Ibu catriona yang telah Allah ambil kembali pinjamannya.
-AL-FATIHAH-
NGERI... beginilah keadaan sebuah kereta jenis Proton Saga yang terbabit dalam kemalangan selepas bertembung dengan sebuah bas ekspres di KM 61.8 Lebuh Raya Timur Barat (RTB) Gerik-Jeli berhampiran hentian rehat dan rawat Titiwangsa di Gerik, Perak, awal pagi Rabu. Dalam kejadian 1 pagi itu tiga penumpang maut termasuk ibu kepada pelakon Catriona Ross iaitu Siti Zawiyah Abd Rahman.
Inna lillah wainna ilaihi raaji'uun..
Takziah diucap kepada pelakon Catriona Ross atau Cat dan keluarganya atas pemergian ibu tercinta, Allahyarhamah Siti Zawiyah Ab. Rahman ke rahmatullah, kira-kira jam 1 pagi tadi.
Berita tersebut dimaklumkan sendiri oleh pelakon ini menerusi laman twitternya dengan menulis,
Dari FB Catriona Ross : " Perginya seorang ibu yang takkan ada galang gantinya. Buat semua yang mengenali Siti Zawiyah Ab. Rahman, mohon sedekahkan Al-Fatihah padanya. She died in a car crash in Grik setelah dilanggar sebuah bus jam 1 pagi tadi. Pada saudara mara & kenalan terdekat, persilakan ke rumah in Kota Bharu lewat petang nanti."
Al-Fatihah dan takziah.
Semoga Cat dan keluarga tabah menghadapi dugaan ini dan semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.
“Saya reda dengan pemergian ibu saya kerana Allah lebih menyayanginya,” kata pelakon, Catriona Ross Bahrain, 32 yang mengesahkan kematian ibunya, Siti Zawiah Ab Rahman, 63 dalam kemalangan maut di Gerik, Perak, kira-kira jam 1 pagi tadi.
Posting Komentar