infopaytren.com
BREAKING

Kamis, 14 Februari 2013

PUNCA KES WANITA BUNUH DIRI DI BERJAYA TIMES SQUARE.

GADIS BUNUH DIRI DI TIMES SQUARE 14 FEBRUARI 2013

Kejadian berlaku selepas wanita tersebut dikatakan bergaduh dengan teman lelakinya. 

kejadian menyayat hati di mana seorang wanita ditemui mati di lobi pusat beli belah Berjaya Times Square (berhampiran lif bertanda U Mobile) pada tengah hari tadi ( 14 Februari 2013 ) dalam keadaan yang mengerikan dimana kepalanya pecah dan berlumuran darah.

Tolong hargai lah nyawa anda. Bunuh diri bukan penyelesaian yang terbaik.





Antara komen-komen dari saksi di tempat kejadian



KUALA LUMPUR: Satu kejadian tragis berlaku pada Hari Kekasih di mana seorang wanita berusia 36 tahun maut setelah terjatuh dari tingkat enam sebuah pusat membeli-belah di Jalan Imbi.
Wanita yang dikenali sebagai Choo Czek Yeng dilihat sedang berdiri pada barisan penghadang sebelum jatuh ke bawah.
Dia kali terakhir dilihat berada di situ pada jam 10.00 pagi.
Ketua polis daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad memaklumkan tiada sebarang kecederaan lain pada badan mangsa.
Kata beliau, setakat ini tiada saksi yang tampil mendakwa melihat wanita itu terjun.
Selain itu katanya tiada sebarang kamera litar tertutup (CCTV) yang merakam kejadian tersebut.
Seorang kakitangan pusat membeli-belah terbabit ketika dihubungi memaklumkan bahawa pihak pengurusan tidak mempunyai banyak maklumat tentang kejadian itu.

“Tiada komen. Kami serahkan pada pihak polis kerana mereka yang menyiasat kes ini. Saya minta maaf,” kata kakitangan tersebut yang enggan dikenali.

Sementara itu, kejadian tersebut juga mendapat perhatian pengguna laman media sosial, Twitter.

Antara reaksi yang diberi termasuk ucapan takziah, edaran foto mangsa serta gesaan supaya tidak mempersendakan kejadian itu.
notahati


valentine day di sambut oleh org kafir laknatullah kerana memperingati seorang paderi mereka..Rasulullah saw bersabda "jika kamu menyerupai sesuatu kaum,maka kamu termasuk didalam golongan mereka."

About ""

"BERBAGI ITU PENUH BERKAH" Silahkan beri komentar sesuai dengan tema postingan, dan saya akan segera berkunjung ke blog sobat,apabila postingan ini dianggap bermanfaat bagi teman-teman, silahkan sebarluaskan,"BILA TAK MAMPU BERBAGI KEBAIKAN, SETIDAKNYA JANGAN BERBAGI KEBURUKAN PADA YANG LAIN " Terimakasih.

Posting Komentar

 
Copyright © 2013 Insfirasi Wanita
Design by FBTemplates | BTT