infopaytren.com
BREAKING

Minggu, 17 Februari 2013

Apa silapnya? Gambar Anak Dato' Dr. Fazilah Kamsah Tersebar.


Terlajak perahu boleh diundur.

Kalau kita menjawab kritikan Dr Fadzilah Kamsah dengan menyebarkan gambar ahli keluarganya yang kurang sopan, tidakkan kita lupa bahawa Nabi Nuh juga mempunyai anak yang kufur. Begitu juga dengan isteri Nabi Luth.

Politik adalah tentang polisi dan visi. Bukan emosi.


Bukan semua orang harus ke medan politik, seperti mana bukan semua orang harus ke medan jihad. Perlu ada sebahagian orang yang melakukan check-and-balance supaya demokrasi kekal telus, tulus dan adil.

Dari sudut negatifnya, ummah sudah kehilangan kepercayaan seorang tokoh yang dihormati untuk memberi pencerahan dan melakukan islah kepada ummah.

Cuma saya berharap betul jika Dr Juanda Jaya dan Dr Asri bertanding atas tiket PKR, bukan PAS. Kerana kita tahu PAS bermasalah seperti PAS parti ayatollah, erdogan vs ulama, labelisma dalam PAS dan segala macam masalah yang tak selesai. Kemasukan Dr Juanda dan Dr Asri dalam PKR mampu memastikan survival orang Islam dalam PAS. 

Dunia ini demokrasi.

Namun kita masih ada Dr Abdul Basit Abdul Rahman, Dr Zaharuddin Abdul Rahman, Dr Zahazan, Dr Zulkifli al Bakri. Harap-harap mereka tidak masuk politik.

Foto Anak Fadzilah Kamsah Tersebar.


Siapalah yg memulakan edit dan share gambar keluarga Dato Dr. Fadzilah Kamsah tu. Dunia tanpa langit, menyesal sekarang pun dah beribu orang share dan tonton, payah nak hentikan penyebaran.

Kita (orang-orang menyokong PR) menentang UMNO dan BN bukan kerana dosa peribadi mereka. Mati la nak cari manusia yg bersih dari dosa baru boleh jadi pemimpin. Sia-sialah Allah hidupkan Iblis sampai kiamat. UMNO BN ditentang kerana mereka zalim pada hak rakyat, tak amanah pada kuasa. Bak kata Hilal Asyraf; paku benda ni dalam kepala.

sejujurnya saya masih ragu-ragu dengan gambar ini.

Mesejnya cukup mudah, jika ayah itu seorang yang beriman, belum tentu lagi anak-anaknya akan mewarisi apa yang dilakukan. Namun tidak mustahil berlaku jika si anak mendapat didikan yang betul daripada ayah dan ibunya.

Jawapannya mudah. Iman tak dapat diwarisi..

Lahirnya kita ke dunia dengan keadaan masih bersih tanpa dosa serta noda. Selepas itu segalanya bergantung pada corak didikan yang diberi oleh ibu bapa. Mahu mencorak anak menjadi orang yang beriman, dari awallah mulanya."Bagaimana pula jika didikan agama yang diterap oleh ibu dan ayah cukup hebat. Tetapi akhirnya anak itu menjadi murtad, ada kes sebegini berlaku di Malaysia.

Pernah dengar nama Nor Aishah Bokhari? Kisahnya di  SINI

Malahan ada pula pelajar sekolah agama yang berzina hingga melahirkan anak luar nikah. Kemudian dibuang merata bayi tersebut. 



Apa silapnya?"

Ada silapnya. Di mana- mana sahaja. Mungkin ibu dan ayah sudah memberi didikan agama yang cukup hebat kepada si anak, tetapi apakah mereka hanya mengajar tetapi tidak mendidik? Pengaruh persekitaran, apakah sudah diajar kepada sang anak. Melatih anak untuk berfikir secara hak dan batil. Jika dikatakan memberi pendidikan agama yang cukup hebat itu dari segi anak sudah pandai menghafal 30 juzuk al-Quran, dihantar anak ke sekolah pondok dan sebagainya, diberi segala macam input agama, tetapi outputnya bagaimana pula? Adakah berhasil jika kita hanya mengajar tetapi tidak mendidik secara telus, benar dan ikhlas. Kadang-kadang yang berlaku juga adalah salah satu bentuk ujian Allah untuk ibu bapa.

Ujian Dari Allah

Sebagaimana Iman itu tidak dapat diwarisi, begitu juga apa yang berlaku pada zaman nabi-nabi. Mari kita renung sebentar kisah mengenai Nabi Nuh, berdakwah hampir seribu tahun namun hanya sedikit yang beriman. Lalu diturunkan Allah bencana berupa banjir besar yang memusnahkan kaumnya yang ingkar dan salah seorang daripada mereka adalah anaknya sendiri.
(Mereka semua naik) dan bahtera itupun bergerak laju membawa mereka dalam ombak yang seperti gunung-ganang, dan (sebelum itu) Nabi Nuh memanggil anaknya, yang sedang berada di tempat yang terpisah daripadanya: "Wahai anakku, naiklah bersama-sama kami, dan janganlah engkau tinggal dengan orang-orang yang kafir". Anaknya menjawab: "Aku akan pergi berlindung ke sebuah gunung yang dapat menyelamatkan aku daripada ditenggelamkan oleh air". Nabi Nuh berkata: "Hari ini tidak ada sesuatupun yang akan dapat melindungi dari azab Allah, kecuali orang yang dikasihani oleh-Nya". Dan dengan serta-merta ombak itu pun memisahkan antara keduanya, lalu menjadilah ia (anak yang derhaka itu) dari orang-orang yang ditenggelamkan oleh taufan. [Surah Hud :Ayat 42-43]

Makanya ini sudah menjadi petanda kepada kita untuk mengetahui bahawa Iman itu bukan warisan.

Namun, itu adalah suatu bentuk ujian untuk hamba-hamba-Nya yang beriman. Masyarakat yang memandang pula tidak harus menghukum sedemikian rupa.

Mari  berprasangka Buruk.

"Eh, ustaz ni cakap serupa tak 'bikin'. Dia duk berdakwah dekat kita, tengok anak-anaknya teruk juga."

suara-suara sumbang sebegini yang sering berprasangka sudah menjadi satu penyakit dalam diri masyarakat dewasa kini.

Apa salahnya kita bersangka baik dengan berkata sebegini..

"Kasihan juga ustaz tu, sering berdakwah kepada masyarakat lain, namun anak-anaknya pula sedemikian. Mungkin dia sudah mendidik dengan yang terbaik dan ini adalah salah satu bentuk ujian untuknya."

Ingat, tidak akan berubah nasib sesuatu kaum kalau bukan kita yang mengubahnya sendiri. 

Bila mana kita sibuk mempertikaikan orang lain salah itu dan salah ini, hakikatnya kita telah mengurangkan masa kita untuk melihat di mana salah diri sendiri. Lama kelamaan bimbang segala apa yang diri sendiri lakukan semuanya dianggap betul walau hakikatnya salah. Sementara semua yang orang lain lakukan, dianggap salah.. Kena berhati-hati dengan hati.. 

Allahu musta'aan

notakaki- Saya kagum dengan Dr Halimah Ali (Exco Selangor). Dr Halimah memang cemerlang dalam menjaga portfolio pendidikan. Bahkan Dr Halimah cemerlang mentarbiah anak-anaknya. Semoga Allah permudahkan urusannya.

Doakan anda dan saya menjadi anak yang soleh dan solehah.

p/s- dari prof muhaya , Kalau kita degil dengan Allah takkan anak nak taat dengan kita??
ada sapa-sapa nak jelaskan?

Nabi Adam pun buat dosa sampai kena campak ke luar syurga. Anak Nabi Adam bunuh adik beradik sendiri. Nabi Musa pernah bunuh orang. Nabi Yunus lari dari dakwah. Apekejadah nak gelakkan dosa orang? Siyes tak paham *tarik tudung (sbb tarik rambut nanti org kata freehair)*

About ""

"BERBAGI ITU PENUH BERKAH" Silahkan beri komentar sesuai dengan tema postingan, dan saya akan segera berkunjung ke blog sobat,apabila postingan ini dianggap bermanfaat bagi teman-teman, silahkan sebarluaskan,"BILA TAK MAMPU BERBAGI KEBAIKAN, SETIDAKNYA JANGAN BERBAGI KEBURUKAN PADA YANG LAIN " Terimakasih.

Posting Komentar

 
Copyright © 2013 Insfirasi Wanita
Design by FBTemplates | BTT