infopaytren.com
BREAKING

Jumat, 08 Februari 2013

PESAKIT SLE:Suami reda pemergian isteri yang baru seminggu dikahwini.

Shahrul Azmi

Genap seminggu usia perkahwinan, seorang suami terpaksa reda apabila isterinya yang mengidap penyakit SLE setahun lalu meninggal dunia, semalam.

Shahrul Azmi Jailan, 24, yang melangsungkan perkahwinan dengan Nor Farida Nor Azman, 24, Sabtu lalu menerima kenyataan bahawa isterinya kini sudah tiada.

“Malam semalam, arwah isteri berpesan kepada saya supaya jaga diri, jaga ibu dan ayah.

“Pada mulanya saya tidak mengesyaki apa-apa, sehinggalah pada jam 4.30 pagi semalam, arwah mengalami sesak nafas,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Balok Pine, di sini.

Shahrul berkata, melihat keadaan isterinya semakin teruk, dia ke hospital swasta sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Bagaimana pun, arwah menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 6.30 pagi, semalam.

Bercerita mengenai penyakit arwah isteri, Shahrul berkata, dia yang mengenali arwah sejak tujuh tahun lalu mengetahui keadaan kesihatan isterinya.

“Arwah memberitahu saya mengenai penyakit yang dihidapinya selepas kami bertunang hujung tahun lalu.

“Ketika itu, saya menerimanya dengan hati terbuka dan tahu tentang risiko yang mungkin terjadi,” katanya.

Shahrul berkata, pemergian isterinya itu menyebabkan majlis sambut menantu yang dirancang Sabtu ini (esok) di Lanchang, Temerloh terpaksa ditukar kepada majlis tahlil.

“Apa pun, saya reda kerana dia sangat menderita dengan penyakit yang dialaminya, malah semasa majlis perkahwinan kami Sabtu lalu, keadaan arwah sangat lemah,” katanya yang masih bercuti.

Sementara bapa arwah, Nor Azman Hussain, 53, berkata, anak kedua daripada empat beradik itu dikesan mengidap penyakit SLE setahun lalu sebelum serius tiga bulan lepas.

Nor Azman berkata, keadaan arwah anaknya semakin teruk apabila mengalami demam panas dan sakit sendi sehingga tidak mampu bangun.

“Keadaan arwah bertambah teruk apabila penyakit itu menyerang buah pinggang, namun sebagai bapa, saya pasrah dengan takdir.

“Saya harap menantu saya kuat semangat menerima keadaan ini,” katanya.

Jenazah Nor Farida selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Balok selepas Zuhur.

sinar

Al-fatihah.

Apakah SLE? 

SLE atau nama panjangnya Systematic Lupus Erythematosus.
Ia terjadi akibat kecelaruan sistem ketahanan tubuh badan atau rangkaian sel dan organ yang bertindak melindungi tubuh daripada serangan benda asing. Sistem ketahanan tubuh badan akan menghasilkan antibodi apabila ia mengesan mikroorganisma kuman yang masuk ke dalam tubuh. Antibodi ini akan bertindak mempertahankan tubuh daripada serangan jangkitan kuman berkenaan. Bagi pesakit SLE antibodi yang dihasilkan untuk melindungi tubuh badan ini sebaliknya menyerang sel-sel tubuh sendiri. Mana-mana organ dalam tubuh pesakit boleh diserang, menyebabkan pesakit menunjukkan gejala yang berbeza-beza apabila melibatkan ke semua organ terutama sendi, buah pinggang, kulit, sistem darah dan sistem saraf.

Adakalanya doktor sukar mengesahkan penyakit ini kerana wujudnya unsur-unsur penyamaran. Misalnya salah satu siptomnya ialah sakit sendi sedangkan ada banyak lagi penyakit lain yang turut menyebabkan sakit sendi dan untuk mengesahkan pesakit ini, pesakit yang sudah menampakkan siptom perlu menjalani ujian darah antinuklear antibodi.
Pesakit SLE biasanya terdiri daripada wanita yang berumur 20 - 40 tahun. Mereka biasanya mengalami kesakitan sendi dan kulit namun masalah ginjal iaitu bengkak kaki sebab kehilangan protein melalui ginjal turut berlaku. Nisbah adalah 9 wanita kepada 1 lelaki dan lebih kurang 90% penghidap SLE adalah wanita. Ia mungkin ada kaitan dengan estrogen. Walaubagaimana pun, ia sukar disahkan dalam masa yang singkat, penyakit ini bukanlah penyakit keturunan kerana peratus kebarangkaliannya agak rendah dan penurunan penyakit SLE ini melalui ibu ke anak walaupun berlaku tetapi agak jarang.

Pesakit SLE dirawat dengan menggunakan ubat-ubatan yang boleh mengawal sistem imun badan. Kebanyakan ubat yang diberi adalah ubat stereoid yang bertindak mengawal SLE. Akan tetapi penggunaanya perlu dikawal kerana kesan-kesan sampingan yang tidak diingini terutama penggunaannya yang banyak dan lama. Pesakit juga akan dirawat dengan ubat-ubatan pengawalan sistem imun yang lain supaya dos steroid ini akan dapat dikurangkan. Proses kehamilan pesakit SLE hanya dibenarkan jika pesakit SLE dapat dikawal.

Antara gejala-gejala SLE
  • ruam pipi (malar rash)
  • ruam merah pada kulit (discoid rash)
  • peka terhadap cahaya (photosensitivity)
  • luka sekitar mulut (oral ulcers)
  • artitris (radang sendi)
  • radang pada selaput sereus (serositis)
  • kelainan pada ginjal (renal disorder)
  • kelainan fungsi saraf (neurologic disorder)
  • kelainan darah (hematologic disorder)
  • kelainan pasa sistem kekebalan tubuh (immunologic disorder)
kredit : kak Hadha.

About ""

"BERBAGI ITU PENUH BERKAH" Silahkan beri komentar sesuai dengan tema postingan, dan saya akan segera berkunjung ke blog sobat,apabila postingan ini dianggap bermanfaat bagi teman-teman, silahkan sebarluaskan,"BILA TAK MAMPU BERBAGI KEBAIKAN, SETIDAKNYA JANGAN BERBAGI KEBURUKAN PADA YANG LAIN " Terimakasih.

Posting Komentar

 
Copyright © 2013 Insfirasi Wanita
Design by FBTemplates | BTT