sedikit atau banyak sebelum ini boleh meredakan amarah ahli-ahli parti. semoga dengan sorang ini PAS akan lebih berjaya di masa hadapan. Beliau cuma melanggar dasar parti tapi tidak melanggar dasar agama. Tindakkan beliau cuma merugikan parti tapi bukan agama. Prinsipnya, orang yang berdosa harus diberi peluang untuk bertaubat. 

Ada sahabat menyatakan pada saya dan tidak menjangka dia melanggar dasar parti, tetapi bagi saya mungkin dia hanya tidak setuju dengan dasar pakatan ?  tetapi kenapa dia sanggup merosakkan imej parti. bolehkan di ertikan ( KERANA NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA ) atau ada kalimah yang lebih sesuai untuk dia (nasha).

Konklusinya: beliau mungkin tak sesuai duduk di proksi A tapi masih boleh berjuang di proksi lain. Asalkan perjuangannya Islam.

contoh- Seorang pelajar yang dibuang dari sekolah A mungkin boleh meneruskan pengajiannya disekolah lain pula.

notakaki :  Manusia ni ingat pemimpin pemimpin kita ni maksum. Tak boleh buat salah.. Bila dah salah macam tak boleh diperbaiki.. Dah tak boleh ke kita tolong pemimpin yang bersalah supaya dia dapat perbaiki kesalahan dia dan lebih baik pada masa akan datang...konsepnya mudah..

Sebenarnya nak tegur sahabat2 yang tohmah dan mencaci beliau, seolah beliau buat jenayah murtad pulak.

Moga keputusan syuro ini diiringi barokah.

p/s: I'm not Nasharuddinisme but i'm muslim.

Senin, 28 Januari 2013

Waiting List Form for Hijab Event 2013: Surat versi Melayu dari Muslimah risau.

Surat versi Melayu dari Muslimah risau... pendapat anda bagaimana?

Kehadapan HIjabista dan HIjabisters yang disayangi…

Saya menulis untuk melahirkan rasa risau sayan dengan cara majalah anda ‘mempamerkan’ wanita berhijab. Saya amat percaya bahawa konsep ‘kesederhanaan’ haruslah diseiringkan dengan pemakaian Muslimah (termasuklah hijab) dan kesederhanaaan ini merupakan perkara yang teramatlah penting sekali. Kesederhanaan oleh itu, perlulah diberi keutamaan dan penekanan oleh setiap wanita berhijab dan bertudung termasuklah majalah anda

Tudung ini bukan berfungsi sebagai ‘ganti’ rambut yang kami tutup. Ianya juga bukanlah hanya sekeping kain atau berkeping-keping kain di atas kepala. Hijab datang dengan pakej lengkap, ianya merangkumi akhlak, intelek dan adab. Hijab simbol wanita beriman, kesederhanaannya dalam setiap yang dilakukan, kelembutan, kesopanan. Maruah dirinya. Kebanggaan dirinya. Majalah anda tidak langsung menampilkan ‘kesederhanaan’ yang dituntut’ Islam ini dan biarlah saya berterus terang ini ternyata salah sama sekali.

Meletakkan wanita yang hanya berhijab tetapi disolek bak patung seolah model antarabangsa dalam majalah Vogue (beznya cuma tutup rambut) adalah satu bentuk penghinaan buat kami wanita Muslim. Juga menyedihkan apabila wanita berhijab tersebut sendiri rela diperlakukan sebegitu rupa, dieksploitasi dan cuma menipu diri bahawa mereka berada di jalan yang benar dan membuatkan Tuhan mereka gembira hanya dengan menutupi rambut mereka. Ya Allah, bagaimanalah anda boleh berfikir anda menggembirakan Allah dengan berhias dan bertabaruj sebegitu rupa sambil menayang kecantikan rupa paras dan tubuh badan anda?

Majalah anda seperti juga Vogue dan Cosmopolitan dan majalah-majalah seangkatan dengannya tiada LANGSUNG dimensi intelek mahupun spiritual didalamnya menjadikannya majalah ini kosong. Majalah anda secara tidak langsung berjaya ‘brainwash’ minda para hijabisters dengan menaikkan hawa’ nafsu mereka untuk berbelanja lebih banyak barang, lagi dan lagi. Hakikatnya wanita yang benar-benar beriman, seorang Muslimah sejati TIDAK perlu menayang segala aksesori kepada orang lain. Nilai wanita Islam BUKAN pada barangan tetapi keyakinan dirinya bahawa apa didalam hati mereka dan minda mereka lebih berharga dari segala gelang, kacamata hitam, kasut tinggi, tas tangan yang anda sogok di setiap muka majalah anda.

Majalah mempengaruhi pemikiran anak-anak muda yang masih mentah untuk menipu diri mereka dengan merasakan bahawa mereka akan lebih cantik dan dihormati dengan KASUT, AKSESORI dan style tudung yang merapu dan merepek.

Di dalam Quran Allah menegaskan bahawa Taqwa adalah pakaian yang terbaik. Tolonglah beritahu dan tunjukkan kepada saya dimana, di muka surat mana and tampilkan mesej ini? Malangnya tiada, tidak di satu muka pun. Ianya majalah yang menjual baragan semata, majlah berbentuk konsumer membuatkan para wanita jadi gila, menurut nafsu untuk membeli, untuk mahukan barangan material yang mungkin tidak langsung diperlukan atau mampu mereka miliki. Lifestyle yang anda tampilkan tidak berapa kena dengan syariat Islam. Masalahnya anda menggunakan Islam untuk menjual. Ini amat mengecewakan. Kemudian ramailah para gadis berangan untuk menjadi seperti covergirls yang telah pun anda tampilkan dengan badan yang ramping, barangan yang hebat dan muka yang gebu yang semestinya sudahpun anda photoshopkan wajahnya. Ianya palsu semata.

Saya jujurnya risau anda merosakkan nilai hijab dan wanita Islam dengan majalah ini. Yang cuma diberikan penekanan adalah kecantikan yang palsu. Saya merayu, tolonglah dengan sepenuh hati nilailah dan muhasabah majalah anda dan isi kandungannya. Kami perlukan majalah yang menaikkan iman kami, yang menjadikan kami Muslimah yang lebih bertaqwa dan disayangi Allah. Majalah yang membantu kami mengubati penyakit-penyakit hati kami, bukan majalah yang membawa mesej apa yang penting adalah rupa anda pada LUARAN, baju apa yang anda pakai dan cara anda mengikat tudung. Walahu’alam

Ikhlas,
Muslimah yang Risau




Nak Join? 
klik bawah ni.
Nota hati ke hati- Sebagai seorang wanita, perempuan dan muslimah yg mementingkan personaliti, mereka harus bijak mengkategorikan pakaian; pakaian menutup aurat untuk aktiviti luar, pakaian ketika sesama mahram dan pakaian untuk urusan dalaman.

Islam fleksibel dalam menentukan fesyen selagi tidak melanggari prinsip berpakaian.

Ada yang tersalah anggap, ramai muslimah lebih cenderung kepada pakaian 'arabic' bukan 'Islamik'


(AL-FATIHAH) RENTETAN PENGALAMAN DI HARI HARI TERAKHIR SITI HAJAR BINTI AHMAD SABIR

Ada satu masa,
Allah jentikkan hati kita dengan pelbagai perkara
kadang sakit sangat,
tapi sakit tu, buat hati kita kuat.

tanpa kita sedar, Allah sebenarnya sedang makbulkan doa-doa kita,
kita berdoa supaya dikuatkan Iman,
doa supaya kita dekat dengan Dia,
dan ujian-ujian inilah yang membuatkan kita makin cinta pada Allah.

kita orang beriman,
maka kita layak diuji.

Al-Fatihah.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt.


Alhamdulillah, segala puji-pujian dirafakkan kehadrat Allah swt.

Hasil penulisan ini sesungguhnya ditulis oleh ibunya yang tercinta, ibu kepada arwah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir (alfatihah). Semoga kita memperoleh manfaat yang besar dari perkongsian ini. Selamat membaca.


____________________________________________________________________

SITI HAJAR 

Hajar hidu bau wangi sebelum 'pergi'

Engkau bermula dengan sengsara
Dalam mencari bahagia
Terasa bagai bayang bayang
Gelap walau di suluh cahaya
Pepasir pantai pun berubah
Pabila HAKIKAT melanda
Ketenangan yang kau cari
Terpancar di lorong sufi
Kelunakan tangisan kasihmu
Dalam simpuhan ketaatan
Bagi mengharapkan keredhaan
Darimu TUHAN pencipta Alam
Sungguh agung pengabdianmu
Kau berjaya menjadi iktibar
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan kekasih Allah 

6 Jan 2013 (Ahad)
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.


7 Jan 2013 (Isnin)
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami tidak mencukupi’


8 Jan 2013 (Selasa)
Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.


9 Jan 2013 (Rabu)
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.


10 Jan 2013(Khamis)
Selepas Subuh tadi, kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.


Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.


11 Jan 2013 (Jumaat)
Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.
Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar .

Lawatan Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.
Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.


12 Jan 2013 (Sabtu)
Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.
Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.


13 Jan 2013(Ahad)
Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?
Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.


Takada rahsia lagi. Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkan nya, dia akan bersyukur. Pasti ade hikmahnya.


Malam itu, sedang saya membacakan ayat2 suci kepadanya, dia kata “Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?” Saya terdengar seruan bersahut2an dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti. “Orang azan kot” tingkah saya. Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur. Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?” “Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’


14Jan 2013 (Isnin)
Sebelah siang Hajar demam.Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.


Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun.SUBHANALLAH.


Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”. Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”Sesekali dia tersenyum manis. Kami tanyakan” kenapa senyum?” Dia jawab…”ada bau wangi sangat”.” Selalu ke akak terbau macam tu?”Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2 waktu sahabat ziarah” Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.


15 Jan 2013 (Selasa)
Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget - masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher” lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)


Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?


Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya.
Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.


Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.


16 Jan 2013(Rabu)
Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.


Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.


Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari Allah.


Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.


Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”


Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu. Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.


Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi, Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.
Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.


17 Jan 2013(Khamis)
Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan. Ultrasound pula diambil. Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.


Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.


Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa. “Akak, jgn bimbang, kita orang Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” . Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.


Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkat. Saya tanya , nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :” Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.” Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,” Angguk.Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk.Dalam termengah2 dia berkata”mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan” “ Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan menaikkan tekanan darah.


Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak katil Hajar ke ICU okid.


Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.


18 Jan 2013Jumaat)
Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.
Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja lagi 99% .Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.


19 Jan 2013 (sabtu)
Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.


Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.


Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.


Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.


Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir


20 Jan2013 (Ahad)
Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.


Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya


Hajar hidu bau wangi sebelum 'pergi'
Sabir menunjukkan gambar ceria Hajar yang diambil ketika berlajar di matrikulasi di Lendu, tahun lalu sambil diperhatikan Noraini dan anaknya, Muaz (kiri) dan Ahmad Syaqir (dua,

Minggu, 27 Januari 2013

UPDATED: William Yau Zhen Zhong Mungkin Didera?

Comel budaknya. Tapi apakan daya, nasib tidak menyebelahi William Yau Zhen Zhong (6 tahun), apabila ditemui mati dalam keadaan reput di Kampung Sungai Sireh berhampiran sebuah jeti di Pelabuhan Klang. Pelik? Bagaimana tubuh William Yau boleh tercampak jauh sejauh itu? 

Terkini, Ketua Polis Subang mengesahkan selepas keterangan 30 saksi, budak yang hilang iaitu William Yau mengalami gangguan fizikal dan mental selain masalah tekanan. Mangsa juga sering dipukul dan dimarahi ibu-bapa.
Gambar William Yau Misteri William Yau Zhen Zhong Hilang & Ditemui Mati di Sungai Klang. Terkini William Yau Mungkin Didera?
Kroniknye juga kes William Yau Zhen Zhong ini. Seawal umur 6 tahun sudah ada tanda gangguan mental dek kerana deraan ibubapa sendiri.
Sebenarnya, ada sedikit kesangsian yang kami perhatikan di awal-awal berita kehilangan William Yau ini di mana terdapat 3 kesan parut iaitu kesan luka di dahi, di kepala ada dua parut.


sekarang apa pandangan ahli politik seperti Lim Kit Siang? Masih lagi dengan pendirian yang sama?



Kronologi Misteri Kes William Yau

Semacam pelik pula meneliti kronologi kes William Yau Zhen Zhong ini.

Rumah di sekitar Shah Alam Selangor.
Pergi makan di sekitar Puchong
Akhir sekali, ibubapa William Yau ini pergi ke Putra Heights untuk melihat mesin baju.
Tinggalkan 3 orang anak kecil di dalam kereta? Tinggalkan anak kecil sendiri? Jenis ibubapa apakah ini?
Setakat ini tiada saksi yang nampak kelibat William Yau, hatta penjual burger berdekatan dengan kedai yang dikunjungi oleh ibubapa William Yau ini
Namum apabila diperiksa, tiada longkang besar berhampiran kedai elektronik di Putra Heights. Hakikatnya, longkang terdekat terletak di Kampung Bukit Lanchong (tidak jauh daripada tebing Sungai Klang) iaitu jarak 2km kedai elektronik tersebut


P/S : Jikalau dakwaan kes penderaan kes William Yau Zhen Zhong ini memang benar-benar wujud, adakah tragedi seperti ini telah pun dirancang daripada mula ataupun memang benar secara kebetulan?

-RIP William Yau Zhen Zhong -


Lupakan perdana menteri atau bekas perdana menteri kita. Mari contohi Presiden ini. Zuhud hidupnya menjadi tauladan kita.



Sebab dia bukan Islam, dia ni konfem masuk neraka kata para 'mereka' dan 'mereka' itu.... 
ye lah kan. tak kira zuhud tara mana, konfem masuk neraka punya sebab non-muslim. 

(sila baca dgn nada sarcastic)






Dialah Jose Mujica, presiden Uruguay dijuluki sebagai “el presidente mas pobre” yang bererti presiden termiskin. Ini disebabkan presiden yang berusia 77 tahun ini menyumbangkan hampir seluruh gajinya sebagai orang nombor satu untuk rakyat.


Kepada surat khabar Sepanyol, El Mundo, Jose Mujica mengaku menerima gaji sebesar USD 12.500. Namun ia hanya mengambil USD 1.250 dari gajinya. Alhasil ia pun dianugerahi gelar lain sebagai presiden paling dermawan di dunia.

“Saya baik-baik saja dengan jumlah itu, keraa di Uruguay banyak yang hidup dengan penghasilan yang penghasian yang jauh lebih sedikit dari itu.” tuturnya merendah.

Seperti yang dilansir oleh Yahoo, Jose Mujica juga mengajak isterinya yang merupakan seorang senator untuk melakukan hal yang sama.

Jose Mujica tinggal di rumah pertanian di Montevideo. Selama dirinya menjadi presiden, pengeluaran terbesar yang pernah ia keluarkan adalah pembelian sebuah kereta Volkswagen Beetle, senilai USD 1.945.

Hal positif lain yang patut ditabik di masa kepemimpinan Mujica adalah tingkat korupsi yang paling sedikit di antara negara di benua Amerika Selatan. Lelaki yang merupakan mantan pejuang gerila ini sama sekali tidak memiliki akaun bank ataupun hutang. Meski begitu ia mengaku memiliki satu hal berharga yang tidak boleh dibeli oleh wang, iaitu anjingnya, Manuela.

Diketahui, Jose Mujica bukanlah presiden pertama yang menyumbangkan gajinya. Presiden AS John F. Kennedy, menyumbangkan gajinya, hal serupa juga dilakukan Presiden Herbert Hoover.

Selayaknya hal ini patut di contoh bagi para pemimpin di dalam negeri kita. Pemimpin yang benar-benar mengabdikan diri dan kekayaannya untuk rakyat. Bukan hanya untuk kekuasaan dan harta.

Lupakan perdana menteri atau bekas perdana menteri kita. Mari contohi Presiden ini. Zuhud hidupnya menjadi tauladan kita.

TG.Nik Aziz sambut ulangtahun kelahirannya ke-82 bersama Karpal Singh di Pulau Pinang.

Satu sisi - isu yang timbul seperti kalimah Allah, hudud, murtad dipertahankan dengan tegas oleh PAS. Perbezaan pendapat dengan DAP, PKR adalah hal teknikal yang boleh diselesaikan. Rundingan dan toleransi berjalan.

Satu sisi lagi - tok guru dan orang kafir bersubahat demi mengekalkan kuasa dan merampas Putrajaya.

Anda melihat dari sisi mana dan berada di sisi mana? Atau hanya bermain dipinggiran?


Dalam satu perkembangan mengejutkan, mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengunjungi pengerusi DAP Karpal Singh di Pulau Pinang.

Nik Aziz tiba di kediaman Karpal pada kira-kira jam 3 petang dan meluangkan masa selama 20 minit di kawasan yang meriah dengan sambutan Thaipusam, di Jalan Scotland.

Dalam kunjungan itu, Nik Aziz turut memotong kek sebagai tanda ulangtahun kelahirannya ke-82, sambil disaksikan pemimpin DAP, PAS dan PKR.

Karpal yang gembira dengan kehadiran Nik Aziz itu berkata beliau terkejut kerana pemimpin PAS itu tiba 30 minit lebih awal.

"Kehadirannya memberi mesej yang kuat bahawa kesatuan kami tetap utuh walau dengan apa yang telah berlaku.

"Kami memahami dan menerima perbezaan antara satu sama lain," katanya.-malaysiakini

kisah sepenuhnya DISINI

Tahaluf Siyasi revisited #1 - Islam juga mengiktiraf hubungan selain daripada hubungan aqidah diantaranya hubungan kerabat (saudara-mara) dan hubungan kemasyarakatan. Dalam al Quran Allah menyebut Nabi Nuh, Nabi Luth, nabi Hud, nabi Soleh sebagai saudara kepada kaumnya yang kafir. [Fiqh Kenegaraan, ms 317, Yusof Qardhawi, 1996].

Kaum Nuh telah mendustakan para rasul. Ketika saudara mereka (Nabi Nuh) berkata kepada mereka: "Mengapa kamu tidak bertakwa? [as Syu'ara 26:106]

Kaum Luth telah mendustakan rasul-rasul, saudara mereka, Nabi Luth, berkata kepada mereka: "mengapa kamu tidak bertakwa?" [as Syu'ara 26:160-161]

Kaum Tsamud telah mendustakan rasul-rasul. Ketika saudara mereka, Nabi Shaleh, berkata kepada mereka: "Mengapa kamu tidak bertakwa? [ay Syu'ara 26:141-142]

Kaum 'Aad telah mendustakan para rasul. Ketika saudara mereka Nabi Hud berkata kepada mereka: "Mengapa kamu tidak bertakwa? [as Syu'ara 26;123-124]

Ayat-ayat ini menerangkan hubungan persaudaraan antara para Rasul dengan kaum mereka yang kafir. Tetapi persaudaraan disini bukanlah persaudaraan agama, ia adalah hubungan kemasyarakatan dan dakwah.

Prof. Tariq Ramadan didalam bukunya, In The Footstep of the Prophet (page 22) menulis, 'Islam tidak membina rujukan dalam dunia yang asing tetapi bergantung kepada prinsip-prinsip asas kemanusian sejagat yang bertindih dengan etika dan nilai murni dari fahaman agama yang lain (sama ada dari atheist, berhala/musyrik atau agama langit/samawi yang lain). Islam membawa mesej kemanusiaan, keadilan, mempertahankan maruah orang yang lemah, miskin dan yang ditindas. Nilai murni (moral values) yang ada pada manusia merentasi mana-mana ajaran agama.

Tiada agama yang menyatakan pencuri lebih mulia daripada pemberi sedekah.

Sanah Helwah Ayah.

Sabtu, 26 Januari 2013

Sebijak-bijak Nabi Muhammad s.a.w , bijak lagi Najib.

Inilah bahana apabila terlampau membodek dan memuja pemimpin. Ahli politik walaupun perdana menteri atau bekas perdana menteri tidak wajar dijadikan contoh tauladan kerana uswatun hasanah kita adalah Rasulullah SAW.



Islam mengajarkan adil bukanlah samarata, tetapi kesesuaian meletakkan sesuatu pada tempat yg betul sehingga adakalanya ia dilihat seolah berat sebelah, namun itulah keadilan.

Islam mengajarkan lagi hikmah itu bukanlah berlembutan atau berkerasan semata, sehinggakan adakalanya kita terpaksa melakukan apa yg "tidak sepatutnya". Kekasaran dibalas dengan senyuman.

Jika diistilah adil itu balasan samarata, penduduk Thoif sudah hancur ditimpa bukit bukau, namun kerana hikmah jualah ramai mad'u yg terpikat kepada Ar-Rasul lalu memilih Islam sebagai jalan hidup.

"Allahumma solli wasallim alaik.."

Nota kaki- Setiap PM ada jasa mereka tersendiri. Tunku memberi Singapura kepada Lee Kuan Yew, Najib memberi Tanjung Pagar kepada Singapura, dan ada juga yang memberi IC kepada pendatang. Macam-macam ada.

Salam Hujung Minggu Buat Semua.

Kisah Gadis Cina.

Peoples keep asking me, why do I have a high interest in making a feminism issue as my common talk.
This is one of thousands reasons.

Jangan pernah menghukum orang lain dengan agama jika anda sendiri tidak cukup mengamalkannya.

Jangan pernah melihat wajibnya penerimaan wanita ke atas poligami yang harus jika anda sendiri tidak merasakan wajibnya solat berjemaah di masjid yang merupakan sunnah terbesar baginda s.a.w.

Jangan pernah menghukum non-muslim yang tidak mengerti tentang Islam, jika anda sendiri jahil dan tidak menghargai deen anda sendiri.

Sudahkah kita benar-benar muslim? yang sejahtera dan mensejahterakan makhluk sekeliling?

Jumat, 25 Januari 2013

Nasi lemak juga ada unsur illuminati ??




Nasi lemak juga ada unsur illuminati ??


Astagfirullah,

bertaubatlah bangsa Melayu. 

Jangan bersekongkol dengan Dajjal.


Mungkin Jodohnya Dengan Kematian.

sumber dr gugel


Semalam, dalam kereta umi seperti mengingatkan anak perempuannya tentang jodoh. Dimana saya bercerita dengannya, "Umi, ada seorang kakak ni lawaaaa sangat. Tapi tak kawin lagi. Umurnya dah 30 tahun. Alim, baik, dah macam macam usaha dia cuba umi, tapi masih satu pun macam tak datang melamar. Dia sangat gagah tau umi." Umi hanya mampu tersenyum. Ayah juga.


Saya hairan. Kenapa?


Lalu umi kata,


"Mungkin jodohnya dengan kematian."


Terkedu. "Maksud umi? Dia dah nak meninggal?"


"Bukan la kakngah. Maksud umi, mungkin jodohnya yang ditetapkan oleh Allah tu sudah bertemu dengan kematian. Atau mungkin belum, tetapi hampir kepada kematian. Allah "simpan" dia. Mungkin kalau dia kawen, dan husbandnya meninggal, dia menjadi seorang perempuan yang lupa pada Allah? Sebab angah kata dia alim kan? Mungkin dia terlampau sayang dan tak boleh terima?


Allah boleh je kawin kan diorang, tapi kan Allah kata, Allah kasi ujian kepada hambaNya yang mampu sahaja. Mungkin dalam soal ini, Allah tahu dia tak mampu nak tanggung. Jadi, Allah kasi dia ujian lain, dengan tak kahwin. Sekarang ni, umi nak tanya angah. Angah sanggup hilang orang yang angah sayang, atau angah sanggup tak kawin, dan tak hilang sesiapa pun yang angah sayang?"


Saya diam. Tak jawab. Sudah tentu saya pilih tak kawin, dimana saya tak hilang sesiapa.


Oh, jadi sekarang saya faham, kenapa makcik umrah tu tak kawin, dan Allah tarik rasa nak kawin dekat dia. Ya, baru saya faham..


Saya baru faham juga kata-katanya tentang, "mungkin jodoh makcik dengan kematian" Waktu tu saya fikir, memang makcik ni nak tunggu kematian. Rupanya, maksud dia lain. Oh, ya. Baru saya faham sekarang ni.


Lalu umi sambung, "jadi jangan berharap sangat untuk bertemu jodoh. Bukan umi cakap, jangan tak fikir langsung fasal jodoh, tapi jangan terlampau "gila" kan tentang penemuan jodoh. Serahkan pada tanganNya. Menjadilah yang solehah. InshaAllah, kalau ada jodoh dan rezeki itu, datang jugalah ia kepada kamu.


Remaja zaman asyik fikir tentang jodoh, kahwin awal seronok. Tak pula diorang nak fikir, mati awal tu macam mana? Hish. Takut umi. Kalau anak-anak umi meninggal awal, entah apa yang hendak diorang persembahkan kepada Allah. Jodoh dengan kematian itu sayang, sama tarafnya.


Tapi dalam memikir soal jodoh, kematian itu juga harus selari. Kerana jika hanya fikir tentang soal jodoh, kemana pula persiapan akhir kamu kelak? Jodoh takde takpe, amal takde macam mana pula? Ingat tu. Jodoh tu, orang kata "bonus" kepada setiap hambaNya untuk tambah pahala lebih lebih bagi wanita. Tapi amalan? Ia sendiri sendiri, sayang"


Saya diam. Betullah.


Kita ni, asyik nak jodoh jodoh, kawin kawin. Kalau dalam Luh Mahfuz tu, pasangan saya tu ajalnya awal, maka saya punya jodoh tiada. Sebenarnya ada, cuma Allah tarik awal. Maka, takkan sepanjang hayat saya nak tunggu jodoh turun dari langit? Sedangkan "dia" yang Allah hantarkan tu sudah bertemu awal dengan PenciptaNya?


Muhasabah.


Fikir jodoh itu, haruslah selari dengan fikir akan kematian kita. Baru baru ini, kawan rumate saya meninggal, saya diam sendiri. Muda. Tak kawin. Amal? Bagaimana? Allahu~


Baiklah, mari. Kita persiapkan diri, persiapkan amal. Untuk bertemu Allah, dan bertemu jodoh. Perispkan diri untuk menjadi yang lebih baik, tambah yang lebih hebat. Topup mana mana yang lompong.


InshaAllah dalam persiapan hendak menemu Dia, sekaligus dalam menjadi baik, Allah hantarkan pula seseorang untuk berada di sisi. InshaAllah! Tapi jika takdir bahawasanya jodoh itu tiada, maka dimohon supaya redha itu mendahului, inshaAllah.

****

"Marriage is a long time commitment to practice loving someone even when you feel they don't necessarily deserve it." -Half Our Deen-

Komitmen sepanjang hayat.

scary tak?

sebab itu Islam menekankan pemilihan calon yang soleh/solehah who deserves to be loved.
Insya Allah..jangan risau sangat..perkahwinan bukanlah sesuatu yang menyeramkan.. think positive..ia adalah lubuk pahala buat suami dan isteri..peluang Allah bagi secara special khas untuk orang berkahwin..macam beli barang pada harga 50% dan orang belum berkahwin tak jadi ahli lagi..


Solat orang yang berkahwin dan orang yang belum berkahwin tidak sama pahala dia..yang ana faham, ganjaran Allah untuk orang yang berkahwin tidak sama dan lebih banyak dari orang yang bujang trang tang tang.


Ertinya : Yang paling rugi di antara kamu ialah orang yang tidak berkeluarga ( bujang ). Dua rakaat yang dilakukan oleh orang yang sudah berkeluarga itu adalah lebih baik daripada 70 rakaat yang dilakukan oleh orang yang belum berkeluarga . (Tapi ulama hadis mengatakan hadis ini Palsu)


Hadis yang sohihnya ada beberapa:

1. Rasulullah SAW bersabda: "Solat berjemaah itu lebih afdhal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27 darjat." (HR Bukhari dan Muslim)

2. Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang solat berjemaah kemudian duduk berzikir hingga terbit matahari kemudian solat 2 rakaat (sunat dhuha) maka ia akan mendapat pahala haji dan umrah yang sempurna." (HR Tirmidzi)

3. Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang berjalan untuk solat fardhu maka pahalanya seperti orang yang mengerjakan haji dan jika ia berjalan untuk solat sunat maka pahalanya seperti orang yang mengerjakan umrah sunat." (HR At-Tabrani)


notakaki- Agak membosankan apabila log in fb, menjela panjang di news feed, status-status kahwin.
Malu apabila membaca status-status muslimah yang 'menunggu cinta', 'menunggu yang soleh', 'layakkah aku untuk dia?' dan lain-lain

Desperate sangatkah?

*Allah telah susun yang terbaik. Jika belum tiba lagi saatnya, penuhi dengan pengislahan diri.

Ini tidak, asyik menulis tentang cinta dan kahwin, tetapi panas baran, kepala angin dan ego tidak reti untuk diubah-ubah.

post ini umum. Harap maklum.


WHEN YOU HAVE A HATER

OTHER PEOPLE.


ME.

OKBAI.

Kamis, 24 Januari 2013

Mari menghasut. Marilah, supaya tragedi 13 May berulang kembali.

Orang Melayu memang suka buli bangsa lain kerana mereka sombong bahawa Tanah Melayu ini mak bapa mereka yang punya. Kalau boleh, mereka mahu bunuh bangsa-bangsa lain di Malaysia. Mari menghasut. Marilah, supaya tragedi 13 May berulang kembali.

baca sini Police murdered security guard

ini Penjelasan dari Polis Diraja Malaysia.




Enough of this police brutality.(Sigh)... Still Malays are dreaming that their race is the only ethnic in Malaysia. This denial not only makes them unaware of the pluralistic society but also causes them to reject harmony and peaceful engagement between the societies.

In the end, people will always said, 'kalau you tak suka, balik lah ke India atau China atau pergi ke negara lain.'

Very racist indeed! And the sad thing is that this insular agenda has an Islamic flavour to it now.

Selamanya manusia tidak boleh jadi neutral kerana disaat penindasan dan kezaliman berlaku, menjadi neutal adalah munafiq. I am sorry to say this. Why do we bother so much about apartheid and quote our country is much better whereas the racial tension is apparent? 

Yes, we are slightly better than Abu Jahal and Abu Lahab.


Jangan buka cerita lama. Biarkan ia berlalu.


lepaskan dosa-dosa silammu, bina diri kamu yang baru;

Allah tak memandang siapa kamu yang dulu;
seribu kali bangkit, sejuta kali rebah, BANGUN, baharui jiwa kamu!

“Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: HambaKu melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya –dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya-. 

Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya–dalam riwayat yang lain ditambah: aku ampunkan dosanya-. 

Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hambaKu ini, buatlah apa yang kau mahu aku ampunkan engkau”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hidup ini kebetulan yang direncana,
Kerna kita tidak tahu,
Apa yg Allah tahu...

Dimanakan ku cari ganti,
Serupa dengan-mu;
Jika ditakdir bertemu nanti,
Biarlah syurga tempat bertamu.

"Allahumma solli wasallim alaik.."

TAMPAR MAHASISWA- kes pegawai UMNO Mesir yang samseng dan jahat.

Photo: Kepada mana-mana mahasiswa-mahasiswi yang setuju dengan cadangan ini marilah sama-sama kita SHARE dan LIKE post ini.Mahasiswa Islam bukan alatan mainan untuk ditampar sesuka hati.Kita ada maruah dan harga diri yang wajib dipertahankan.Apatah lagi maruah kita diinjak-injak oleh UMNO laknatullah.Kome suke ke UMNO mainkan kome???.  Cadangan dari seorang pengunjung Boikot Pegawai Kedutaan & EME Mesir yang cintakan kebangkitan mahasiswa Islam.Beliau memberi cadangan seperti berikut :-  Assalamualaikum.. Bismillahirahmanirrahim..  Pukul memukul bukan budaya ISLAM. Tampar menampar pun bukan budaya ISLAM. ISLAM menghadkan individu tertentu kepada individu tertentu untuk mentarbiah dengan cara memukul seperti didikan ayah terhadap anaknya. Tetapi yang berlaku kepada pelajar Perak ini yang ditampar oleh Pegawai Perak En. Muhaimin bukan sesuatu yang dianjurkan ISLAM. Ianya menambahkan bencana dalam pergaulan ISLAM. Bahkan membawa kepada unsur pergaduhan dan permusuhan serta perpecahan sesama ISLAM. Jadi saya amat tidak setuju dengan tindakan BODOH Pegawai Perak ini (maaf kasar bahasa). Saya cadangkan mahasiswa Mesir membuat perhimpunan umum yang melibatkan semua mahasiswa/wi Malaysia di Mesir agar membantah tindakan Pegawai Perak ini serta menyeru kerajaan Perak menggantikan secepat mungkin pegawai baru atau tidak usah lagi menghantar pegawai jika ini adalah 'hasil' keberadaan pegawai. (Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap). Hidup Mahasiswa Islam!




Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Segala puji bagi Allah S.W.T yang memberikan nikmat hidup bagi menyempurnakan amanah sebagai hamba. Selawat dan salam kepada junjungan besar nabi Muhammad S.A.W yang memandu manusia ke jalan yang benar bagi mengikuti perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya.


Perjuangan menegakkan agama Allah SWT adalah satu tugas yang mencabar, memerlukan kepada kesabaran. Pengorbanan pula adalah sangat-sangat dituntut. Dan perjuangannya penuh dengan mehnah dan tribulasi.


Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah S.W.T sekalian,


Pada 19 Januari 2013, kita telah dikejutkan dengan perilaku Pegawai Hal Ehwal Pelajar Perak Mesir, Encik Abdul Muhaimin bin Abdul Majid yang telah melakukan satu tindakan yang kurang profesional bermula dengan mengunci surau Wisma Darul Ridzuan B dengan tanpa ada apa-apa perbincangan.


Perkara ini disedari apabila beberapa orang pelajar yang ingin mengadakan mesyuarat di tempat tersebut mendapati pintu surau telah dikunci. Setelah gagal mendapat respon yang baik dari pihak HEP Perak, beberapa orang pelajar terpaksa mencari inisiatif lain bagi membuka pintu tersebut dengan baik.


Setelah beberapa minit mesyuarat dijalankan, secara tiba-tiba pegawai HEP Perak bertindak dengan menghalau semua ahli mesyuarat daripada menggunakan surau tersebut. Dengan tindakan tersebut, dua orang pelajar yang juga merupakan AJKT KPIPM terus berjumpa dan cuba berbincang dengan memohon penjelasan daripada beliau di pejabatnya.


Setelah perbincangan dilakukan, Pegawai HEP tidak dapat memberikan alasan yang munasabah bagi menyokong tindakan yang beliau lakukan. Namun, perkara amat dikesali adalah apabila ketika perbincangan tersebut, beliau gagal menunjuk akhlak dan syakhsiah sebagai seorang pegawai yang professional.


Setelah itu, kedua-dua pelajar tersebut mengambil keputusan untuk beredar dari pejabat HEP tersebut. Dengan secara tiba-tiba beliau sekali lagi melakukan tindakan yang tidak sesuai sebagai seorang pegawai dengan keluar daripada pejabatnya dalam keadaan beremosi dan memarahi kedua-dua pelajar tersebut.


Dengan tidak semena-mena beliau menampar salah seorang daripada pelajar tersebut tanpa menyatakan sebarang sebab. Setelah itu, pelajar tersebut terus beredar daripada Wisma Darul Ridzuan B.


Rentetan daripada itu, saya selaku Yang Dipertua KPIPM mengambil tindakan dengan berjumpa sendiri pegawai HEP Perak bagi mendapatkan maklumat sebenar. Di dalam perjumpaan tersebut beliau sendiri menyatakan bahawa beliau memang memukul pelajar tersebut. Namun yang mendukacitakan adalah tiada sebarang permohonan maaf di atas kelakuan beliau.


Seluruh tindakan yang telah dilakukan oleh beliau itu, tidak sedikit pun menunjukkan beliau mempunyai kredibiliti serta moral sebagai seorang pegawai yang diamanahkan oleh pihak kerajaan. Ini juga tidak sehaluan dengan laungan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Laungan ini juga seperti dibakul sampahkan sekiranya laungan itu hanya retorik semata-mata.


Saya sebagai Yang Dipertua Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir melahir perasaan dukacita saya terhadap apa yang berlaku semalam. Kami sebagai mahasiswa di bumi Mesir ini ibarat dinafikan hak kami sebagai rakyat Malaysia apabila dilakukan sebegini rupa.


Harapan kami adalah, hak yang selama ini dicanang-canangkan kepada kami semasa menuntut ilmu di sini diberikan kepada kami. Mahasiswa berhak mendapat layanan yang baik dan tidak disekat sedemikian rupa.

Mari sama-sama kita teguhkan ukhuwah, satukan fikrah demi mencapai cita-cita dalam mendalami ilmu dan menjadi penyambung mata rantai perjuangan Rasulullah S.A.W.


BERILMU, BERAMAL, IKHLAS


MUHAMMAD HANIF BIN ABDULLAH
Yang Dipertua
Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2012/2013

 
Copyright © 2013 Insfirasi Wanita
Design by FBTemplates | BTT