Perbaiki diri anda,tetapi jangan jatuhkan orang lain.
Syurga itu dipenuhi dengan orang yang lemah,merendah diri,susah dan sentiasa diuji.
Sejauh mana kita mengenal Allah,Sejauh itulah kita mencintai Allah
Ilmu dan agama itu selalu sepakat, tetapi ilmu dan iman selalu bertengkar
Kadangkala menyembunyikan sesuatu perkara dari pengetahuan orang lain lebih baik dari jika diberitahu pun tidak dihiraukan.
Keji itu ibarat baja, makin ditabur makin subur.
Cinta itu tanggungjawab.
Apa saja perkara yang Allah tidak suka itu perbuatan maksiat.
Kesilapan yang kita lakukan adalah pelajaran baru untuk mencapai kejayaan
Ramai yang terlalu memikirkan yang buruk, sedangkan yang baik bergitu banyak..
Individu yang merasakan diri mereka terlalu bagus, akan sentiasa melihat orang lain dalam sudut yang negatif.
Jangan bersedih dan bersabarlah. Allah beri kita ujian untuk melayakkan kita menjadi hambaNya yang sebenar
Untuk mendapat sesuatu, kita selalunya perlu mengorbankan sesuatu pada masa yang sama.
Cinta akan mencari manusia. Tetapi manusia jangan mencari cinta. - Yusof al-Qardhawi
Setiap kali tersadung, ingatlah kita tidak mahu terjatuh lagi.
Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir
Tutuplah aurat kamu sebaiknya, kerana setiap inci yang terdedah akan dihisab kelak.
Sekalipun tidak pernah menjadi kaya-raya, kita masih beruntung tidak juga papa kedana
Alangkah ruginya dan ngerinya kalau kita mati dalam keadaan tidak menutup aurat dan tidak menjaga pergaulan - Prof Dr Muhaya
Warna kulit dan bahasa yang berlainan adalah suatu tanda kebesaran Ilahi.
Jika manusia masih tetap jahat dengan adanya agama, bagaimana lagi jika tiada agama? - Benjamin Franklin
Kewajipan paling penting seorang ayah terhadap anak-anaknya adalah menyayangi ibu mereka.
Indahnya wanita pada akhlaknya, bijaknya lelaki pada akalnya.
Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi. - Confucius
Bermusuh dengan orang yang berakal lebih ringan daripada bersahabat dengan orang bodoh.
Jika kita tidak mampu untuk menghormati orang lain, bagaimana orang lain akan mampu untuk menghormati kita?
Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan.
Kalau rumahmu dari kaca, janganlah melempari orang lain dengan batu
Berita tidak selalu sama dengan kenyataan.
Seandainya ada 10 orang mengatakan anda tidak boleh, tidak bermakna anda tidak mampu untuk melakukannya
Umat akhir zaman tiada yang sempurna, usahlah mendabik dada mengatakan anda benar sentiasa.
Bangunlah awal pagi, kerana ianya sumber rezeki.
notakaki- Org nk bagi duit kita kata "mcm best je"... org nk bg tazkirah kita kata "mcm bagus je" .
Posting Komentar