infopaytren.com
BREAKING

Rabu, 13 Februari 2013

VIDEO VERSI YES UNTUK BN TERSEBAR DI YOUTUBE.

Video versi YES TO BN tersebar

Hairan... Setelah pulang dari Gaza, ingatkan dia terkesan dengan penderitaan dan kesengsaraan penduduk di sana. Tetapi semakin menjadi-jadi pula pembaziran yang dilakukan sehingga sanggup mengundang Psy untuk menari tarian jahanam sytle.Ingatkan dia masih ada ihsan, rupa-rupanya masih tak keruan.


KUALA LUMPUR, 13 Feb — Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang percaya musuh mereka telah menghantar pensabotaj untuk menggangu sambutan Tahun Baru Cina mereka yang di hadiri oleh Perdana Menteri, lapor Sinar Harian hari ini.
Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow berkata, beliau percaya percaya kumpulan melaungkan perkataan “No” (tidak) ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertanyakan kepada orang ramai “Are you ready for BN” (adakah kamu bersedia bersama BN) adalah kumpulan dihantar untuk merosakkan majlis dan memberikan persepsi BN ditolak orang ramai.
“Bukan semua yang hadir melaungkan ‘tidak’,” kata Teng dipetik dari akhbar berbahasa Melayu itu hari ini. “Kita ada rakaman video yang menunjukkan sebahagian besar pengunjung melaungkan ‘ya’ apabila perdana menteri bertanyakan soalan itu beberapa kali.
“Saya percaya mereka dihantar untuk sabotaj rumah terbuka yang kita anjurkan ini dan kita dapati ada beberapa pengunjung yang hadir turut memakai baju seperti yang disarankan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.”
Beliau menambah sekiranya kumpulan yang melaungkan perkataan “tidak” itu adalah ahli mahupun penyokong BN, ia adalah satu perkara yang membimbangkan.
Sebaliknya penyanyi sensasi pop global dari Korea Selatan Psy, menerima sambutan hangat dengan tarian “Gangnam” terkenalnya.
Video jeritan “tidak” kepada Najib dan “ya” kepada “Psy” tersebar luas di Internet, mengundang persepsi BN mungkin tidak disokong pengundi Pulau Pinang dalam pilihan raya akan datang.
BN diperintah oleh Gerakan selama hampir empat dekad sebelum jatuh kepada pakatan pembangkang pada Pilihan Raya 2008.
Lim Guan Eng dari DAP diangkat sebagai Ketua Menteri dinegeri yang dilihat kini sebagai kubu kuat PR.
sumber 



notakaki- Ambil pengajaran daripada kata ' Arzalil 'umur' (PIKUN @ NYANYUK @ KEBURUKAN HARI TUA)yang diterangkan dalam A-Hajj ayat 5 :

Rasulullah SAW berdoa agar Allah SWT menyelamatkan Baginda daripada umur yang tua pikun ini dan dimakbulkan oleh Allah SWT.Rasulullah SAW diwafatkan pada usia 63 tahun (mengikut kiraan tahun syamsiah tetapi dalam kiraan umur Qamariah umur Rasulullah SAW ketika wafat ialah 60 tahun).

Apa DOA baginda..?

" Aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan pada pagi ini dan kejahatan sesudahnya. Ya Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat malas dan KEBURUKAN HARI TUA. Ya Tuhanku, aku berlindung kepadaMu daripada seksaan neraka dan seksaan kubur." ~ al Mathurat~

About ""

"BERBAGI ITU PENUH BERKAH" Silahkan beri komentar sesuai dengan tema postingan, dan saya akan segera berkunjung ke blog sobat,apabila postingan ini dianggap bermanfaat bagi teman-teman, silahkan sebarluaskan,"BILA TAK MAMPU BERBAGI KEBAIKAN, SETIDAKNYA JANGAN BERBAGI KEBURUKAN PADA YANG LAIN " Terimakasih.

Posting Komentar

 
Copyright © 2013 Insfirasi Wanita
Design by FBTemplates | BTT