Kisah Fizz masih belum temui jalan penghujung walaupun semalam, suami kepada bekas tunangnya yang hanya ingin dikenali sebagai Ramli tidak menyalahkan pelakon itu dalam hal ini.
Ceritera ini bertambah panjang apabila bekas tunang Fizz yang bernama Azlyn Massiela turut tampil ke depan dengan menyatakan bahawa Fizz berbohong dna dia langsung tidak pernah berkahwin sebelum ini.
Ceritera ini bertambah panjang apabila bekas tunang Fizz yang bernama Azlyn Massiela turut tampil ke depan dengan menyatakan bahawa Fizz berbohong dna dia langsung tidak pernah berkahwin sebelum ini.
Dalam laporan BERITA HARIAN hari ini, Fizz menyatakan bahawa Azlyn sudah mengakui bahawa dia pun sudah berkahwin menerusi perbualan telefon sebaik saja bekas tunangnya itu mengetahui bahawa dia sudah pun berjumpa dengan Ramli.
"Selepas bertemu lelaki itu (Ramli), saya bercakap dengan Azlyn. Saya tidak marah, walaupun hati saya kecewa. Azlyn seperti terkejut apabila rahsianya itu telah terbongkar. Azlyn mengakui berkahwin dengan lelaki itu, tetapi caranya, seperti tiada apa-apa, seperti perkahwinan itu tidak sah. Mana boleh, berkahwinlah di hujung dunia sekalipun, pernikahan mereka tetap sah di sisi agama.
"Cuma mereka perlu daftar dalam negara untuk mendapat sijil kahwin yang sah. Namun, perkahwinan mereka tetap sah walaupun tidak didaftarkan," kata Fizz.
Mengambil keputusan untuk tidak menjelaskan lebih panjang, Fizz memberitahu peristiwa yang berlaku ini melibatkan maruah diri dan keluarga.
"Saya tidak mahu komen panjang lebar soal ini kerana saya tidak mahu terus mengaibkan Azlyn dan keluarganya. Tetapi saya perlu menjawab persoalan ini kerana saya tidak mahu terus dituduh sebagai penipu dan menganiaya hidup orang.
"Saya bercakap benar kerana ini soal maruah saya dan keluarga," ujar Fizz Fairuz yang turut berkata Azlyn Massiela memberi alasan dia dilarikan dan terpaksa berkahwin dengan usahawan itu.
Dalam akhbar HARIAN METRO hari ini melaporkan, Ramli mengakui Azlyn Massiela Mohd Nazar, 26, adalah isteri keduanya yang dinikahi di Selatan Thailand serta memiliki bukti kukuh terhadap perkahwinan tersebut.
"Bukti surat nikah di Thailanda ada, tapi saya enggan mendedahkan kerana keadaan semakin rumit. Saya juga sudah memberikan salinan kepada Fizz. Untuk mendapatkan kepastian perkahwinan terbabit, berjumpalah kedua ibu bapa Azlyn kerana pada awal pernikahan, mereka mengetahui status sebenar," katanya.
Kenapa Usahawan (Ramli) Bergelar Datuk Tak Tunjuk Muka?
Pengakuan Ramli dibuat selepas Azlyn menafikan status isteri ketika bertunang dengan Fizz Fairuz dalam akhbar Berita Harian, semalam.
Sementara itu, Ramli menyatakan bahawa dia belum bersedia bertemu media sebaliknya meminta Azlyn bertemunya terlebih dahulu.
"Dalam kemelut ini, saya menyedari ketiga-tiga pihak mempunyai kesalahan masing-masing dan berharap ianya tidak dipanjangkan.
"Insya-Allah, saya tahu hukum syariah dan adat Melayu atau enakmen agama berkaitan nikah dan kahwin," jelasnya.
Apapun, Azlyn dan Fizz ketika dihubungi tidak menjawab panggilan atau membalas SMS.

Azlyn isteri yang sakit'!
Tergamak dia menuduh 'isterinya' sendiri hilang ingatan? Kalau betul begitu, kemukakanlah bukti yang mengatakan 'isterinya' mempunyai masalah tersebut!
Orang kata berani kerana benar, takut kerana salah...Kalau betul sudah mengahwini Azlyn apa salahnya muncul di hadapan semua orang dan kemukakan dokumen perkahwinan tersebut. Mana tahu, itu sedikit sebanyak dapat membantu memulihkan semula kembali ingatan Azlyn...kan?
Bukan nak sebelahkan sesiapa dalam perkara ini, tetapi fikirkanlah keluarga Azlyn mesti sedang menanggung malu. Kasihan pada mereka, kerana perkara ini melibatkan maruah.

p.s- Jangan pernah biar diri diperguna, diperbodohkan oleh orang lain. Hormati diri sendiri dan orang lain.
Posting Komentar