infopaytren.com
BREAKING

Jumat, 08 Februari 2013

VIDEO: LUAHAN PERASAAN SHILA UNTUK SEMUA.


Wajah Shila ketika meluahkan perasaan sedihnya di Youtube.


PETALING JAYA: Stesen radio Hot FM pada pagi Jumaat berjaya menyiarkan ke seluruh negara pendedahan terbaharu penyanyi Shila Amzah yang meluahkan rasa sedih terhadap masalah yang berlaku melibatkannya, keluarga serta kekasih, Sharnaaz Ahmad.

Rakaman itu dipetik daripada laman Youtube yang dimuat naik oleh Shila yang antara lain turut menyatakan rasa rindu terhadap ibu bapanya
.
"Saya memohon maaf terhadap apa yang telah terjadi beberapa minggu ini. Saya juga merindukan ibu dan ayah," katanya.

Dalam rakaman itu Shila turut menangis teresak-esak.



Difahamkan, Shila kini sedang bersendirian di sebuah tempat bagi mencari ketenangan tanpa keluarga mahupun Sharnaaz.
Konflik hubungan cinta pasangan artis itu timbul apabila hasrat Sharnaaz, 27, untuk memperisterikan Shila, 23, ditolak oleh ND Lala.
Lebih memburukkan keadaan apabila usaha Sharnaaz untuk mengendurkan ketegangan menemui jalan buntu apabila bapa Shila itu dikatakan mengelak untuk berkomunikasi dengan aktor tersebut.
Pada malam Selasa lalu, Shila telah menghantar surat terbuka kepada media bagi menjelaskan konflik tersebut.
Malah dia turut meluahkan perasaannya menerusi Twitter tidak mahu terlalu dikongkong lagi oleh keluarganya

Sumber mStar Online

p/s- I trust that everything happens for a reason, even if we are not wise enough to see it. 

About ""

"BERBAGI ITU PENUH BERKAH" Silahkan beri komentar sesuai dengan tema postingan, dan saya akan segera berkunjung ke blog sobat,apabila postingan ini dianggap bermanfaat bagi teman-teman, silahkan sebarluaskan,"BILA TAK MAMPU BERBAGI KEBAIKAN, SETIDAKNYA JANGAN BERBAGI KEBURUKAN PADA YANG LAIN " Terimakasih.

Posting Komentar

 
Copyright © 2013 Insfirasi Wanita
Design by FBTemplates | BTT